Ilmu : Fitnah Sosial oleh PU Rahmat

Assalamualaikum & Salam Rahmat Jumaat Yang Mulia,

Hari ni sekali lagi opis aku mengadakan program santapan rohani. Ni yang seronok opis aku ni, setiap bulan atau dua bulan sekali ada ceramah-ceramah agama ni. Biarpun kerja ibadah kita di dunia, jangan dilupakan ibadah untuk memperkuatkan lagi keimanan di hati. Moga segala ilmu yang dapat daripada kuliah-kuliah yang dianjurkan ada manfaat padanya. Aamiin.

Untuk kuliah bulanan bulan Mac ni, kali ni Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku telah menjemput penceramah muda yang tercetus daripada program realiti Pencetus Ummah Musim Pertama iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan.




Mesti korang yang ikuti program ni kenal penceramah kali ni kan? Muda beli lagi. Dikenali dengan nama PU Rahmat. Ni kali kedua PU Rahmat datang beri kuliah kat opis aku. Sebelum ni tahun 2017. Cumanya untuk aku, ini kali pertama aku mendengar PU Rahmat berceramah secara live kat opis aku sebabnya masa kali pertama aku tak ada rezeki dengar ceramah beliau. So memang menariklah cara penyampaian PU Rahmat. Penuh dengan ilmu yang disampaikan secara santai. Kelakar PU Rahmat ni rupanya. Mudah nak faham apa yang disampaikan.

So, dekat sini aku kongsikan sedikit sebanyak intipati untuk kuliah yang disampaikan PU Rahmat untuk bacaan bersama.



Tajuk : FITNAH SOSIAL
Penceramah : PU RAHMAT

1. Tak akan berlaku kiamat selagi mana masih ada yang memberi salam.

  • Agak mustahil untuk orang langsung tidak memberi salam di dalam dunia. Apa yang dimaksudkan 'hilang' di sini adalah roh salam itu sendiri.
  • Jadi, perlu beri serta jawab salam dengan bersungguh-sungguh agar roh itu sampai. Maksud salam sendiri adalah mendoakan kesejahteraan. Jadi jawab atau berilah salam seolah-olah kita bersungguh mendoakan kesejahteraan.
2. Fitnah sendiri ada pelbagai ayat yang diceritakan di dalam Al-Quran tapi punya maksud dan konteks yang berbeza kerana makna 'Fitnah' itu sendiri adalah terdiri daripada beberapa maksud. Di dalam surah Al-Baqarah dinyatakan ayat bermaksud ; "Fitnah lebih teruk daripada membunuh". Fitnah yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah lebih bermaksud murtad. 

3. Fitnah terbahagi kepada empat makna iaitu :
  • Pertama bermaksud murtad atau keluar daripada agama. Murtad dikatakan teruk daripada membunuh kerana orang yang murtad telah membunuh segala amalan, membunuh jiwa serta membunuh pengharapan tuhan.
  • Kedua bermaksud mengumpat & memfitnah orang lain. Apa beza mengumpat & memfitnah? Mengumpat adalah menceritakan tentang orang lain, cerita itu benar tapi orang yang diceritakan itu tidak suka orang bercerita tentang dia. Manakala fitnah pula adalah bercerita tentang orang lain, cerita tersebut tidak betul dan orang itu juga tidak suka tentang perkara itu.
  • Ketiga bermaksud ujian. Iaitu ujian kehidupan. Seperti fitnah wanita, fitnah harta, fitnah keluarga dan lain-lain.
  • Keempat bermaksud bencana atau malapetaka. Apa beza sama ada bencana yang diterima kita itu merupakan ujian Allah atau bala daripada Allah? Sekiranya bencana atau malapetaka yang berlaku pada kita membuatkan kita semakin dekat dengan Allah, itu adalah ujian daripada Allah. Sebaliknya jika bencana atau malapetaka itu membuatkan kita semakin jauh dan jarak dengan Allah, itu adalah bala daripada Allah. Bunuh diri perlu dielak sama sekali kerana ia akan menjauhkan lagi diri kita daripada Allah.
4. Kejadian di Palu, Indonesia ada tiga bencana yang berlaku dan hanya kawasan-kawasan tertentu yang terjejas iaitu :
  • Gempa bumi. Hanya berlaku di satu kawasan di mana setelah gempa bumi, ia bagaikan berada pada situasi padang jarak padang tekukur. Difahamkan maklumat daripada penduduk tempatan, kawasan yang terlibat itu adalah kawasan yang telah berleluasa aktiviti gay.
  • Tsunami. Pada kawasan yang terlibat dimaklumkan oleh penduduk tempatan, kawasan situ adalah kawasan berlaku syirik iaitu Pesta Palu Nomoni. Memuja penjaga laut. Pada awalnya, Allah bagi sedikit demi sedikit peringatan setiap tahun sebelum dilanda tsunami yang teruk.
  • Liquefaction. Iaitu pergerakan tanah yang berputar seperti cecair (keadaan macam ketika kita sedang blander). Difahamkan, hanya satu kawasan sahaja yang terlibat dan langsung tiada effect kawasan atau kampung sebelah. Kawasan itu dikatakan penduduk tempatan sebagai sarang aktiviti pelacuran.


5. Apabila diuji dengan sesuatu ujian, pertama sekali, jangan tuding jari mengatakan orang lain penyebab sesuatu bencana itu berlaku. Tunjuk pada diri sendiri dahulu, berkemungkinan besar, ujian itu berlaku disebabkan oleh diri kita sendiri. Sebagaimana yang dibuat oleh para sahabat di zaman Rasulullah yang sentiasa sedar mungkin diri sendiri penyebab atau punca pada sesuatu ujian. Bukan menuding jari pada orang lain.

6. Jauhkan diri daripada kemaksiatan kerana kemaksiatan mengundang bala daripada Allah.


7. Bagaimana menghadapi fitnah di media sosial? Sekiranya terjadi itu, jangan sebarkan berita yang tidak pasti akan kebenarannya. Ada 4 perkara yang perlu ditanya pada diri sendiri dahulu sebelum viralkan atau sebar di media sosial secara semborono. Iaitu :
  • Is it true?
  • Is it kind?
  • Is it helpful?
  • Adakah ini adalah menjadikan kita dekat dengan Allah?
Jika tidak perlu, usah disebarkan langsung.


8. Gajet seperti smartphone sebenarnya seperti dajal. Kiamat tidak akan berlaku kecuali fitnah yang merebak dengan laju. Contohnya sekarang dengan media di hujung jari, laju sahaja fitnah boleh merebak. Telefon atau gajet-gajet ni tidak salah, yang salah adalah individu yang tidak menggunakan kemodenan dan teknologi yang ada dengan betul dan sebaiknya.

9. Jangan katakan tidak pada kemodenan. Katakan tidak pada kebaratan dan kemaksiatan.

10. Kita baik sebab orang pandang kita baik sebabnya Allah tidak buka aib kita. Selalulah berdoa supaya aib kita sentiasa ditutup Allah.

Wallahua'lam.

Begitulah sedikit sebanyak yang ringkasan aku kongsi dipetik daripada ceramah yang disampaikan PU Rahmat tadi. Anda juga boleh layari kuliah yang disampaikan secara langsung di sini LIVE Ceramah PU Rahmat . Di sini video penuh ceramah yang disampaikan boleh ditonton kat sini.

Terima kasih ustaz atas segala perkongsian yang menarik ini, moga segala perkongsian ini beroleh manfaat.






#terimakasihsudisinggah













Comments

  1. Wow lengkap betul nota ezzan ni. Kalau dah penulis tuh kan memang cemerlang sungguh penyampaian jalan ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... gigih menyalin sambil dengar... syok pulak dengar kisah palu tu... huhuu

      Delete
  2. nice sharing. ada input baru CT dapat.. terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... cerita menarik... tu yang excited bercerita dalam ni... hehhehe...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap