Travel | New Zealand | North Island | Day 1 | Matamata City
Assalamualaikum alls,
Baca juga :
Cuti-cuti New Zealand
The hobbiton Movie Set
#terimakasihsudibaca
Ramai pulak yang bertanya, kenapa tak update tempat-tempat yang kat New Zealand lagi? Aku cuma boleh jawab 'Hahaha' sambil tersipu-sipu malu. Haduu... inilah kelemahan aku. Nak meng-update blog. Nampak macam berterabur sikit blog aku ni.
Tapi... janganlah kalian semua risau, even bertebabur, tapi aku ni rajin copy link untuk korang senang refer link lain yang berkaitan. Ok tak lagu tu? Bolehlah, kan. Yang penting senang korang nak cari info dalam ni. Lagipun aku mengamalkan konsep mesra pelanggan. Eh! Tiber... 😅
Cantik lanskap bulatan kat Matamata City, kan? |
Ok. Kalau sebelum ni aku bagi tau tentang Hobbiton Movie Set, kali ni aku nak cerita sikitlah tentang bandar Matamata ni. Apa yang bestnya tentang Bandar Matamata ni? Sebabnya inilah bandar letaknya Hobitton Movie Set tu.
See... Nampak macam rumah kaum Hobbit. |
Masa kat bandar Matamata ni pun korang akan dapat rasa feel dunia Hobbiton ni. Sebabnya, bangunan-bangunan kat sini, terutama Matamata i-Site ni pun dah macam perumahan kaum Hobbit ni. Comel, sey!
Percayalah, belum sampai lagi ke Set Movie Hobbiton, korang akan teruja nak bergambar di sini. Banyak port cantik! Selain bangunan yang dibina seakan rumah kaum Hobbit, ada juga kawasan yang ala-ala Korea. EH! nak cerita New Zealand ke Korea sebenarnya ni? Jangan kompius, kawasan ni ala-ala je. So, pada sesiapa yang belum sampai Korea lagi, bolehlah feel bergambar ala-ala kat Korea.
Camne tu? Ada satu tempat ni dipenuhi deretan pokok-pokok yang cantik tersusun. Alaa... macam dalam cerita Winter Sonata tu. Yang hero & heroin bermain kejar-kejar campak-campak salji kat celah-celah batang pokok. Ala... macam kat Nami Island tu. Hehehe.
Ada nampak macam kat Korea tak? Hahaha |
Ya..ya.. tau, Nami Island lagi cantik. Tapi ni pun tak kurang cantiknya kalau bergambar. Sementara tunggu kaunter Matamata i-site tu buka, memang seronoklah ambil peluang ni bergambar kat situ.
Bandar Matamata ni tak adalah besar mana. Tapi kagum dengan lanskap kat situ. Cantik. Roundabout dia yang kecil tu dihiasi dengan lautan bunga indah yang warnanya cukup menarik perhatian. Rona warna terang digaungkan dengan warna soft cukup indah pada pandangan mata. Lagi-lagi masa ni musim sejuk, pagi tu memang kena tahan la pakai jaket tebal sebab suhu sekitar 6°C. Gigil sangat wey. Mana taknya, New Zealand ni letak berhampiran dengan Kutub Selatan, angin dari Kutub Selatan bila bertiup... fuh... mencengkam hingga ke tulang sumsum.
Kat sini ada beberapa kedai grocery berhampiran, kalau nak cari barang-barang halal boleh beli di Countdown Matamata. Macam kami, kami cuma cari satu je. Makanan! lapar, beb! Mana taknya, separuh hari berjalan dalam Hobbiton Movie Set tu, memang dah sampai masa la lunch hour, kan?
Tengok ramai yang suggest try makan kat Fez Kebab. Kata depa sedap. Kami jalan kaki je ke restoran kebab ni. Dekat je. Adalah dalam 5 minit berjalan kaki.Harga kebab dia pun pada aku boleh tahan la. Standard harga makanan sebagai seorang pelancong. Jangan pandai-pandai korang nak convert. Anggap je 1 NZD sama dengan RM1 kat Malaysia. So, korang akan rasa murah. Haa.. tu antara tips melancong atau mengembara. Jangan convert nilai wang! Kalau convert jugak, korang mesti hanya setakat berjalan sambil 'makan angin' je. Hahaha.
Pilihan aku Kebab Lamb (Turkish Wrap). Dah sampai New Zealand, kenalah makan lamb, kan? Aku amik small size. Tapi.... small dia tak macam small. Hahaha. Potion dia pun besar. Serius aku cakap, aku 2 kali makan. Boleh sekali makan kuantiti separuh je. Then sambung makan bila rasa lapar balik. Hehehe.
Rasa? Rasa ni depends pada sos yang dipilih. Boleh pilih 3 sos ikut citarasa. Pada aku yang kaki pedas ni, memang tak puas la sebab tak pedas. Tapi rasa dia not bad. Sedap jugak. Bolehlah kena dengan tekak ni. Daging dia memang moist. Tapi aku jumpa yang lagi best masa kat Queensland. Nanti aku cerita, eh.
Pada yang tak nak kebab, tak ada masalah. Ada pilihan lain. Ada rice dish, salads, pizza, atau side order lain macam fries, garlic bread, falafel atau lain-lain. Dessert pun ada macam kek dan aiskrim. Aku berkenan dengan aiskrim dia. Nampak menarik sangat. Tapi bila fikirkan suhu 11°C (waktu tengahari suhu tinggi sikit), aku perlu fikir 100 kali perlu atau tidak makan aiskrim dalam cuaca sejuk. Kikiki. Dan keputusannya aku tak beli, dan akhirnya aku menyesal. Sebab sampai sekarang teringin nak makan aiskrim tu. Hikhikhik.
Nak tahu lebih lanjut boleh berkaitan bandar Matamata click Matamata Wikipedia atau better baca Travelog aku nanti aku akan detailkan lagi harga makanan dan info yang lain. Masih dalam proses penulisan lagi. Harap mampu bersabar ye sayang-sayang semua.😙
Cuti-cuti New Zealand
The hobbiton Movie Set
#terimakasihsudibaca
Akhirnya muncul juga update tentang kisah sesi berjimbaan ke New Zealand tuh ye. Harapnya by end of this year, siap la semua cerita tentang pengembaraan di New Zealand tuh ye. Kebab tuh nampak sedap sungguh. Cuaca dingin memang tak lalu nak makan aiskrim, lebih pada nak cari air panas tapi tuh la dah teringat-ingat plak ye kat aiskrimnya. Kena la revisit New Zealand sebab nak makan aiskrim tuh gamaknya hehehehehhehe
ReplyDeleteHahahaha.. memang wajib repeat NZ ni ksarie. Sebabnya still ada banyak tempat belum teroka lagi. Especially yang kat North NZ. Lepas ni xnak cari musim sejuk kalau nak repeat. Sebab nak makan ice cream tu.. hehhehe..
Deletehihi update lagi !! kite memang tengah study pasal NZ. ada rezeki nak kesana..
ReplyDeleteInShaa Allah nanti kite update eh... cumanya yang update dlm blog ni ringkas sikit, sekarang ni tengah berusaha menulis nak buat travelog. Wish me luck ok.. hehehe..
Deleteinsyallah u can do it !! kite sokong pom pom dari jauh. dah siap let me know k.. ill read =)
DeleteHahahahaaa... ni yang best dapat sorakan daripada pom pom girls... tq, ya! winkwink...
Delete