Posts

Review Buku - RAKA

Image
Assalamualaikum & Happy Monday Guys! Hari ni aku nak review satu buku yang dah habis aku baca untuk bulan ni. Kiranya ni buku yang ke-4 berjaya dikhatam dalam bulan Januari. Hopefully target aku 50 buku 2019 dapat accomplish. Nampak gaya sekarang ni masih lagi smooth misi membaca untuk tahun 2019 ni. Sila istiqomah ye EH! Buku kali ni buku keluaran FIXI bertajuk RAKA yang ditulis oleh Mahizan Husain. Aku tak berapa kenal penulis ni. Ni buku yang pertama aku baca nukilan penulis ni. Actually dalam Antologi TRI pun ada karya yang ditulis beliau. Cumanya aku belum sempat habis baca lagi buku TRI tu. Tapi apa yang aku tahu, penulis ni memang antara penulis lama yang berkecimpung dalam dunia penulis dan ada lebih daripada lima buah buku.  Apa komen aku lepas baca buku ni? Superb! Memang aku dah jatuh suka dengan olahan daripada penulis ni. Apa yang penting, laras bahasa beliau. Ya Allah! Jatuh cinta aku bila baca bahasa beliau ni. Biasanya (pandangan aku) novel-novel fixi ...

JJCM : Masak Lomak Cili Api @ Warung Salai Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Hi guys! Minggu lepas, aku berkesempatan jenjalan dengan family aku ke Port Dickson. Lama sungguh tak pi sana. Memandangkan misi kami hangout ni memang nak santai-santai, so kami sepakat nak explore masakan terbaik kat Port Dickson ni.  Google punya google, ternampak la satu tempat ni. Warung Salai nama tempat tu. Alamat? Nanti aku share dalam gambar alamat tempat tu ye. Korang tengok je la gambar-gambar ni nanti.  Antara menu kat Warung Salai Nama dia je warung. Tapi sebenarnya restoran yang terletak dekat kawasan shop lot. So far memang senang la nak jumpa. Korang waze je Warung Salai Port Dickson, confirm 'you have reach your destination'. Hehehe. Alamat Warung Salai Apa istimewanya tempat ni? Memang famous masakan Negeri Sembilan. Nama pun salai, dah tentulah power tang salai masak lomak cili api. Cakap je nak salai apa, itik, ayam, daging, burung puyuh, ikan keli, semua ada. Masak lemak cili api dia memang terbaik. Cukup loma...

Resipi : Homemade Simple Garlic Spread

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Lama tak share resipi kan? Memandangkan aku baru je balik daripada bercuti dengan my lovely family baru-baru ni, aku nak share sesuatu dengan uols.  Masa bercuti tu, kami satu family buatlah BBQ santai. Then salah satu menu masa tu garlic bread. Yang tu menu adik bongsu aku. Asalnya aku ingatkan garlic spread tu dia beli ready made. Rupanya dia buat sendiri.  Sorry, gambar cantik tak sempat snap... 😅 Rasa garlic spread resepi dia boleh tahan sedap gak. Then aku tertarik dengan resipi spread adik aku ni sebabnya dia guna garlic (bawang putih) yang direbus. Ok. Biasa tengok resipi depa tumis, kali ni kita tengok resipi rebus pulak eh. Check it out! Bahan-bahan : 20 ulas bawang putih (lebih pun tak ada masalah) Parsley Flakes (agak-agak dalam 2 or 3 cubit) 200g Margarine (adik guna jenama Giant je) Garlic spread resipi Cara-cara : 1. Rebus bawang putih (jgn terlalu lama). 2. Lepas rebus terus cincang bawang ...

Review Buku - HELLO IT'S ME

Image
Assalamualaikum & Happy New Year! Untuk permulaan tahun baru ni, demi semangat baru yang sedang berkobar-kobar ni. Eceeeh... Aku nak kongsi sikit review tentang buku yang baru je selesai aku baca. Semangat membaca kali ni lain macam sungguh. Maybe sebab nak sahut Cabaran 50 Buku 2019. So start daripada 1 Jan 2019 ni selama 12 bulan kena pastikan aku capai target. Maksudnya aku kena baca at least 4 buah buku sebulan. Boleh ke? 😅 Buku yang aku review kali ni sebuah buku terbitan Prolog Media. Hello It's Me oleh Anna Lee. Sekali lagi Anna Lee? Yes! Aku dah jadi fans setia AL sekarang ni. Cadang memang nak kumpul buku-buku AL lepas ni.  Kalau sebelum ni aku baca buku Jika Aku tulisan AL, rupanya buku Jika Aku tu terbit daripada kesinambungan cerita ni. Tapi... jangan risau, tetap tak akan mencacatkan jalan cerita kalau baca salah satu buku ni.  Serius aku suka dan kagum sangat idea AL dalam Hello It's Me ni. Mula-mula AL bawa ke daerah dunia penulisan. Apa yang te...

Suka Duka 2018...

Image
Assalamualaikum & happy Monday semua... Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi 2018 akan menutup tirai. Rasa macam baru semalam je tulis tentang permulaan 2018, hari ni dah sampai ke penghujungnya. Sedih. Sobsob. Betullah orang cakap, bila dah akhir zaman ni, masa akan berlalu begitu pantas. Apakah telah digunakan sebaik mungkin atau dibazikan begitu sahaja? Hanya kita sahaja yang tahu, kan? Kalau ikutkan pencapaian aku untuk tahun 2018 ini, banyak benda yang aku impikan masih tidak tercapai. Pendek cerita, gagal untuk aku capai. Sebabnya? Antaranya asbab paling aku kesalkan adalah daripada diri aku sendiri. Kurangnya usaha daripada diri sendiri. Banyak benda yang aku ambil sambil lewa seolah-olah aku selesa berada pada zon aku sendiri hinggakan lambat atau sedikit lonjakan paradigma yang aku buat. Sigh. Rasa menyesal? Tentulah! Tapi kena terimalah sebab itu pilihan yang aku dah buat. Tapi... untuk tahun yang kehadapan ni, which means 2019, aku akan cuba untuk mel...

Servis Hospital Kerajaan? Teruk sangatkah?

Image
Assalamualaikum & happy weekends uols! Nurse vs Artist = Public Ears & Eyes Lately, isu pertembungan pendapat ni agak viral dan meletop diperkatakan di media sosial. Semua yang menjadikan media sosial or medsos or socmed sebagai salah satu medium untuk berhubung atau mengetahui apa-apa info dan berita terkini daripada pelusuk cakerawala pasti mengetahui serba sedikit berkaitan isu pertembungan pendapat antara dua individu yang berlainan kerjaya ini. Aku tak nak berhujah dengan lebih detail berkaitan isu antara mereka. Pada aku, biarlah mereka settlekan sendiri kerana hanya mereka yang tahu cerita dan keadaan yang sebenar. Aku cuma hendak berkongsi sedikit pengalaman aku yang pernah berada di situasi seorang client atau penerima servis di hospital kerajaan. SITUASI A : Kisah Aku Seorang Pesakit Kanak-kanak. Daripada kecil lagi aku dah dibiasakan dengan mendapat rawatan sama ada secara pesakit dalam atau luar di hospital kerajaan. Semua ubat yang dibekalka...

Cerpen EH : Buat Seorang Kekasih (Teaser)

Image
Assalamualaikum & Salam awal pagi semua! Oh sepi terasa Setelah cinta pudar di hati Tak mungkin dapat ku melupakan Kerana dialah kekasihku Dan di saat ini Ku masih terus menyintaimu Melupaimu tak mungkin ku mampu Terdengar suaramu memanggilku Dahulu kita sungguh mesranya Bergurau senda saling menyayang Kita berjanji bersumpah setia Hingga ke akhir hayat ingin bersama Kita merancang, Tuhan tentukan Tiba masanya, kau pergi... tak kembali Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu Siang malam sepi kurasa Aku rindu kemesraanmu Ku terkilan hajat tak sampai Kasih putus di tengah jalan Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu Lirik : Buat Seorang Kekasih Nyanyian : Slam Sekali lagi aku nak kongsi lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Slam dalam album pertama mereka. Buat Seorang Kekasih. Dan tajuk ini juga yang aku pilih dalam menyiapkan Kumpulan Kompilasi Cerpen EH.  Bagi mereka yang tidak familiar dengan lagu ni, aku kongsikan ...