Posts

Review Buku - SUSPEK

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera uols! Aku baru lepas habis baca buku psyco-thriller terbitan Buku Fixi. Actually ni kali kedua aku khatam buku ni. Bukan senang untuk aku membaca sesuatu buku dua kali kecuali buku tu betul-betul menarik minat aku. Big applause for the writer Inawza Yusof sebab telah berjaya menarik perhatian aku untuk membaca buku ni untuk kali kedua. Walaupun telah khatam sebelum ini, namun buku ini tetap dapat menarik minat aku untuk membaca dan terus membaca. Percayalah. Setiap muka surat yang dibaca membuatkan aku teruja untuk membaca muka surat seterusnya. Bagi tips please... Nak belajar cara menarik minat reader untuk terus membaca. Setiap muka surat ada klimaks yang tersendiri... fuuuhhh... INFO BUKU Tajuk :  SUSPEK Penulis : Inawza Yusof Terbitan : Buku Fixi Halaman : 308 m/s Harga : (Aku beli dengan harga 3 buku RM50) #thephantomkiller REVIEW BUKU Mengisahkan tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh seorang p...

Moh Kita Ke Pesta Buku Selangor 2018!

Image
Assalamualaikum & hai semua! Pon.. pon.. pon... Berita baik untuk semua peminat buku. Pesta Buku Selangor 2018 kembali menemui anda. Di mana? Tempat yang sama seperti sebelum ini iaitu di Pusat Konvensyen Shah Alam (Shah Alam Convention Centre). Nak pergi ke sana boleh je tanya En Google or En GPS ke sana. Boleh pergi guna kenderaan sendiri mahupun public transport. Mudah sahaja ke sana. Memandangkan office aku berdekatan dengan situ, aku jalan kaki je. Senang. Sambil membeli sambil excersice kekdahnya. Katanya bangsa membaca bangsa sihat, kan... hehehe... Actually event ni diadakan bermula 29 Mac hingga 8 April 2018. Aku sememangnya saja pergi hujung-hujung dengan harapan buku yang aku nak dah habis. So bolehlah aku mengurangkan kuasa berbelanja yang banyak dalam event kali ni. EH! Boleh percaya ke? 😄 Macam-macam ada... Sampai sahaja di pintu masuk, aku dah mula tercium bau yang sangat aku rindukan. Mestilah bau buku! Heaven sangat, wei! Aku tak pasti sama ada ak...

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Perhentian.. Mu Tunggu Aku Datang! @ Day 1

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols! Wah....Agak berperam jugak la blog aku ni kan. Lama aku tak bersiaran nampaknya. Mesti ada yang rindu nak baca coretan dalam blog aku ni kan. Perasan tahap diva ko ni EH ! Kihkihkih 😁. Tengok tajuk ni pon dah rasa macam teruja nak tau isinya, kan? Kena pulak dapat tengok gambar kat atas ni. Amacam? Teruja tak? Cantik, kan? Mana ni?Haaaaa....jeng..jeng...jeng.... Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang trip aku dengan geng-geng travel yang tersayang (eceeehhhh...kipas nampak!). Ke mana destinasi kami kali ini? Tak jauh pun sebenarnya. Untuk permulaan tahun 2018 ni kami cadang untuk bercuti dalam Malaysia. Sesungguhnya banyak tempat yang menarik di Malaysia yang tak jemu untuk repeat pergi berulang kali. Sungguh!  Dan semestinya pilihan di awal tahun 2018 ini adalah bercuti di pulau. Dan Pulau yang menjadi pilihan kami semestinya Pulau Perhentian! Antara pulau yang tercantik di Malaysia yang letaknya di negeri Pantai Timur,...

Jom Beli Sambil Beramal @ JS Adiwarna

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Semua! Serius aku memang tengah gila membeli buku sekarang ni. Syarikat penerbitan Jemari Seni a.k.a JS Adiwarna kini sedang buat promosi hebat membeli sambil beramal. Haaaa..... nampak menarik, kan? Bukan duit saja yang boleh kita sumbangkan dalam meningkatkan amalan sedekah kita ni. Pemberian sumbangan berbentuk buku juga antara amalan yang sangat mulia. Banyak manfaat yang boleh kita sebagai pemberi serta penerima dapat. Sebut tentang sedekah, di dalam Al-Quran sendiri melalui Surah Al-Baqarah Ayat 195 ada dinyatakan berkenaan sedekah, maksudnya :    “ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 195) Meriah, kan? Sekotak penuh kot... Sebenarnya promosi ni dah berlangsung lama dah. Sebelum ini, ia hanya dibuka kepada Belian...

Promo Buku oleh SO Publishing

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols.. Pejabat Urusan SO Publishing Okay, boleh nampak kan gambar yang ditepek dekat atas tu? Gambar apa ni EH? Inilah pejabat urusan salah satu penerbit & pengedar buku iaitu SO Publishing. Dah kenapa aku letak gambar pintu masuk SO Publishing ni, kan? Haaa... ni la aku nak cerita. Aku nak bagitau yang last week (ok, ni cerita minggu lepas..jujur aku akui...) founder SO Publishing ni atau juga dikenali dengan Buku SO di kalangan dunia penulisan ni ada buat jualan runtuh buat peminat-peminat buku. Mr Shah Othman (founder Buku SO) ni just buka promosi untuk 2 hari aje! 2 hari okay! 20 & 21 Januari 2018. Sempat ke aku nak kejar? Sempat aje, beb. Buku punya pasal. Aku sanggup peruntukkan masa emas aku. Eceehhhh... Actually aku sebenarnya berbelah bahagi nak pergi sebab budget untuk membeli-belah buku pada bulan ni dah abes. Bulan ni aku dah habis dekat RM300 kot untuk buku sahaja. Itu termasuklah pembelian terus & pembelian se...

Review Buku - ANTOLOGI PERISA

Image
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua! Buat peminat dunia bacaan, satu lagi buku yang akan aku review untuk hari ni iaitu: " ANTOLOGI PERISA " by Kolektif ZSM . Honestly , buku ni memang aku baru je beli minggu lepas. Rasa nak ketawa besar sebab macam pecah rekod aku berjaya habiskan baca buku yang baru aku beli. Sebelum ni buku banyak kena peram, babe . Tahniahlah sebab buku ni dapat tarik perhatian aku nak baca. Agak-agak sebab apa aku pilih buku ni untuk aku baca ye? Sebab utama dia buku ni nipis! Hahaha. Serius aku belum betul-betul ada mood nak membaca. Tapi aku gigihkan juga kalau tidak nanti SKT tahun 2018 aku tak berjaya. Menurut pepatah orang putih ada mengatakan; 'Don't judge the book by its cover.' Tapi untuk kali ni aku memang buat book selection by the cover itself . Serius . Aku tertarik dengan cover buku ni. Ada gambar tumbuhan herba, rempah ratus, buat aku rasa macam nak memasak pun ye. Warna coklat nude cover muka depan dia pu...