Menu Diet Atkins - Day 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Berjaya sampai hingga hari ke-4 untuk start balik diet ni.. maaf la, semalam betul-betul letih & mengantuk. So tak sempat nak update blog untuk menu Diet Akins ni.

Untuk menu aku hari ke-4 ni, agak simple gak. Tak apa lah kan.. standard lah orang bekerja ni. Yang penting mana-mana kita sempat masak kita masak sendiri. Puas hati dapat masak sendiri ni even simple.

Untuk menu minum pagi, aku tapau menu dinner yang aku masak malam tu, Tumis Sawi . Untuk resepi klik sini. Lunch pula aku pilih menu berasaskan ikan. Ni beli je. Maklumlah aku ni kan wanita bekerja. Yang iye tak sempat nak sediakan bento untuk lunch pagi tu. Lewat sikit bangun. Hihihii.... Dinner aku masak sendiri. Sempoi je menu ni, Seaweed Egg Roll. Jom tengok resepi dan gambar-gambar menu diet pilihan aku untuk hari ke-4 ni.

MAKAN PAGI / BREAKFAST :

Tumis sawi. Untuk gambar & resepi klik sini.

MAKAN TENGAHARI / LUNCH :

Ikan kembung sambal hijau + Kacang panjang goreng + Salad + Sehiris tomato
MAKAN MALAM / DINNER :

Seaweed Chezzy Egg Rolls + Zuchini

Resepi Seaweed Chezzy Egg Rolls - Versi 1 :

Bahan-bahan :

2 biji telur
1 sk Taste Me sos cili padi 
1 keping seaweed
2 sb Pizza Plus cheese (Brand Perfect Italiano)
Salted butter (utk dadar telur)
Secubit serbuk lada putih

Cara-cara :

1. Pecahkan telur, kacau menggunakan garfu. Masukkan Taste Me sos & serbuk lada putih.Kacau rata.

2. Panaskan butter, dadarkan telur. 

3. Apabila hampir masak, taburkan cheese diatasnya. Tutup api.

Cheese dah mula cair

64. Lapiskan dengan sekeping seaweed di atasnya.

Lapisan telur, cheese & seaweed

5. Mula menggulung. Kalau ada sushi roller tu boleh guna.


6. Potong-potong ikut saiz yang sesuai dan sedia dihidang. 

Comel je tengok Seaweed Chezzy Egg Rolls ni kan.


** Garam tidak digunakan memandangkan sos Taste Me, Butter & Cheese dah ada kandungan garam. 


MAKANAN TAMBAHAN :

  1. Air kosong 3 liter.
  2. 1 uncang whole leaf Greentea (brand Ten Ren)
  3. 1 biji multivitamin (brand Blackmores)

INFO TAMBAHAN :

Antara bahan yang aku gunakan untuk menu Egg Rolls tu boleh tengok dekat bawah ni:

Seaweed & Nutrisi


Cheese & Nutrisi





Berjaya untuk hari ke-4 ini, nanti aku masukkan actual carbs yang digunakan. Yang pasti aku jamin kurang dari 20g carbs untuk satu hari.

#terimakasihsudisinggah




Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap