Review Buku - SUSPEK

Assalamualaikum & salam sejahtera uols!

Aku baru lepas habis baca buku psyco-thriller terbitan Buku Fixi. Actually ni kali kedua aku khatam buku ni. Bukan senang untuk aku membaca sesuatu buku dua kali kecuali buku tu betul-betul menarik minat aku.

Big applause for the writer Inawza Yusof sebab telah berjaya menarik perhatian aku untuk membaca buku ni untuk kali kedua. Walaupun telah khatam sebelum ini, namun buku ini tetap dapat menarik minat aku untuk membaca dan terus membaca. Percayalah. Setiap muka surat yang dibaca membuatkan aku teruja untuk membaca muka surat seterusnya. Bagi tips please... Nak belajar cara menarik minat reader untuk terus membaca. Setiap muka surat ada klimaks yang tersendiri... fuuuhhh...


INFO BUKU


Tajuk :  SUSPEK

Penulis : Inawza Yusof

Terbitan : Buku Fixi

Halaman : 308 m/s

Harga : (Aku beli dengan harga 3 buku RM50)

#thephantomkiller


REVIEW BUKU


Mengisahkan tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh seorang pembunuh dikenali sebagai Phantom Killer! Setiap pasangan mangsa yang dibunuh dengan ngeri akan menerima bungkusan hadiah daripada pembunuh. Dan hadiah itu bukan sesuatu yang baik. Anggota badan mangsa! Ya, setiap kali berlaku pembunuhan pasti anggota badan mangsa akan dihantar sebagai hadiah buat pasangan mangsa. 

Pembunuhan demi pembunuhan berlaku sehingga membuatkan Bernard, anggota polis yang mengendalikan kes pembunuhan bersiri ini buntu. Sungguhpun pembunuh meninggalkan killer signature, namun ia masih belum cukup untuk mengesyaki sesiapa sebagai pembunuh kejam tersebut! 

Hinggakan suatu hari pembunuh tersebut agak cuai. Annaredza. Saksi yang menonton adegan pembunuh tersebut terhadap mangsanya. Kehidupan Annaredza berubah selepas itu. Phantom Killer seakan memberi amaran kepada Annaredza dengan cara yang tragis hinggakan Annaredza tertekan. 

Ghaz Arman, penyiasat persendirian juga rakan baik Bernard turut berminat untuk cuba bersama-sama dengan Annaredza untuk menjejaki Phantom Killer. Lagi-lagi kebolehan sixth sense yang ada pada saksi utama itu begitu menarik minatnya. Namun ini tidak disenangi oleh rakan baik Annaredza, Daus Anaqi.

Pelbagai konflik dan adegan thriller terjadi dalam menentukan siapa Phantom Killer sebenar. Boleh jadi Bernard, Ghaz Arman, Daus Anaqi atau juga Annaredza sendiri adalah Phantom Killer yang dicari. Teka teki yang pasti akan ditinggalkan di setiap muka surat buku ini untuk pembaca selesaikan!


PLOT MENARIK


"... Ana, awak tak kenal Jai pun kalau dia duduk sebelah awak sekarang." ~Bernard~'


"Ana!! Kau nak kita dua mati kat sini?!" ~Ghaz Arman~


"Annaredza, jangan percayakan Ghaz atau sesiapa pun." ~Daus Anaqi~


"Memang dia serang saya tapi dia tak berniat nak bunuh saya." ~Annaredza~


 RATING BY ME :      4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)


#terimakasihsudisinggah

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap