Review Buku - IMAM TULANG RUSUK

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua!

Hari ni aku nak share satu buku yang baru je lepas aku baca. Buku ni aku tak tahu la nak kategorikan sebagai novel ke apa. Sebabnya pada aku buku ni tak fully macam novel-novel biasa. Lebih kepada penceritaan dan dalam masa yang sama macam buku motivasi berbentuk dialog pun ye rasanya ni. Yang nyata buku ni membawa genre HUMOR dalam dunia penulisan dengan gayanya yang tersendiri. Buku yang aku maksudkan adalah : "IMAM TULANG RUSUK" by Khairy Tajudin.

Haaaa.. dengar tajuk je pun dah macam best kan. Sebelum tu aku nak sentuh sikit macamana aku boleh terjebak dengan membeli buku ni. First of all, aku nak beritahu yang aku ni tidaklah terlalu addicted pada satu-satu penerbitan sahaja. Aku suka mencuba karya pelbagai terbitan kerana setiap penerbit buku ni pada aku mempunyai gaya yang tersendiri.

Minat aku pada dunia pembacaan dan seni penulisan ni membuatkan aku ingin mendekati setiap editor & penerbit dari pelbagai genre. Dan salah satunya adalah saudara SHAH OTHMAN founder bagi Buku SO. Buku SO? Seriusly baru first time aku dengar time tu. Tapi takpe, rasa ingin tahu aku terhadap gaya penulisan dari buku terbitan SO agak memuncak. 

Tibalah hari yang paling aku dan penggemar buku dan dunia penulisan yang lain nantikan iaitu apabila ada ekspo buku. Dan pada 17 Disember 2016 lepas, time Ekspo Buku Malaysia (EBM 2016) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, target aku nak try beli dan baca buku-buku terbitan Buku SO ni. Rezeki aku la masa tu, tak susah cari penerbit tu. Dalam Dewan Tun Hssein Onn dan berdekatan dengan pintu masuk. Syukur. Masa tu aku dapat tahu depa bergabung dengan beberapa publication lain iaitu SO Publication sendiri dan dua lagi tak silap aku dari Khairy Tajudin Resources dan Buku Puris. Hasil gabungan tu jadilah KOMPLOT BUKU. Nampak hipster kan nama tu. Nice!


Gabungan KOMPLOT BUKU
Dan time tu aku sambar 3 buku dari KOMPLOT Buku ni. Dua terbitan dan hasil penulisan Khairy Tajudin sendiri dan satu dari Shah Othman. So memandangkan aku dah tamat baca buku Imam Tulang Rusuk ni, jom kita review buku sikit tentang buku ni. Mana tahu nanti ada sesiapa yang berkenan nak dapatkan buku ni kat luar sana ke kan.


INFO BUKU

Tajuk :  IMAM TULANG RUSUK
Penulis : Khairy Tajudin
Terbitan : KOMPLOT BUKU - Khairy Tajudin Resources
Halaman : 195 m/s
Harga : RM 20 (WM) / RM22(EM)


#sentapsampaipatah





REVIEW BUKU

Mengisahkan tentang seorang jejaka yang bernama Daim. Seorang yang agal sengal, lambat pick-up tetapi penuh dengan semangat dalam misi mencari cinta untuk dijadikan permaisuri di hatinya. Desakan dari emaknya dari sehari ke sehari membuatkan Daim terus berkobar-kobar dalam mengejar cinta. 

Mempunyai seorang sahabat baik bernama Shasha. Shasha suka akan Daim. Pelbagai hint yang Shasha bagi namun Daim buat-buat tak faham. Sampai satu insiden yang membuatkan Shasha merajuk dengan Daim.

Sesuatu relah terjadi dan Daim telah dipertemukakn dengan seorang gadis yang bernama Diana. Insiden itu membuatkan Daim jatuh hati pada Diana. Daim cuba mengejar Diana yang padanya jinak-jinak merpati. Pelbagai pickup line yang Daim beri buat Diana untuk menyatakan hasrat hati namun masih tiada jawapan yang konkrit dari Diana. 

Sehinggalah suatu hari Daim di timpa kemalangan yang mengakibatkan tulang rusuknya patah! Adegan demi adegan timbul antara Daim, Shasha dan Diana. Akhirnya sesuatu telah terbongkar. Daim kecewa terhadap Diana lalu pergi merawat hati mencari cahaya cinta yang sebenar iaitu mencari cinta Ilahi. 

Siapakah Diana? Antara Diana dan Shasha siapakah yang bakal memiliki Daim sebagai imam tulang rusuk mereka? Pelbagai konflik yang timbul, namun diceritakan secara santai dan bersahaja. Elemen keagamaan juga dimasukkan ke dalam plot cerita bagi memberi tarbiah kepada pembaca. Sindiran yang digunakan juga begitu sinis dan pasti menyentap tulang rusuk pembaca sampai patah!

PLOT MENARIK 

Adegan 1 - Shasha vs Daim

"I'm very dissappointed with you, Daim. Are you try to flirt with another girl? Please tell me, who is Diana?" ~ Shasha~

Lama menunggu jawapan Daim.  "Kenapa awak diam? Jawablah!" ~Shasha~

"Sabarlah. Saya tengah fahami ayat awak tu pakai Google translate. Saya ni bukan faham sangat bahasa omputih ni. Awak pun satu, bila marah je, cakap omputih." ~Daim~


Adegan 2 - Daim vs Amersab

"Amersab, ramai sangat orang mengkritik kita. Kita belajar-belajar buat dakwah je. Itu pun orang kata kat kita macam-macam." ~ Daim~

"Allah ciptakan kita sepasang telinga untuk mendengar.Pada masa yang sama, Allah ciptakan kita sepasang tangan. Jika kamu tak mahu mendengar, ambillah sepasang tangan itu untuk menutup telinga kamu." ~ Amersab~

Adegan 3 - Mak Daim vs Daim

"Erm.. baru dengar sikit dah pandai-pandai buat kesimpulan. Orang kta memang camtu.Tak dengar sampai habis.Ambik sekerat-sekerat. Lepas tu viral-kan. Banyak dah dalam Internet camtu. Tambah-tambah kat Facebook." ~Mak Daim~

"Mak ada akaun Facebook jugak ke?" ~Daim~'

"Mestilah. mak selalu stalk apa yang kau buat. Ingat mak tak tahu ke?" ~Mak Daim~

"Apa nama akaun mak? Saya nak block cepat-cepat." ~Daim~

"Kau jangan nak mengada." ~Mak Daim~


 RATING BY ME :      4/5 STAR (😄😄😄😄)

#terimakasihsudisinggah


 



 

 
 

Comments

  1. Terima kasih atas komentar ini... Saya Khairy Tajudin, penulis buku ni... Untuk makluman admin, buku siri Daim ni dah sampai siri ke-5.

    Boleh dapatkan daripada saya atau cari di Popular Book Store.

    019-4702839

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahh.. penulisnya sendiri dah reply.. Terima kasih Tuan Khairy Tajudin sudi singgah.. Alhamdulillah.. saya dah dapatkan hampir kesemuanya daripada saudara Shah Othman.. cuma belum berkesempatan membacanya lagi.. nanti dah baca InShaa Allah saya review.. tapi saya yakin pasti lebih menambat hati.. Anyway tahniah atas penghasilan buku koleksi Daim ni.. Terasa dah jatuh hati dengan Daim.. hehehe..😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap