Ilmu : Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat oleh Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum & Salam Jumaat yang berkah sahabat medsos...




Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Siapa yang tak kenal? Kalau tanya soalan tu, confirm anak-anak kecil pun ada sebahagian yang kenal. Kerap muncul di kaca tv atau mana-mana saluran media sosial yang lain. 

Pada julung kalinya, office aku menjemput ilmuan yang dikenali dengan nama ringkasnya Ustaz Don. Masa urusetia Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku buat hebahan menjemput penceramah Ustaz Don, aku macam ye ke? Biar betul! Teruja, beb! Sebabnya, selama ini hanya mampu tengok di kaca televisyen sahaja. Tapi pada hari ini, Ustaz sudi hadir ke pejabat kami, menyampaikan ilmu yang pada aku biarpun terbelenggu dengan rantaian masa, namun pengisiannya cukup padat dan dapat memberi manfaat pada aku dan juga buat para pendengar. InShaa Allah. Aku yakin itu.

Sebelum mulakan isi ceramah, sebagai mukadimah, Ustaz turut meluahkan rasa seronok beliau apabila mendapat jemputan daripada pejabat aku, katanya mendapat jemputan di tempat yang hebat di mana ada dicatatkan di dalam Al-Quran antaranya di dalam Surah Anbiya' ayat 30. Wah! Aku pun seronok dengar bila Ustaz teruja. Ustaz nyatakan, ia berkaitan dengan air. Sesuai dengan moto pejabat aku, 'Air Untuk Semua'. Pekerjaan yang banyak mendatangkan pahala jika kita jalankan amanah dengan sebaiknya. InShaa Allah, ustaz!

Jadi, tak nak cakap banyak, aku kongsikan serba sedikit di sini intipati yang terdapat dalam ceramah beliau tadi. Moga perkongsian ilmu ini adalah berkah di dalamnya.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Tajuk : REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT 
Penceramah : USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

1. Rezeki adalah subjektif


  • Rezeki adalah sesuatu yang telah ditulis dan ditetapkan oleh Allah untuk seseorang atau sesuatu makhluk.
  • Di dalam Al-Quran sendiri sebanyak 123 kali disebut berkaitan dengan perkataan rezeki. Di mana ianya begitu meluas disebut.
  • Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya bentuk material. Dewasa kini, kita banyak nampak yang terlihat dipersekitaran di mana nilai material lebih banyak terlihat berlebihan di mata manusia dan lebih dahulu diserap dalam kehidupan sehari-hari. Material sememangnya penting namun, tidaklah sehingga kita tenggelam dengan material sampai perkara-perkara lain terpadam. Barakah (berkat) dalam hidup itu penting dan barakah itu adalah perkara ghaib kena percaya.


2. Asas Manusia Perlu Bersangka Baik


  • Rezeki mendidik kita untuk sentiasa bersangka baik. Dan bersangka baik itu perlu didorong dengan ilmu bukan semberono.

  • Sangka baik itu jalan menuju ke syurga. Sebagaimana kisah di dalam sirah nabi. Sewaktu duduk bersama para sabahat, Rasulullah berbisik kepada para sahabat, salah seorangnya anak Amru al-Asr. Sebentar lagi akan lalu ahli syurga. Baginda menyebut sebanyak 3 kali. Hinggakan anak Amru ingin mendekati orang itu, ingin tahu apakah amalan yang dilakukan hingga Rasullulah menyebut itu ahli syurga. Salah seorang sahabat duduk meminta kebenaran pada pemuda itu untuk bermalam di rumahnya. Dan sahabat itu mula mengintip, setiap aktiviti pemuda itu sepanjang malam tanpa disedari pemuda itu akan niat sahabat itu. Namun, hasil intipan sepanjang hari juga malam, pemuda itu menjalankan kehidupan seperti mereka sahaja. (Zaman itu, bila bangun sepertiga malam itu adalah orang yang sangat istimewa. Jadi para sahabat dah tentu amalkan itu setiap hari.) Tapi pemuda itu seperti orang biasa. Hinggakan, mereka bertanya sendiri kepada pemuda itu , apakah amalan yang dilakukannya hingga dikatakan oleh Rasullullah sendiri yang pemuda itu adalah ahli syurga. Pemuda itu terkejut sebenarnya. Dia hanya memberitahu dia jalani kehidupan seperti orang-orang biasa. Cumanya satu sahaja yang paling dijaganya. Sentiasa bersangka baik walau apapun terjadi dalam kehidupannya. Kisah ini boleh dijadikan teladan buat kita untuk sentiasa bersangka baik terutama berkaitan rezeki.

  • Kalimah yang paling hampir dengan rezeki yang mungkin tersembunyi atau tidak terlihat orang adalah risiko.


3. Rezeki Datang Daripada Allah.


  • Cara nak pegang rezeki, pegang Allah yakni melalui agama, asasnya adalah istighfar. Amalkan istighfar sebanyak-banyaknya kerana ia beri peluang untuk rezeki terbuka seluasnya.
  • Dalil berkaitan dengan istighfar Allah akan memberi rezeki terdapat di dalam Al-Quran dalam Surah Nuh ayat 10, 11 & 12. Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali, lagi lebih lagi bagus. InShaa Allah ada rezekinya di situ. Elok juga buat mereka yang masih belum peroleh anak. Amalkan istighfar dalam seharian melebihi 100 kali sehari. Dengan izin Allah semua hajat dan rezeki akan tercapai dengan memperbanyakkan istighfar dalam kehidupan kita.
  • Amal ibadah lain juga pembuka rezeki. Beri peluang kepada diri sendiri dalam membuat pelbagai pilihan. Jika tidak boleh mengaji quran, istghfar, atau selawat juga boleh dengan melakukan kerja amal dalam membantu keluarga, ibu bapa atau orang lain. Jika tiada ibu bapa, tolong orang-orang tua lain. Jangan terlalu rigid dalam hidup dalam memberi peluang untuk rezeki terbuka dengan luas.
  • Amalkan setiap kali semasa memasak atau melakukan kerja-kerja di dapur dengan beristighfar. Sebut tentang istighfar semasa memasak ini, Ustaz ada berceritakan berkenaan dengan Kisah Imam Ahmad Ibn Hanbal (Imam Hanbali / Hambali) di mana suatu hari beliau terbuka hati mengunjungi Kota Baghdad. Beliau singgah di sebuah masjid. Selesai solat, beliau bercadang untuk berehat-rehat dan tidur di masjid. Namun penjaga masjid (tok siak) bersungguh-sungguh menghalau beliau mengatakan masjid hendak ditutup. Dalam waktu itu, seorang tua pengendali kedai roti bersebelahan dengan masjid nampak perkara tersebut dan memanggil Imam Hanbal utuk singgah di situ. Masa tu Imam nampak pekedai tu masa nak uli roti beristighfar. Dan setiap kerja yang dilakukan dimulakan dengan istighfar sepanjang masa. Imam Hanbali berbual dengan penguli roti tu. Penguli roti tu beritahu, dengan istighfar tu, Alhamdulillah, tidak ada satu pun hajatnya yang tidak Allah tunaikan Semua Allah makbulkan hajatnya kecuali satu iaitu ingin berjumpa dengan Imam Hanbali. Imam Hanbali terkejut dan berkata hajatnya telah ditunaikan Allah kali ini. Patutlah beliau beria ke Kota Bahgdad, tok siak bersungguh berhalau beliau keluar daripada masjid. Rupanya rezeki lelaki penguli roti itu berjumpa dengan beliau. Subhanallah! Betapa besarnya kaifiat istighfar dalam kehidupan kita sehari-hari.
  • Banyakkan doa sepertimana Nabi Muhammad SAW mengajar kita kerana di situ terdapatnya berkat. Contohnya di dalam doa makan.
  • Sentiasa belajar serta tuntut ilmu serta amalkan ilmu-ilmu yang diperoleh. Ilmu tanpa amal sia-sia. Kongsikan setiap ilmu yang ada dengan orang lain. Peruntukkan masa cuti bersama keluarga dengan menyampaikan ilmu pada ahli keluarga. Orang sekarang ramai nampak bercuti bersama keluarga adalah melalui materialistik seperti melancong sahaja. Sedangkan memberi ilmu pada keluarga juga satu percutian saham akhirat. 


4. Setelah Peroleh Rezeki, keluarkan.


  • Apa-apa sahaja rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kita, keluarkan. Keluarkan di sini bermaksud kongsikan bersama orang lain agar ada berkat di situ. Sebagai contoh, jika rezeki dalam bentuk wang ringgit, amalkan untuk tidak lokek menderma, sedekah, zakat atau infakkan ia ke jalan kebaikan. Berkhidmat untuk komuniti juga amalan baik untuk dapat keberkatan dalam rezeki.


Itu antara perkongsian yang dapat aku huraikan berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don pagi tadi. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sama-samalah kita menjaga rezeki dengan amalan yang baik terutama perbanyakkan istighfar. Kita manusia yang tak lari dalam lakukan kekhilafan. Moga setiap amalan kita dapat berkat di dalamnya agar rezeki tidak lari dan akan sampai ke alamat yang sepatutnya. Segala yang baik daripada Allah dan sebaliknya atas kekhilafan diri sendiri. Wallahua'lam. 


Penuh bilik mesyuarat sampai ke pasang layar di luar bilik


Bagi yang ingin mendengar ceramah beliau melalui paparan video, boleh klik di sini Video Bersama Ustaz Don. Cuma minta maaf jika video yang dipaparkan sedikit pusing tapi suara dia jelas. Gambar pun cantik. Korang kenalah pusingkan phone kalau tak nak telengkan kepala. Hihihi. Atau mungkin juga boleh terus ke page Ustaz di sini Video Versi Ustaz Don. Cuma gambar video kurang sharp. Tapi suara jelas.


Terima kasih pada ustaz atas ilmu yang disampaikan. Satu jam yang diperuntukkan dipenuhi dengan ilmu buat santapan rohani di Jumaat, penghulu segala hari. 


Bergambar kenangan bersama Ustaz Don



Nota kaki : Ustaz ada berkongsi apps yang boleh dimuatnaik iaitu Smart Quran di mana aplikasi ini dikawal oleh KDN, jadi gunakan tanpa ragu. Ada terjemahan dalam bahasa melayu. Moh ler pakat download dalam phone memasing ye.


Aplikasi Mobil : Smart Quran 


#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Wahhhhh.....menariknya recap yang ezzan coretkan kat sini. Lengkap dan informative betul. Ksarie rasanya conteng juga buku nota masa Ustaz Don bercakap tuh tapi rasanya tak la sepanjang catatan Ezzan ni. Itu la bezanya catatan penulis dengan orang beshe-beshe macam ksarie ni hheeehhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu la kak sarie, rasa macam tulis sikit je... tapi tengok2...ehhhhh.. terpanjang pulak..haahha..

      Delete
  2. insyallah rezeki yang baik2 pasti akan datang. benar rezeki dah tertulis dan xkan penah salah alamat. kita kerja kena doa doa jangan putus asa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... betul, betul...setuju sangat! Yang penting doa banyak-banyak, kan?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap