Menu Diet Atkins - Day 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Actually hari ni hari ke-3 aku buat Diet Atkins ni. Aku berbesar hati nak share antara menu yang aku makan start dari Breakfast, Lunch, until Dinner. Mana yang aku masak sendiri tu aku sediakan sekali resepi yang sangat simple. Sukatan kebanyakannya aku tak beritahu, sebabnya aku ni kalau masak memang main campak-campak je. Al-maklumlah "Aku Bukan Chef" .

Perlu diingatkan juga, menu yang aku share ni adalah menu untuk Diet Atkins. So resepi yang aku bagi ni memang untuk sesuai untuk mereka yang amalkan Diet Atkins ni. Untuk Fasa 1 pun boleh tapi kena betul-betul sukat jumlah karbohidrat dalam sehari tidak boleh melebihi 20 carbs.

MAKAN PAGI / BREAKFAST :
Telur Hancur + Tauhu & Tempe Goreng

Resepi - Tempe Goreng:

Bahan-bahan:
1 Plastik Saiz kecil Tempe - dipotong nipis
1 ketul Tauhu - dipotong 6
Garam 
Kunyit

Cara-cara :
  1. Gaulkan tempe dan tauhu bersama dengan kunyit & garam. Sukatan secukup rasa. 
  2. Panaskan minyak, pastikan betul-betul panas baru dimasukkan tempe & tauhu tadi. Goreng secara berasingan, tempe dulu, baru tauhu sebab tauhu akan keluarkan air. Kalau ala-ala kemalasan macam aku, masukkan aje semua. Miahahaha..
  3. Goreng sampai kekuningan dan angkat. 
  4. Sedia dihidang. Enak dimakan waktu panas.

Resepi Telur Hancur Basic (Scrambled Eggs) Versi 1:

Bahan-bahan :
2 biji telur,
1 biji bawang kecil - dihiris
Garam
Serbuk Lada Putih

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak (minyak zaitun sesudu).
  2. Tumis bawang sebentar.
  3. Pecahkan telur, perasakan dengan garam & lada putih, gaul bersama dengan bawang tadi.
  4. Sedia dihidang.

MAKAN TENGAHARI / LUNCH :

Yang ni aku beli aje. So tak ada resepi. Kalau nak jugak, sila mintak dekat tukang masak tu. 

Sambal Ikan Kembung + Salad + Kobis Goreng + Tomato Sehiris kecil

MAKAN MALAM / DINNER :

Tumis Sawi Campur
Resepi Tumis Sawi Campur:

Bahan-bahan ( untuk 2 kali hidangan) :

1biji Bawang kecil - dihiris
1 ulas Bawang putih - dihiris
Ikan Bilis - ditumbuk2 sedikit
3 biji Telur
Sawi (Asingkan batang & daun)
1 ketul Tauhu 
Cendawan tiram
1/2 biji Cili Merah
Garam
Minyak Zaitun utk menumis
Sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan sebentar minyak zaitun, tak perlu panas sangat sebab minyak zaitun cepat menyerap. 
  2. Masukkan ikan bilis, tumis sebentar. Kemudian masukkan bawang kecil & bawang putih.
  3. Masukkan batang sawi. Biar seketika. 
  4. Masukkan air, tauhu. Sehingga menggelegak. 
  5. Masukkan cendawan dan daun sawi. Dalam masa sama, pecahkan telur, tabur cili merah & perasakan dengan garam. Kacau rata. Tunggu sehingga telur masak.
  6. Sedia untuk dihidang.
Nampak sangat menyelerakan, kan? Buat lebih untuk bekalan esok pagi.
MAKANAN TAMBAHAN :

  1. Air kosong 2.7 liter (belum cukup lagi sepatutnya 3.7 liter)
  2. Greentea- whole leaves segelas (Brand Ten Ren Tea)
  3. 1 biji multivitamin + minerals (Brand Blackmores)


#terimakasihsudisinggah












Comments

  1. Replies
    1. Boleh... takde masalah.. 85g / 1/2 cup = 3.3carbs.. so still boleh accept lagi.. yang penting kuantiti tu kena ambil kira...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap