Diet Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Dah masuk tahun 2017 ni kan. So mesti masing-masing ada azam untuk tahun baru ni. Azam aku memang banyak. Tapi paling aku nekad untuk tahun 2017 ni adalah misi untuk menguruskan badan aku yang sedia kembang semangkuk ni. Ngehngehngeh..

Senang Ke Nak Kurus?

Kalau tanya aku, aku akan jawab : ' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' . Nak kurus ni bukan perkara yang mudah bagi orang yang banyak alasan macam ;

  1. Aku bukan tak nak kurus, cuma aku tak tahan la perut kalau diet-diet ni. (Kau tak start lagi macamana nak tahu tahan ke tak tahan. Diet bukan langsung tak makan ye, kengkawan).
  2. Alaa... nak kena diet ke..? Nak kena bersenam lagi, kan? Adoiii.. aku mana ada masa. (Tak susah pun kawan. Nak kurus ni faktor dari kawalan pemakanan 80%, senaman 20%. Kau makan tiap-tiap hari, kan. So kawallah dari segi menu dan kuantiti makanan yang dimakan tu. Senaman pulak, mulakan dengan yang basic dulu, yang penting lemak-lemak yang dah lama diternak dalam badan tu boleh pecah. Contoh senaman simple, turun naik tangga - guna tangga berbanding lif; jalan laju-laju - kalau sebelum ni jalan ala-ala model atas runaway, ubah jalan laju-laju cam orang Jepun; parking kenderaan jauh - tak payah nak rebut sangat parking depan pintu opis; Ubah mode dari naik kenderaan ke jalan kaki / berbasikal - contoh kalau nak pegi kedai, kalau sebelum ni naik motor, ubah kepada jalan kaki dan kalau jauh tu try kayuh naik basikal. Simple je kan. Then kalau dah lama-lama baru la buat lagi advance sama ada nak pergi gym ke, nak aerobic ke, zumba ke, cycling ke, paling koman jogging).
  3. Selagi kau hidup, selagi tu kau nikmati kelazatan setiap makanan. Rugi diet-diet ni. Esok dah sakit kau dah tak boleh merasa makanan ni. (Haduuu... kau hidup sebab nak sakit ke? Sebab nak elak sakit la kau kena diet ni kawan, jaga pemakanan, jangan main sedap je kau belasah semua. Perut pun tau penat bekerja, babe!)
  4. Aku malas la nak kurus-kurus ni. Aku rasa ok je kalau badan aku macam ni walaupun tak berapa nak lawa badan aku ni, janji hati aku bahagia. (Yang ni kalau ada, sila meninggal..hahahha.. dah orang nak bagi kau cantik, sihat tapi tak nak, malas, baik tinggalkan aje.)


Kalau tanya tentang pengalaman aku kurus ni banyak aku nak story, aku dah cuba banyak jenis kaedah diet untuk kurus ni. Haaaa.. jangan tak tau, ada pelbagai kaedah yang boleh kita cuba untuk diet secara sihat ni. Nanti dalam entry akan datang, aku akan bagi info-info berkaitan dengan diet terutama diet yang pernah aku cuba iaitu Diet Kalori & Diet Atkins. 

#terimakasihsudisinggah



Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap