Sembang Santai : Curang & Dicurangi

Assalamualaikum &salam sejahtera uols!

Credit photo : Google

Curang dan dicurangi.

Perghh... Trigger sangat bila dengar dua perkataan ni, kan? Lagi-lagi buat mereka yang dah pernah berhadapan dengan dua situasi ni betul tak? 

Saja aku nak kupas sikit isu ni. Kita berbual secara santai aje, eh. Isu ni aku nak kupas lebih kepada konteks curang dalam hubungan sesama manusia. Aku pun sebenarnya tak suka nak bincangkan isu ni. Sebab pernah berlegar-legar dalam dunia perkataan curang tu. Ofcos lah aku tergolong dalam golongan 'dicurangi'. Sedih, beb...

Credit photo : Google

Aku tak nak cerita tentang hal aku. Thread kali ni lebih pada thread santai macam yang aku cakap tadi. Actually aku tergerak nak bercerita tentang benda ni sebab terjebak dengan kes someone yang bercerita dengan aku kisah hidup dia sebelum ni yang pernah curang dan dicurangi. 

Nampak ada 'wow factor' sangat cerita dia tu, kan? That's why aku rasa macam nak kongsi dengan korang kat sini. At least, ada sesuatu pengajaran yang korang boleh ambil daripada kisah yang aku nak cerita jap lagi.

Credit photo : Google

Kisahnya bermula di sini... (mata tengok siling, sambil terdengar music ala-ala fairy tale) 😁

Masa lunch tadi, macam biasa aku ni bukanlah seorang yang rajin sangat keluar makan kat kedai. Aku lebih prefer tapau aje makanan. Pusing punya pusing, tekak teringin nak makan laksa. Gigihlah cari laksa utara tetengahari ni. Nasib jumpa. Then round lagi, nak cari kudapan ringan kut laksa tu nanti tak berapa kenyang, manalah tau petang-petang karang aku tetiba lapar. Belilah something yang manis sikit buat potong rasa hanyir ikan laksa tu nanti. Jumpa chocolate cheese lava cake. Bolehlah buat kudap-kudap pencuci mulut.

Saje letak gambar laksa ni. Ngences tak? 😉

Ok. Aku bukan nak cerita tentang laksa & chocolate cheese lava cake tu even nampak macam best aje kan. Maafkan aku kalau terbuat korang mengidam nak cari benda alah tu. Kikiki.

Back to the story again, aku ada duit RM100 dalam tangan masa tu. Nak bayar untuk dua benda tu (laksa & kek) aje dengan duit besar tu macam tak best. Tiba-tiba mata aku nampaklah megazine. Sambarlah megazine tu at least aku dapat kurangkan 'change' peniaga tu nak bagi aku. Korang faham maksud aku, kan? Hope korang fahamlah.

Masa nak bayar tu untuk kesemua benda termasuk megazine tu, berlakulah perbualan antara peniaga tu dengan aku. Bunyinya lebih kurang macam nilah :

Peniaga : Oh, ada yang nak baca majalah ni, ya. 

Aku : (Senyum)

Peniaga : Saya anti betul dengan majalah ni.

Aku : Eh, kenapa? (Terkejut sebenarnya bila ada orang terus terang cakap macam tu.)

Peniaga : Ada kisah silam saya dengan penulis dalam majalah ni.

Aku : Pasal apa tu? (Lebih rasa teruja nak tahu. Harap bro ni ceritalah dengan lebih lanjut. Hehehe)

Peniaga : Penulis ni pernah ceritakan kisah saya dalam majalah ni. Geram betul saya.

Aku : (Diam. Tapi muka teruja nak dengar, beb. Ceritalah lagi, bro.)

Peniaga : Panjang cerita tu. Dulu saya pernah ada makwe. Makwe saya dulu, sekarang ni isteri kepada penulis yang dalam majalah nilah. Yelah, dah tak ada jodoh antara saya dengan makwe saya tu. 

Aku : Ok... (Masih berminat nak dengar. Ingat dia nak benti takat situ aje. Harap taklah... hehehe)

Peniaga : Tapi saya pun nakal jugak time tu, masa tu saya dah bertunang. Isteri saya sekarang ni tunang saya masa tu. Dalam bertunang tu, saya berkawan dengan makwe saya tu. Kira saya main kayu tigalah. Masa tu makwe saya belum lagi kahwin dengan penulis nilah. Dia bujang lagi time tu. Nak dijadikan cerita, boleh pulak makwe saya kantoi dengan penulis tu. Kantoi sebab saya dengan penulis tu sama-sama datang time yang sama nak jemput makwe saya tu. Baru saya tau makwe saya tu curang dengan saya.

Aku : (Gelak kecil. Serius aku tak tau nak buat reaksi apa time tu. Hahaha)

Peniaga : Tapi tulah, kan. Kira padan muka sayalah. Playboy dapat playgirl. (Gelak).

Aku : (Gelak jugak. Dalam hati, moga sekarang tak buat lagi kerja-kerja curang tu, bro.)

Peniaga : Sampai sekarang saya dah tak jumpa lagi penulis tu. Tapi bengang jugaklah. Boleh pulak dia tulis kisah tentang saya, sindir saya dalam salah satu slot dalam majalah tu. Tu sampai sekarang saya benci dengan majalah tu.

Aku : (Tersenyum sinis. Tak tau nak kesian ke nak tergelak dengar cerita bro ni).

Gambar sekadar hiasan. 😜

Lebih kurang macam tulah perbualan ringkas antara aku dengan brother tu. Aku benci sebenarnya orang yang curang. Tapi kisah bro ni pada aku boleh buat pengajaran untuk mereka yang kaki curang di luar sana. Dan juga pada aku untuk meningkatkan lagi motivasi diri untuk tidak sesekali menghampiri perbuatan curang. Kalau Allah nak, cash Allah bayar atas setiap perbuatan kita. 

Aku yakin, cara bro ni cerita, betul-betul terkesan pada dirinya hingga kini (aku haraplah). Kisah asalnya yang dia curang pada tunangnya (sekarang isteri dia), then Allah tunjukkan pula bagaimana rasa dicurangi oleh makwe (sekarang ex) dia pula. Mesti pedih, kan?

Credit photo : Google

Untuk berlaku curang, memang mudah. Cuma perlu ada 1 perkataan ni aje. T.I.P.U. Dari situ dapat membentuk subjek dan predikat. 'Penipu yang menipu'. 

Tapi untuk seseorang 'move on' dengan kes dicurangi, amat sukar. Lagi-lagi pada si pemuja setia. Mereka yang curang cuma perlukan 1 detik masa untuk berlaku curang. Tapi, pada si pemuja setia ni, tiada istilah tempoh masa pada mereka. Kerana mereka mungkin perlukan sehari, setahun, sepuluh tahun, atau mungkin juga sepanjang hayat mereka untuk 'move on' daripada kesan dicurangi itu. Move on mungkin ya, tapi melupakan memang tidak. Lagi-lagi jika mereka dicurangi berkali-kali. Sedih, beb. Sigh. Ini dipanggil TRAUMA. 

Credit photo : Google

Nak cerita bab trauma ni pulak panjang. Aku rasa mungkin aku buat thread lain pula untuk bab trauma ni. Bersama dengan kisah kehidupan yang lain.

Pada mereka yang dicurangi, aku doa agar korang kuat. Cuba perlahan-lahan untuk move on. Ya, aku tahu benda tu sangat susah. Tapi at least, kita cuba (nasihat untuk diri aku juga. Hahaha). Moga korang jumpa orang yang baik-baik lepas ni.

Pada mereka yang cuba-cuba untuk berlaku curang, atau sedang berlaku curang, aku harap Allah akan lembutkan hati korang untuk ada sifat simpati dan rasa empati dalam diri. Kesian pada orang yang kau curangi tu. Lagi kesian pada diri sendiri sebab perlu bersusah payah untuk berperang dengan konflik dalam diri.

Curang atau setia? Pilihan di tangan anda... 😄

Credit photo : Twitter

Aku rasa cukup aku stop sampai sini sahaja. Nanti ada masa lain aku bercerita lagi ye. 

#terimakasihsudisinggah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap