Resipi : Homemade Simple Garlic Spread

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama tak share resipi kan? Memandangkan aku baru je balik daripada bercuti dengan my lovely family baru-baru ni, aku nak share sesuatu dengan uols. 

Masa bercuti tu, kami satu family buatlah BBQ santai. Then salah satu menu masa tu garlic bread. Yang tu menu adik bongsu aku. Asalnya aku ingatkan garlic spread tu dia beli ready made. Rupanya dia buat sendiri. 

Sorry, gambar cantik tak sempat snap... 😅

Rasa garlic spread resepi dia boleh tahan sedap gak. Then aku tertarik dengan resipi spread adik aku ni sebabnya dia guna garlic (bawang putih) yang direbus. Ok. Biasa tengok resipi depa tumis, kali ni kita tengok resipi rebus pulak eh. Check it out!

Bahan-bahan :

20 ulas bawang putih (lebih pun tak ada masalah)
Parsley Flakes (agak-agak dalam 2 or 3 cubit)
200g Margarine (adik guna jenama Giant je)

Garlic spread resipi


Cara-cara :

1. Rebus bawang putih (jgn terlalu lama).
2. Lepas rebus terus cincang bawang putih hingga hancur.
3. Masukkan bawang yang dah dicincang tadi ke dalam marjerin, tambah parsley flakes tuen kacau rata. ampurkan dalam margarine,
4. Sejukkan dalam peti sejuk.
5. Boleh sapu pada roti dan bakar.

Credit recipe from adik bongsu den Chef Khai 😎.

Mudahkan? Tak ada blender? Tak ada lesung batu nak tumbuk bawang? Apa ada hal. Resipi ni memang tak perlu tu semua. So boleh je cuba resipi yang mudah ni.

Selamat mencuba guys!

* Note : Gambar-gambar menarik tak sempat nak ambil sebabnya kitaorang lebih teruja nak makan sampai terlupa nak ambil gambar. 😅

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Macam mudah je resepi ni. Boleh dicuba bila ada masa terluang nanti. Tq share resepi yang senang nak dibuat

    ReplyDelete
  2. Yup! Memang mudah kak sarie... boleh pelbagaikan resepi garlic spread ni.. versi rebus.. huhuu..

    ReplyDelete
  3. Nak tanya bawang putih tu rebus sekali dgn kulit ke atau tanpa kulit... tq sis

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap