Jualan Penghabisan Stok Buku Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Assalamualaikum semua,
Lama tak sembang-sembang tentang buku, kan? Korang tahu tak sekarang ni Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd tengah buat jualan pemindahan gudang di gudang asal mereka di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.
Aku sebenarnya pun baru tahu dorang dah mula buat sale ni bermula 2 Disember hingga 31 Disember. Hari nilah. Aku sendiri pun Sabtu baru-baru ni berkesempatan pergi. Sebelum ni terlalu sibuk hingga weekend pun kena kerja. Ini gara-gara isu pencemaran airlah. Sigh.
Ok, kita tinggalkan sekejap isu pencemaran air di Selangor yang agak hot tu. Aku nak cerita tentang jualan gudang ni.
So far, memang tersangatlah murah harga yang ditawarkan. Bayangkan harga serendah 50 sen dan setinggi RM10 aje untuk buku yang sangat berkualiti. Bukan buku secondhand, ye kengkawan. Buku baru. Ulang semula, buku B.A.R.U. Korang boleh bayangkan tak, dengan harga yang sebegitu murah, korang boleh dapat buku baru. Mana dapat harga semurah macam tu dalam dunia yang perlukan duit di mana-mana ni, ye dak?
Buku-buku yang dijual bukan buku kaleng-kaleng. Bukunya sangat bagus terutama untuk kategori buku-buku umum. Tak kurang hebat juga untuk kategori novel, puisi juga cerpen sebab ada banyak buku yang dijual tu telah dinobatkan sebagai Hadiah Sastera. Begitu juga buku-buku pendidikan. Memang kandungannya sangat bagus. Ada juga dijual kamus serta buku-buku akademik lain yang dijual dengan harga yang sebegitu murah. Buku untuk kanak-kanak pun sangatlah menarik untuk dimiliki. Buku resepi dan seni jahitan juga banyak pilihan di situ. Bayangkan buku resepi & seni jahitan yang dicetak dengan aneka warna serta kertas yang berkualiti dijual dengan harga RM5 aje. Murah betul. Majalah pun ada juga.
Aku frust jugaklah sebab lambat datang. Buku-buku yang aku nak terutama buku umum orang lain dah kaut dulu dah. Banyak yang dah habis. Majalah yang aku aim pun dah licin. Kamus-kamus memang ramai dah terjah dulu. Alahai, rugi datang lambat.
Tapi tak apa, dalam banyak yang dah habis tu, banyak juga lagi tinggal buku-buku yang menarik pada aku. Diam tak diam, aku sempat sambar 50 buah buku (buku am, novel biasa, novel Hadiah Sastera, buku akademik, buku kanak-kanak, buku resepi, buku seni jahitan & majalah) dengan harga RM154 sahaja. Sebelum ni kotak tidak disediakan. Kali ni masa aku pergi dah ada kotak baru yang disediakan dan boleh dibeli dengan harga RM1 untuk sekeping kotak.
Sebenarnya kalau letakkan diri aku sebagai seorang penulis, aku sedih juga tengok buku-buku yang dijual sebegitu murah. Tapi nak buat macamana, aku tak tahu di mana silapnya, satu persatu syarikat buku terpaksa membuat jualan murah sebegini untuk habiskan stok yang memenuhi gudang dan untuk terus survive. Sedih bila kenangkan balik industri buku di Malaysia ni. Dan buku-buku yang dijual tu semua buku yang berkualiti. Itu yang lebih menyedihkan lagi.
Apakah rakyat di Malaysia ini sudah hilang minat untuk membaca? Atau mungkinkah faktor ekonomi memainkan peranan? Atau mungkin juga kewujudan teknologi yang canggih dengan bacaan secara online di sana sini membuatkan buku fizikal ini dilupakan? Ah! Aku masih lagi mencari asbabnya. Jelaskan pada aku jika korang punya jawapan tentang itu. Aku sebagai penulis, perasaan ingin tahu itu terlalu melonjak dalam diri.
Mana-mana yang duduk dekat tu aku rasa sempat lagi kalau nak terjah. Ada bebarapa jam sahaja lagi sebelum mereka menutup gudang. Aku mohon maaf lewat sampaikan info ini. Kerja yang tak berkesudahan menjadi kekangan untuk aku membuat pemakluman awal.
Aku nasihatkan, mana yang sempat boleh terjah gudang tersebut. Masih banyak lagi buku-buku yang bagus-bagus masih tinggal. Sayu aku tengok nasib buku-buku tersebut selepas tamat tempoh jualan gudang ini. Apakah akan dilupuskan? Kalau benar, satu kerugian pada aku. Bukan sekadar disebabkan kerugian modal atau royalti kepada penulis, tetapi juga yang paling penting kerugian kehilangan ilmu yang tercetak di dalamnya. Sedih...
Sesiapa yang nak pergi, boleh waze aje Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Nanti Encik Google Maps atau Encik Waze boleh terus pandu anda ke sana.

Sempat jumpa ex-bos shopping buku dengan anaknya... hahaha... |

Anak buah aku dah kepenatan melayan aku pilih buku... huhu |
Mana-mana yang duduk dekat tu aku rasa sempat lagi kalau nak terjah. Ada bebarapa jam sahaja lagi sebelum mereka menutup gudang. Aku mohon maaf lewat sampaikan info ini. Kerja yang tak berkesudahan menjadi kekangan untuk aku membuat pemakluman awal.
Aku nasihatkan, mana yang sempat boleh terjah gudang tersebut. Masih banyak lagi buku-buku yang bagus-bagus masih tinggal. Sayu aku tengok nasib buku-buku tersebut selepas tamat tempoh jualan gudang ini. Apakah akan dilupuskan? Kalau benar, satu kerugian pada aku. Bukan sekadar disebabkan kerugian modal atau royalti kepada penulis, tetapi juga yang paling penting kerugian kehilangan ilmu yang tercetak di dalamnya. Sedih...
Sesiapa yang nak pergi, boleh waze aje Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Nanti Encik Google Maps atau Encik Waze boleh terus pandu anda ke sana.
Sebelum aku stop, jom aku belanja gambar-gambar buku yang berjaya aku rembat ritu.
#terimakasihsudisinggah
Penuh sekotak... ada lagi beg kain penuh dengan buku |
#terimakasihsudisinggah
Wow....sampai satu kotak dia borong. Rasanya ini jualan murah yang tersangat melampau murah kalau nak dibandingkan dengan jualan murah buku-buku yang pernah diadakan sebelum ini. KSarie pun dapat beli banyak buku di sini. Siap pergi 2 kali lagi hahahhahaa
ReplyDeleteHahahahaahhaha.. tapi tu la kak sarie... banyak buku2 habis... rindunya nak beli buku.. patutnya hujung bulan ni KLIBF2020 kat pwtc.. huhuu..
Deletekite jujurnya tak adalah minat membaca sangat but i keep myself updated dengan news online semua. buku pun selective hehe..
ReplyDeleteHehehhe... takpe.. yang penting baca tak kisah mana-mana medium... kite memang hantu & ulat buku.. 😂😂😂
Delete