Travel | New Zealand | North Island | Day 1 | Hobbiton Movie Set New Zealand

Assalamualaikum & Happy Sunday semua...

Ingat tak sebelum ni aku ada bagitau nak buat pre-travelog tentang perjalanan aku ke New Zealand (NZ)? Ala... yang aku tulis kat sini EH! Terjah Bumi Kiwi,yuk! Okay, hari ni angin rajin tu datang dan aku update lah sikit tentang benda alah ni. 

Bas khas ke Hobbiton Movie Set

Yang aku nak ceritakan ni tentang hari kedua kami ke tempat pertama di North Island, NZ. Apalagi tempat yang memakan belanja yang agak tinggi jugaklah untuk kos aktiviti kami di NZ. Tak lain dan tak bukan Hobbiton Movie Set! 

Pandangan aku tentang tempat ni? Tempat yang wajib pergi untuk peminat fanatik filem karya Sir Peter Jackson pengarah filem kelahiran New Zealand ini. Apa lagi kalau bukan filem Lord of The Ring dan The Hobbit. 

Sikit lagi nak sampai...

Tapi....

Kenal Bilbo? 
Blur.

Shire? 
Geleng.

Gandalf?
Garu kepala.

Sah. Korang macam aku. Hahaha.

Baby pun dah masuk sini. 

Kalau kau bukan peminat filem ni atau belum tengok filem ni lagi, kau akan rasa 2 situasi ni sama ada:

  1. Terpinga-pinga sebab blur tak tau apa-apa tentang filem ni masa tour guide bagi info & rasa  tempat ni kurang menarik & buat perabis duit je; atau
  2. Terpinga-pinga tapi excited nak bergambar sebab tempat ni cantik & lepas ni kau teruja nak tengok filem tu.
Dan aku of course situasi kedua. Pantang jalan, beb! Even blur tak tau apa tapi tetap menikmati pemandangan yang cantik ni. Dan balik Malaysia memang rasa nak tengok filem tu. Even dah terlambat but it's ok, at least apa yang kau laburkan worth it. 😇

Tiket berapa? Aku tak nak cakap banyak tentang tiket ni. Korang boleh pergi sendiri dekat website depa ni Hobbitton Tours . Macam aku sendiri aku tak beli dekat web tu. Beli dengan orang lain. Dapat la sikit diskaun. Dengan siapa? Nanti aku cerita lebih detail dekat dalam buku travelog aku. Kalau cerita detail kat sini tak ada la nama pre-travelog, kan? Hehehe.

Asal wujudnya tempat ni korang boleh jugak baca kat dalam website tu, tapi aku boleh je translate sikit kat sini. Mudahkan korang jugak. 

Bermulanya bila Sir Peter Jackson nak cari satu kawasan untuk penggambaran filemnya. Dalam dok cari tu, depa terjumpa la satu kawasan ladang ternakan biri-biri yang menghijau cantik ni kat Daerah Waikato. Terletak dekat mukim Matamata. Punyalah besar ladang milik keluarga Alaxender lebih kurang seluas 1250 ekar. Pergh...

Ladang bibi-biri keluarga Alexander.

Mungkin rezeki keluarga Alaxender ni yang selama ni hidup secara sederhana je usahakan ladang biri-biri depa ni, so Sir Peter Jackson ni dapatlah sebahagian tanah seluas 12 ekar untuk buat set penggambaran filem pertama dia.

Pada tahun 1999 asalnya hanya ada 39 hobbit hole yang dibina secara sementara. Lepas tu ada buat sedikit demolition dan sebahagian 17 binaan lagi dikekalkan. Daripada situ, depa rasa dah tiba masanya nak buka kawasan tu untuk public rasakan sendiri suasana seperti di dalam filem. 

Antara Hobbit Hole yang ada. Comel je, kan?

Pada tahun 2002, kawasan tu dibuka kepada orang awam namun terhad bersama tour guide yang dilantik untuk memimpin penjelajahan ke kawasan tu.

Tahun 2009, Sir Peter Jackson ni dah mulakan pengambaran filem trilogi The Hobbit dan masa tu ada penambahan lubang-lubang rumah orang kerdil ni dan ia terus dibina secara kekal. Sehingga kini ada 44 lubang kekal yang ada dalam kawasan The Hobbiton Movie Set tu yang boleh dikunjungi oleh para pelawat daripada serata pelusuk dunia.

Cantik, kan? Ni musim sejuk. Kalau musim bunga mesti lagi cantik ni.

Nak ke sini ada 3 lokasi yang korang boleh pilih. Nak gerak daripada mana. Korang boleh baca lebih lanjut dalam web depa yang aku link tadi tu. Tempat menunggu yang dimaksudkan adalah :

  1. The Shire's Rest
  2. Matamata i-Site
  3. Rotorua
Macam kami, naik daripada Matamata i-Site. Kiranya nak ke Hobitton ni makan masa lebih kurang 15 ke 20 minit dari tempat kami tu. Sebelum tu korang kena tukar dulu online tiket yang korang tempah sebelum ni kat kaunter Mata-mata i-site ni dulu dan pastikan check-in sekurang-kurangnya 15 minit sebelum berlepas. Nanti akan ada bas hijau yang cantik bawak korang ke tempat Hobbiton tu.


Masa dalam bas tu nanti, Simon, pemandu bas yang hensem tu akan bercerita la serba sedikit tentang kawasan ladang berbukit yang  menghijau seluas saujana mata memandang. Masa ni memang korang akan terpegun sekejap tengok pemandangan Subhanallah... cantik & luasnya ladang milik keluarga Alaxender ni. Terapi mata betul!

Yang pokok terpacak tengah-tengah atas bukit tu pokok besi, tau. Tapi nampak betul. Dekat situlah rumah Fredo & Bilbo.

Sampai dekat The Shire's Rest nanti adalah beberapa penumpang yang beli tiket daripada situ akan naik sekali & dalam masa yang sama jugak, Tour Guide ke Hobitton akan naik sekali untuk bawa korang jelajah kat dalam tu. 

Snap gambar The Shire's Rest dari dalam bas je ni.


Ada tour guide? Yes! Wajib. Depa nak kawal pengunjung-pengunjung dalam masa sama bagi info & bercerita tentang kaitan tempat-tempat tu dengan filem. Time ni lah aku blur macam yang aku cakap. Sebab aku tak pernah tengok filem LOTR & The Hobbit tu. Tapi tak apa, aku tetap seronok bergambar mengabadikannya dalam memori kamera aku. 

Tour Guide tengah kusyuk bagi penerangan.

Setiap sudut tempat tu cantik. Even rumah Hobbit ni hampir nampak sama, tapi kalau korang tengok semula gambar-gambar tu, ,memang setiap rumah miliki dekorasi yang tersendiri. Berbeza. Dahsyat betul orang yang buat lanskap ni. Macam-macam idea. Macamana dalam filem, macam tulah rumah sedia ada sekarang ni.

Siap ada jemur ikan kering lagi!

Tour ni ambil masa lebih kurang 2 jam. Last station akan di bawa ke The Green Dragon. Lawa wei tempat ni. The Green Dragon ni lah final touch dalam filem tu. Kalau ikutkan ni tempat orang-orang kerdil tu buat perjumpaan, berkumpul, majlis keraian & apa-apa event besar. 

Wajib standby jacket wei. Time ni musim winter lagi. Suhu 8-10 degree.

Dan dekat sini juga korang akan diberi masa dalam 15 minit untuk rasa minuman buatan depa secara percuma. Tapi kena request non-alcoholic lah tau. Depa asingkan alcohol & non-alcohol. Ala air ginger ale

Ni lah kawasan The Green Dragon.

Kalau korang tanya aku macamana rasa air tu, memang aku tak dapat nak jawab sebabnya aku tak minum sebab kurang gemar air berasaskan halia ni. Lagipun aku takut kalau aku minum nanti angin naik ke kepala. Badan aku ni memang banyak angin. Kang tak pasal-pasal asyik dok sendawa-sendawa buang angin je. Itu kalau sendawa ok lagi. Kalau terken***? Tak memasal. Hahaha.

Santai-santai sambil rasai keenakan Ginger Ale.

Kalau ikut cakap kengkawan aku yang lain, depa bagitahu rasa air halia F & N Ginger Ade tu. Rasa halia & rasa soda sikit. Depa memasing berlawan sendawa lepas minum. Kikiki.

Habis je tu, korang akan dibawa ke tempat jual sourvenir sebelum balik semula ke bas yang dah sedia tunggu korang kat area situ. Harga barang standard la harga tempat tourism. Aku actually berminat dengan tumbler The Hobbiton Movie Set tu. Tapi ragu-ragu nak beli sebabnya aku takut duit aku tak cukup pulak nanti. Ni baru hari kedua. Ada lagi 10 hari kena ngadap. 

Time ni dah start panas terik dah.

Last-last aku buat keputusan tak beli even hati berat nak beli jugak buat kenangan. Bila hari terakhir kat NZ tu, aku dah mula rasa nyesal tak beli tumbler tu sebabnya aku ada lebihan 20 NZD lagi bila sampai Malaysia. Padahal harga tumbler tu baru 15 NZD. Rasa nak nangis depan kaunter check-in airport. Huwaaa...

So pada yang sesiapa nak pegi NZ tu, tolonglah belikan aku tumbler tu. Kalau aku repeat ke NZ sekalipun, confirm aku tak pegi balik tempat tu. Memang kena kirimlah gamaknya ni kat kengkawan aku yang nak ke situ nanti. 

Bye Hobbiton.. Till we meet again!

Aku rasa cukup sampai sini pre-travelog aku tentang The Hobitton Movie Set. Nanti aku story lagi pengalaman jenjalan kat Matamata City pulak. Tunggu ye. 

Jangan lupa nantikan buku Travelog aku yang pertama nanti. Dah siap akan aku war war kan kat sini nanti eh.

Baca juga :


#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Hahahahahaha.....tak pernah tengok LOTR dan Hobbits rupanya. Wajib tengok tau sebab movies ni antara movie terbaik yang pernah dihasilkan. Sejak tengok movie LOTR la ksarie jatuh chenta dengan New Zealand. In sya Allah bila ada rezeki nak ke NZ nanti memang ksarie nak pergi ke Hobbiton movie set ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikii... terpinga2 jugak la... harus pergi ksarie.. tempat dia cantik.. lagi2 ksarie dah tengok movie tu..

      Delete
    2. In sya Allah kena menabung bersungguh-sungguh ni nak merealisasikan impian ke New Zealand ni. Kalau nak pinjam dvd trilogy LOTR tuh bagitau k. KSarie memang ada dvd nya

      Delete
    3. Yeah! Wajib kak sarie... terima kasih kak sarie... kalau takde kat youtube saya pinjam kat ksarie eh..so far macam nampak hari tu kat youtube.. belum sempat tengok lagi..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap