Menu Diet Atkins - Day 5

Assalamualaikum & salam sejahtera ..

Hari ke-5 ni aku memang rajin sikit dan kena rajin. Maklumlah hari Sabtu, so cuti. Takkan nak tapau kat kedai lagi kan. Hari Jumaat petang tu aku dah memang beli siap-siap barang basah untuk menu diet yang aku masak untuk 3 waktu yang wajib pagi, tengahari & malam untuk stok hujung minggu.

Pilihan menu protein aku kali ini untuk pagi masih berasaskan telur, tengahari ayam & malam tauhu (tofu). Jom kita tengok-tengok resepi tu....

MAKAN PAGI / BREAKFAST 

Soft Scrambbled Eggs with Cheese + Zuchini

Resepi Soft Scrambbled Eggs with Cheese :

Bahan-bahan :

2 biji telur
1 sudu besar Cheese Pizza Plus (brand Perfect Italiano)
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit salted butter
Mixed Herbs (brand McCormick)

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dalam kuali (Pastikan api perlahan tidak terlalu panas)
  2. Pecahkan telur. Kacau sebentar dan terus masukkan cheese dan lada putih. 
  3. Kacau sekejap. Pastikan telur masih 3/4 masak. Tutup api dan angkat.
  4. Tabur dengan mixed herbs dan sedia dihidang.
** Bagi mereka yang berdiet, garam tidak diperlukan kerana butter & cheese telah mengandungi kandungan garam. Bagi mereka yang tidak berdiet, boleh ditambahkan garam atau sukatan cheese jika perlu.

MAKAN TENGAHARI / LUNCH 

Grilled Herbs Chicken with Cheese + Zuchini

Resepi Grilled Thyme Chicken with Cheese


Bahan-bahan :

1 ketul dada ayam (anggaran 200g)
1/2 sb Taste Me sos
1/2 sk Garlic powder (brand McCormick)
1 sk Thyme Leaves (brand McCormick)
2 sb cheese Pizza Plus (brand Perfect Italiano)
Salted butter

Cara-cara :

1. Perap belah ayam kepada 2 bahagian dan perap dengan Taste Me sos, garlic powder, dan thyme leaves. Biarkan selama 15 minit agar bahan perapan meresap masuk ke dalam daging ayam.

Bahan perapan ayam

Perapan ayam

2. Setelah diperap, panaskan butter ke grilled pan atau siapa ada kuali ajaib pun boleh digunakan.

3. Grill ayam, sehingga masak (pastikan tidak terlalu overcooked bagi mengekalkan juicy dari ayam)

4. Setelah ayam masak, taburkan cheese di atas ayam. Biar cheese cair dan tutup api. Dan ayam sedia dihidang.

Tunggu sehingga cheese mencair

Makan panas-panas untuk dapatkan effect tarik-tarik macam ni

MAKAN MALAM / DINNER

Grilled Tofu with Parmesan Cheese + Zuchini

Resepi Grilled Tofu with Parmesan Cheese :

Bahan-bahan :

1 ketul tauhu putih di potong nipis
Lada putih
Garlic powder ( brand McCormick)
Grated Parmesan Cheese (brand Perfect Italiano)
Salted Butter

Cara-cara :

1. Tabur rata garlic powder dan lada putih pada tauhu.


2. Cairkan butter dalam grilled pan. Dan bakar tauhu sehingga masak.


3. Apabila tauhu telah masak, taburkan dengan parmesan cheese dan biarkan cair. Tutup api dan sedia dihidang. 

Tunggu sehingga cheese cair

** Parmesan cheese & salted butter telah sedia ada mengandungi kandungan garam. Bagi mereka yang sedang berdiet, tidak perlu lagi penambahan garam. 

MAKANAN TAMBAHAN

  1. 3 liter air kosong.
  2. 1 uncang whole greentea (brand Ten Ren)
  3. 1 biji multivitamin & minerals (brand Blackmores)

Sukatan yang digunakan sesuai untuk Atkiners yang sedang melalui Fasa 1. Kandungan carbs dalam sehari kurang dari 20g carbs. Selamat mencuba!

#terimakasihsudisinggah




Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap