Moh Kita Ke Pesta Buku Selangor 2018!


Assalamualaikum & hai semua!

Pon.. pon.. pon... Berita baik untuk semua peminat buku. Pesta Buku Selangor 2018 kembali menemui anda. Di mana? Tempat yang sama seperti sebelum ini iaitu di Pusat Konvensyen Shah Alam (Shah Alam Convention Centre). Nak pergi ke sana boleh je tanya En Google or En GPS ke sana. Boleh pergi guna kenderaan sendiri mahupun public transport. Mudah sahaja ke sana. Memandangkan office aku berdekatan dengan situ, aku jalan kaki je. Senang. Sambil membeli sambil excersice kekdahnya. Katanya bangsa membaca bangsa sihat, kan... hehehe...

Actually event ni diadakan bermula 29 Mac hingga 8 April 2018. Aku sememangnya saja pergi hujung-hujung dengan harapan buku yang aku nak dah habis. So bolehlah aku mengurangkan kuasa berbelanja yang banyak dalam event kali ni. EH! Boleh percaya ke? 😄

Macam-macam ada...

Sampai sahaja di pintu masuk, aku dah mula tercium bau yang sangat aku rindukan. Mestilah bau buku! Heaven sangat, wei! Aku tak pasti sama ada aku betul-betul dapat kawal atau tak nafsu memborong buku yang sentiasa ada dekat dengan aku ni. Berdua bersama bagaikan BFF. Sepanjang perjalanan aku dari office sebelum jejak bangunan ekspo ni, aku dah nekad. Hanya RM100 maksimum yang akan aku peruntukkan untuk pembelian buku dekat sini memandangkan aku ada target sendiri untuk memborong di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung April ni. 

Tapi.... tatkala terbau je bau lambakan buku-buku yang terbuntang di hadapan mata aku, seakan ada satu kuasa ajaib yang sayup-sayup memanggil aku untuk singgah di setiap booth. Dan ketika itu dapat aku rasakan yang aku dah jadi seorang penghidap Alzeimer! Aku lupa segalanya. Aku mungkir dengan segala janji yang aku dah buat. Teruk oiiii... Menyesal bawa duit banyak-banyak. Huhuhu..

Apsal menarik sangat buku kanak-kanak ni?

Setiap booth yang dipamerkan ada kuasa magiknya yang tersendiri. Tak percaya? Singgahlah di setiap booth buku yang dipamerkan. Pasti ada suara-suara misteri yang akan memanggil untuk memegang setiap buku. Aku dah alami, babe! Jejak aja kaki dari satu booth ke satu booth, mata aku pasti akan terpikat paling tidak pun satu buku untuk dibeli. Banyak buku menarik dengan diskaun harga yang berbaloi untuk dimiliki ditawarkan.

Pelbagai genre fiksyen, non fiksyen, komik, megazine, bahasa malaysia, english, other language dan macam-macam lagi disediakan khas buat semua golongan muda, remaja, tua, even buku untuk kanak-kanak juga aku yang bukan kanak-kanak ni pun dah terpikat. Banyak kali aku cakap dengan kawan aku yang ikut menemankan aku, "Kenapa zaman kecik-kecik dulu takde buku kanak-kanak yang cantik-cantik & murah-murah macam ni?". Bayangkan boleh dapat serendah RM1 untuk buku kanak-kanak biasa dan buku cerita kanak-kanak serendah RM2.90!

Dan aku tersangkut beli beberapa buku kanak-kanak mungkin aku boleh hadiahkan buat anak buah tersayang. Nanti boleh aku pinjam baca sama .. hehehe... Bukan setakat ilustrasi luar yang dapat menarik kanak-kanak untuk membaca malah pengisiannya juga memikat. Dan aku dah jatuh cinta dengan buku kanak-kanak. Nak belajar buat buku kanak-kanak lah. EH! Tetiba. Kikikiki...

Haduuu.... mana satu nak pilih ni....

Cuma apa yang aku perasan untuk pesta buku selangor kali ini, kebanyakkan buku yang ditawarkan buku kanak-kanak. Banyak penerbit untuk buku-buku dewasa tidak join sama tahun ini. Aku tak tahu kenapa, tapi mungkin aku jangkakan mereka ingin menumpukan perhatian dengan PBAKL2018 yang akan diadakan dalam waktu terhampir ini. Itu firasat akulah. Aku harap bukan kerana industri buku yang kian menjunam jatuh. Tinggi persepsi aku ni. Aku yakin, setiap buku ada pencintanya yang tersendiri dan aku sendiri sekarang ini sangat tertarik dengan buku-buku yang berkualiti terutama daripada segi bahasa yang baik dan indah.

Memandangkan aku pergi waktu lunch (time solat Jumaat), jadi banyak booth yang menarik perhatian aku antaranya Kawah Buku, tutup. Takde rezeki aku nak miliki buku-buku yang rare karya sasterawan-sasterawan negara yang sangat aku kagumi. Aku sekarang tengah nak mengkaji gaya bahasa yang digunakan. Walaupun lebih kepada bahasa sastera, tapi ia cukup menarik perhatian aku buat masa ini. Takpe, aku dimaklumkan masa PBAKL nanti depa ada. So bolehlah aku memborong time tu pulak!

Booth Grolier

Selain buku, ada juga booth yang menawarkan teknik pembelajaran terkini untuk anak-anak. Antaranya booth dari Grolier. Memang tidak asing lagi. Booth ini memang sentiasa bersedia menawarkan khidmatnya setiap kali pesta buku diadakan. So bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ingin mencuba teknik mempelajari English dengan lebih berkesan, bolehlah berkunjung ke booth Grolier atau yang seangkatan dengannya.

Kita rileks dulu....

Setelah penat tawaf setiap booth yang ada, bolehlah bersantai di ruang yang telah disediakan di dalam dewan mahupun di luar dewan pameran. Sangat selesa. Sambil duduk-duduk boleh baca buku-buku yang telah dibeli dan juga disediakan booth jualan makanan di luar dewan. Pasti dahaga dan lapar selepas penat memilih buku, kan. So jangan risau tentang perut nak minta diisi. Pelbagai pilihan snek ringan disediakan di luar dewan pameran.

Lagipun, kedudukan bangunan yang berhampiran dengan shopping Mall SACC dan Kompleks PKNS, sangat strategik. Lepas penat shopping buku boleh singgah isi perut dan cuci mata shopping keperluan lain pula! Waaaahhhhhh... 😍😍😍

Comel je kartun-kartun ni.


Oh, ya! Lupa nak maklumkan. Di luar dewan pameran, berhampiran dengan kaunter urusetia, ada disediakan satu ruang bergambar selfie dengan watak-watak kartun pilihan. Cantik je susunan karikatur tu. Tapi aku pemalu orangnya. So amik gambar ruangan karikatur yang kosong tanpa aku sebagai penemanlah nampaknya kan. Kikikiki..

Bertuah ke kak? Kuikuikui

Bonus juga buat pembeli bertuah. Untuk pembelian minima RM30 di mana-mana booth yang sah, anda layak untuk menyertai cabutan bertuah. Hadiah yang ditawarkan sebanyak RM500 setiap memenang! Waaahhhh.. dah membeli boleh dapat duit semula. Seronok kot! Jadi, sebelum balik jangan lupa singgah ke kaunter urusetia untuk mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan. Setiap hari akan ada 2 kali cabutan iaitu pada jam 6.30 petang dan pada jam 8.30 malam.

Aku tak lepaskan peluang mengisi 'beberapa' borang yang layak untuk aku. Harap sangatlah aku bertuah untuk hari ini. Kalau tak bertuah pun takpe, mungkin ada orang yang lebih memerlukan berbanding dengan aku (ayat sedapkan hati... tapi frust jugak oooo... nama tak naik) soookayyy...😂😂😂😂😂..

Bila ko nak baca ni EH!

Dalam taknak membeli sangat tu, sempat aku sambar buku-buku yang menarik perhatian aku. Tapi aku tak pernah rasa menyesal. Sebab pada aku, setiap ringgit yang melayang untuk buku adalah ilmu! So kepada peminat & pencinta buku, jom meriahkan Pesta Buku Selangor 2018 yang hanya tinggal kurang daripada 24 jam lagi ni. Sempat lagi ni. Tutup pukul 11 malam hari ni. Kalau tak sempat hari ni, esok boleh serbu. Silap-silap haribulan aku pun berebut-rebut turut serbu balik. Aku sendiri tak percaya dengan diri sendiri. EH! 😅😅

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan event ni serta aktiviti yang diadakan, boleh pergi ke link ni Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Tahniah PPAS berjaya anjurkan lagi Pesta Buku Selangor 2018 ni.

Bangsa membaca, bangsa kreatif... macam aku. Miahahaha..

#terimakasihsudisinggah






Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap