Suka Duka 2018...

Assalamualaikum & happy Monday semua... Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi 2018 akan menutup tirai. Rasa macam baru semalam je tulis tentang permulaan 2018, hari ni dah sampai ke penghujungnya. Sedih. Sobsob. Betullah orang cakap, bila dah akhir zaman ni, masa akan berlalu begitu pantas. Apakah telah digunakan sebaik mungkin atau dibazikan begitu sahaja? Hanya kita sahaja yang tahu, kan? Kalau ikutkan pencapaian aku untuk tahun 2018 ini, banyak benda yang aku impikan masih tidak tercapai. Pendek cerita, gagal untuk aku capai. Sebabnya? Antaranya asbab paling aku kesalkan adalah daripada diri aku sendiri. Kurangnya usaha daripada diri sendiri. Banyak benda yang aku ambil sambil lewa seolah-olah aku selesa berada pada zon aku sendiri hinggakan lambat atau sedikit lonjakan paradigma yang aku buat. Sigh. Rasa menyesal? Tentulah! Tapi kena terimalah sebab itu pilihan yang aku dah buat. Tapi... untuk tahun yang kehadapan ni, which means 2019, aku akan cuba untuk mel...