Cuti-cuti Malaysia - Pulau Perhentian.. Mu Tunggu Aku Datang! @ Day 1


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols!

Wah....Agak berperam jugak la blog aku ni kan. Lama aku tak bersiaran nampaknya. Mesti ada yang rindu nak baca coretan dalam blog aku ni kan. Perasan tahap diva ko ni EH ! Kihkihkih ๐Ÿ˜. Tengok tajuk ni pon dah rasa macam teruja nak tau isinya, kan? Kena pulak dapat tengok gambar kat atas ni. Amacam? Teruja tak? Cantik, kan? Mana ni?Haaaaa....jeng..jeng...jeng....

Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang trip aku dengan geng-geng travel yang tersayang (eceeehhhh...kipas nampak!). Ke mana destinasi kami kali ini? Tak jauh pun sebenarnya. Untuk permulaan tahun 2018 ni kami cadang untuk bercuti dalam Malaysia. Sesungguhnya banyak tempat yang menarik di Malaysia yang tak jemu untuk repeat pergi berulang kali. Sungguh! 

Dan semestinya pilihan di awal tahun 2018 ini adalah bercuti di pulau. Dan Pulau yang menjadi pilihan kami semestinya Pulau Perhentian! Antara pulau yang tercantik di Malaysia yang letaknya di negeri Pantai Timur, Terengganu Darul Iman. 

Geng travel yang ohsem!

Kali ini, kami pergi berenam. Actually aku cuma kenal 3 orang daripadanya Sheema, Farahana & Sheera dan sesungguhnya aku mengalu-alukan kedatangan 2 lagi travel buddies baru kami iaitu Aley & Nurul. Welcome dear! Haaa... itu yang best travel or bercuti sebenarnya. Selain dapat merapatkan ukhwah dengan kenalan yang sedia ada, kita juga akan dapat kenalan baru. Dan bertambahlah kawan-kawan kita, kan. Pepatah ada mengatakan; berkawan biar seribu, berkasih biar seorang. EH! Ada kena mengena ke? Hahaha... ๐Ÿ˜ธ

So berbalik semula kisah percutian aku tu. Actually plan ke Pulau Perhentian ni dah lama aku, Sheema & Farahana plan. Tak silap aku tahun 2013 macam tu. See... Lama giler, kan? Tapi niat suci murni kami tertangguh disebabkan beberapa kekangan. So, nak dijadikan cerita, kami kotakan untuk tahun ni. Asalnya, aku plan dengan budak-budak opis aku ke Pulau Perhentian ni. Ntah mana silapnya, tiba-tiba budak opis aku tak jadi pergi pulak. Frust sebenarnya. Tak lama lepas tu, Sheema offer kat aku trip ke Pulau Perhentian ni. Haaa.. pucuk dicita ulam mendatang! Apa lagi, bila dah confirm kawan opis aku tak jadi pi, aku on la trip kawan travel aku. Macam tau-tau pulak eh Sheema ni hasrat hati kawan awak ni kan. Hihihi.

So hasil usaha Sheema (terima kasih Sheema banyak membantu), kami setuju untuk pilih 10 hingga 12 Mac 2018 trip ke Pulau Perhentian ni. Memandangkan kami nak bersenang-lenang untuk percutian kali ni, kami cadang untuk naik flight je. Malas nak drive. Jimat masa sikit kan. Kena pula tiket kapal terbang Air Asia kira ok la jugak harganya KLIA2 - Kota Bharu return all-in seorang RM163 masih dalam budget. Dan kena pula, pakej Pulau Perhentian yang kami dapat ni pun murah juga time tu seorang RM240.

Pakej Free & Easy Pulau Perhentian termasuklah :

  1. Chalet seaview bilik aircond untuk 3 orang di Pulau Perhentian Besar.
  2. Bot pergi balik antara Jeti Kuala Besut & Jeti Pulau Perhentian Besar.
  3. Bot & aktiviti snorkling (4 pouint view - Coral Point, Turtle Point, Fish Point & Shark Point).
  4. Alat-alat snorkling full set setiap seorang.
Pemandangan dari udara pertemuan kuala sungai & Laut China Selatan



Maka pada 10 Mac 2018 seawal jam 11.30 pagi, kami terbang dari KLIA2 dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan lebih kurang jam 12.30 tengahari. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Oh, ya! Lupa nak khabar. Untuk ke Pulau Perhentian dengan menaiki kapal terbang, perlu turun ke Airport Kota Bharu. Walaupun Pulau Perhentian terletak di Terengganu, Lapangan Terbang yang berhampiran dengan Jeti Kuala Besut adalah Lapangan Terbang Kota Bharu. Jangan salah beli tiket, ok! Kalau turun ke Kuala Terengganu, perjalanan akan mengambil masa lagi hampir 3 jam ke Jeti Kuala Besut. Mendapatlah kome!

Sampai sahaja di airport, perkara pertama yang kami fikirkan adalah untuk mengisi perut kami yang berkeroncong dari udara lagi tadi. Lagipun, dah tengahari. Memang time perut minta diisi. Dah sampai Kota Bharu ni, mestilah nak cari makanan Kelantan, kan. Apa lagi.. misi mencari nasi dagang Kelantan pun bermula. Tapi malangnya, nasi dagang dah habis pula. Haduuuu... Cepat betul habisnya. Kebetulan ada 2 orang kawan travel aku tu orang Kelantan. Menurut depa, biasanya nasi dagang ni depa kat Kelantan buat sarapan pagi. Sebab tu kalau tengahari memang tak jumpa la nasi dagang. Tapi tak apa. Nasi dagang tak ada, gulai ikan tongkol masih ada la seketul dua buat lepas gian. So bermulalah episod menu aku nasi putih & gulai ikan tongkol. Itu pun licin aku makan, beb! Menu tengahari ni berharga RM9! Hahaha. Serius mahal, memang harga airport ni. Tak apa lah. demi gulai ikan tongkol pure from Kelantan punya hal.
Oh, ya! sebelum terlupa, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku terjumpa dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad masa tiba di Lapangan Terbang Kota Bharu ni. Kebetulan, masa kami sibuk isikan perut yang bergendang dengan tarian salsa tu, riuh sekejap ruang menunggu ketibaan penumpang di airport. Kebetulan tempat makan kami sebelah je dengan ruangan ketibaan tu. Kecoh sebab Tun baru tiba. Wah! Aku yang sibuk suap nasi boleh terhenti suapan dengan harapan dapat berselfie bersama salah seorang pemimpin yang aku kagumi. Lama tak jumpa Tun secara berdepan. Last sekali aku jumpa masa tahun 2001 tak silap. Lama kot 17 tahun tu. Sweet 17 katanya. Punyalah ramai oarang berebut nak bergambar & bersalam dengan Tun. Aku apa lagi, laju tangan aku amik gambar Tun di posisi yang terbaik. Konon nak try selfie sekeping. Boleh pulak time tu lah phone aku setting mode timer. Haduuuu... Dengki betul! Terlepas nak selfie dengan Tun. Anyway tetap puas hati dengan gambar yang aku ambil.

Ketibaan Tun Dr Mahathir dengan parti barunya

Ok, berbalik dengan tujuan asal aku. Lepas makan kami cari transport untuk ke Jeti Kuala Besut. Dari info yang kami dapat, teksi di Kelantan ni tak boleh bawa penumpang melebihi 5 orang satu teksi walaupun teksi tu jenis Proton Exora (7 seater). Jadi memandangkan kami berenam, maka perlu sewa 2 buah teksi di mana sebuat teksi berharga RM70 dari Airport ke Jeti Kuala Besut. Maksudnya untuk 2 buah teksi, total RM140! Kami cuba cari alternatif lain iaitu perkhidmatan kereta sewa. Hasil risikan kawan aku, Farahana, dapatlah kami sebuah van 11 seater dengan kadar harga RM100 sehala. So jimat RM40. Senyum lebarlah kami. Rezeki. Hehehe...


Perjalanan dari airport ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami sempat singgah di kedai serbaneka di salah sebuah stesen minyak sekitar pekan Pasir Puteh untuk membeli beberapa keperluan lain (jajan, air mineral & roti). Sebenarnya di sekitar kawasan jeti pun ada macam-macam kedai namun disebabkan mengejar masa, kami beli sahaja di stesen minyak. Air mineral penting ye kengkawan. Dekat pulau, air mineral mahal. So, beli siap-siap di tanah besar.

Muka happy dalam van

Hasil risikan kami daripada maklumat pemandu van tu, En Amran, beliau memaklumkan yang cuaca di Perhentian kali ni tak menentu. Kadang panas, kadang hujan. Dan dua tiga hari ni, ombak besar. Oh my! Sempat aku lihat keadaan Laut China Selatan sepanjang perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Seriusly ombak besar, beb! Kena pula beberapa kali agen pakej kami yang dah tunggu di Jeti call cakap risau kalau lambat, ombak makin besar. Aku dan kawan-kawan aku cuma tawakal aje, berdoa moga semuanya lancar dan dipermudahkan. Ok, bagi sesiapa yang travel ramai, nak ke Jeti Kuala Besut dari airport hendak menggunakan perkhidmatan van En Amran ni, bolehlah hubungi beliau di talian 017-9436165.

Jeti Kuala Besut, Terengganu


Sesampai di jeti, kami diarahkan naik cepat naik ke bot laju (speedboat) yang telah sedia menunggu kami di Jeti Kuala Besut. Memandangkan kami orang terakhir yang naik, so terpaksa duduk di mana-mana yang kosong. Kami dimaklumkan bot berkapasiti 20 orang. Namun, memandangkan bot telah penuh dengan muatan barang selain orang, berhimpit-himpitlah kami. Walhal tak sampai 20 orang pun.

Sangat padat! Depan aku penuh barang-barang.


Dari dalam bot lagi kami dingatkan untuk memakai safety jacket (wajib pakai) dan simpan semua handphone atau camera. Katanya ombak besar & confirm basah. Dan sememangnya basah lencun, hokay. Tak tipu!

Roller coaster laut! (Gambar dari sumber lain)


Korang dapat bayangkan tak? Keadaan speedboat membelah ombak (lihat di atas) sepanjang perjalanan ke Pulau Perhentian. Ye, 1 jam di laut terbuka! Kena ombak kecil kau akan tenang. Paling tidak kena percikan air masin. Kalau berdepan dengan ombak besar, alamat badan kau melambung dulu sebelum cecah seat bot. Pendek cerita, tangan nak lepaskan untuk betulkan tudung melambai-lambai berterbangan ditiup angin pun takut-takut kau nak lepaskan daripada berpaut. Risau je terpelanting keluar dari bot (Hahahaha.... jauh nau membayang tu, kan. Padahal takde la sampai tercampak keluar). Selepas 10 minit melawan ombak, aku dapat tips daripada salah seorang penumpang bot yang bergelar Doktor. Katanya, lembutkan badan. Relaks. Ikut je rentak bot tu. Jangan keraskan badan. Bila keraskan badan, hentakan kuat akan berlaku. Tips tu memang berhasil. Sungguh!

Aku yang duduk depan sekali ni tak usah dikatalah. Memang lencun muka. Nasib badan dapat cover dengan life jacket. So takde lah basah sangat baju. Mata memang pedih bila sesekali kena air garam. Hahaha. Aku buka sipi-sipi je mata, dengan harapan nak tengok daratan. Nampak aje bayang-bayang hijau pulau hati dah seronok. 1 jam dalam bot ibarat 5 jam kut! Ada yang surrender cakap serik nak datang lagi. Tapi agak-agak betul ke surrender tu? Hahaha....

Seronok bila nampak kelibat Pulau Perhentian. Cantik!

Dan seperti yang aku jangkakan, perkataan 'serik atau surrender' tu bagaikan angin lalu je tatkala masing-masing terpukau dengan keindahan lautan yang membiru atau menghijau yang jernih di depan mata. Siapa tak seronok weiii. Patutlah Pulau Perhentian ni menjadi salah satu destinasi tumpuan perlancongan. Memang cantik! Subhanallah...

Jeti Taman Laut Pulau Perhentian ni aje pun dah menawan hati oiiii....

Setelah mengharungi laut dan badai, setelah puas disirami masinnya Laut China Selatan, tibalah aku ke Pulau Perhentian. Yeay!! Apa perasaan masa tu? Aku kagum, tak tipu. Cantik wei! Mata aku tak jemu pandang laut nan membiru kena pulak time kami sampai tu matahari petang memancar terang. Berkilau air hasil daripada pantulan cahaya matahari. Bau laut tu....Fuuhhhh..Rasa nak terjun time tu jugak! Hahaha..

Alahai.... indahnya ciptaan Allah... Subhanallah....

Untuk makluman, kalau nak ke Pulau Perhentian, kena pastikan penginapan kita berada di mana. Sebabnya, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Jangan ditanya mana paling best. Sebabnya sama ada Perhentian Kecil atau Besar, masing-masing ada kelebihan dan kecantikkannya yang tersendiri. Dan untuk destinasi kali ini, kami memilih Pulau Perhentian Besar dan Chalet Abdul sebagai detinasi penginapan. Nak rasa ala-privasi kononnya. Hehehe....

Urusan pendaftaran masuk bilik

Penginapan di Chalet Abdul's ni memang kami puas hati. Chalet cantik, dilengkapi dengan penyaman udara dan kipas serta berhadapan dengan laut dan sangat privasi! Sepanjang 3 hari kami di sini, kumpulan kami satu-satunya rakyat Malaysia yang menginap di chalet ni. Pendek cerita, kami dikelilingi dengan pelancong dari pelbagai negara. Dan dan terasa diri sendiri pun pelancong di negara sendiri. Kikikiki...

Abdul's Chalet @ Pulau Perhentian Besar

Memandangkan kami sampai petang, hanya aktiviti ringan sahaja hari ini. Masa hanya ada kurang 2 jam untuk kami berendam setelah rehat seketika di dalam bilik. So kami ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar pantai dan mandi laut! Pada asalnya kami tak sewa life jacket. Tapi, bila cecah je gigi air, tengok dah paras pinggang walaupun dekat dengan pantai, kami ambil keputusan untuk menyewa jaket keselamatan. Kebetulan, salah seorang pengusaha di situ menawarkan kami khidmat penyewaan dan hasil dari tawar menawar, kami dapat harga RM10 seorang untuk satu set jaket & snorkling google. Kalau hendak diikutkan, sepatutnya harganya RM20. Hurrmmm... Terlupa pula nak ambil nama kedai tempat kami sewa tu. Anyway, terima kasih bro!

Besar ombak dia kan!

Sebenarnya di sekitar tepi pantai itu juga dah boleh snorkling. Jika ke tengah sedikit, akan ada kawasan terumbu karang tempat ikan beraneka warna berkumpul. Bagi mereka yang belum pernah atau lama tidak menjalankan aktiviti snorkling, masa inilah sesuai untuk buat praktikal. Sebab, esoknya, pengunjung akan dibawa untuk snorkling di laut dalam. Jadi boleh buat persediaan awal sebelum aktiviti esok.

Kemain masing-masing bergambar kenangan

Sempatlah kami melepaskan gian berendam dalam sejam lebih sebelum tiba-tiba hujan turun dalam 5 minit. Merasa jugak kami titis hujan di Pulau Perhentian ni. Hujan lalu orang kata. Lepas hujan reda, masing-masing meneruskan sesi jalan-jalan dan bergambar di pantai. Banyak port menarik boleh dijadikan kenangan di dalam camera masing-masing. Setiap sudut menarik!

Lanskap & Replika Penyu Taman Laut Pulau Perhentian yang menarik!

Malam di Pulau Perhentian Besar tidak semeriah Pulau Perhentian Kecil. Rata-rata kedai makan tutup paling lewat jam 10 malam. Ada yang seawal jam 9.00 malam. So untuk malam pertama ini, kami memilih Restoran Abdul untuk venue makan malam kami. Sebabnya masa lalu petang tadi ternampak sotong yang sedang di 'grilled'. Geram je tengok. So menu wajib ke sini adalah Grilled Squid. Harga RM17 sepinggan. Bergantung saiz. Jika besar akan dapat seekor, jika kecil 2 ekor dalam satu pinggan. Rasa sotong tu sangat marvelous! Harus cuba, okay!

Menu utama yang menjadi pilihan saya adalah nasi goreng cendawan. Apa yang lainnya, sebab cendawan yang digunakan bukan cendawan tiram tetapi cendawan butang. Rasa dia not bad! Sedap. Harga? Pada saya standard harga makan di pulau. Tapi jika dibandingkan dengan rasanya yang sedap dan portion yang banyak, pada saya sangat berbaloi sepinggan RM12 dan teh o ais berharga RM4.

Menyelerakan sungguh!

Sebelum masuk bilik, kami singgah sekejap di kedai serbaneka di sebelah restoran. Kali ni, rasa teruja aku bertambah-tambah. Sebabnya mata aku dah nampak sealmari buku yang pelbagai genre dan bahasa. Untuk ulat buku yang macam aku ni, wajib masuk dan sewa buku dekat sini. Fefeeling baca buku tepi pantai sambil disapa bayu Laut China Selatan. Perghhhh... U feel me? Hahahha. Dan aku sambar buku Fixi 'Suspek' by Inawza Yusof. Walaupun aku dah baca, tapi aku nak ulang baca balik sebab dah lupa. Hahaha. Lagipun, memandangkan masa sangat limited, aku memilih buku yang mudah untuk aku khatam dalam masa 2 hari. Untuk menyewa buku di situ, untuk rakyat Malaysia hanya RM10 (termasuk deposit - harga sewa RM5, deposit akan dipulangkan setelah buku dipulangkan dalam keadaan baik). Bagi pelancong pula, akan dikenakan RM15.

Buku ni memang best!

Dan berakhirnya hari pertama aku di Pulau Perhentian. Fuuuhhhh! Panjang jugak ye. Harap korang happy membaca. Kesimpulan budget untuk hari Pertama adalah seperti berikut :

  1. Tambang ERL Putrajaya - KLIA2 > RM9.60
  2. Makan tengahari > RM9.00
  3. Sewa van Airport - Jeti Kuala Besut > RM100/6 = RM17.00
  4. Sewa life jacket & google > RM10
  5. Dinner > RM17 + RM12 + RM4 = RM33.00
  6. Sewa buku > RM5.00
  7. Lain-lain > Air mineral + roti + ubat batuk + jajan = RM22.00
  8. Pakej Pulau Perhentian seorang > RM240.00
  9. Flight Ticket > RM163.00
Belanja hangus bajet Day 1 = RM508.60

#terimakasihsudimembaca

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap