Aku & Blog 2

Assalamualaikum w.b.t..

Kita bertemu lagi semua. Ada yang bisik-bisik kat aku tanya persoalan semalam. Katanya aku suka main aci teka-teki. Dah buka topik tak nak habiskan. Hahaha. Saja je aku nak bagi depa tertanya-tanya. Dok terfikir-fikir kenapa agaknya aku boleh tergerak nak berblogging ni. Kita suka! Kita suka!

Actually aku dah lama dah nak buat blog ni. Tapi disebabkan oleh kekangan masa, aku menangguhkanlah dulu hasrat murni nak berblogging ni. Al-maklum kerja aku ni untuk kebajikan rakyat so masa aku banyak habis untuk berbakti kepada rakyat. Aku memang mengamalkan moto "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Waaahhh! kemain lagi aku ni kan, mengalahkan pemimpin-pemimpin besar. Pemimpin berjiwa rakyat gitu.. 

Aku selalu jadi stalker tak bergaji untuk diri sendiri. Seronok wei keje jadi stalker ni. Jangan salah faham. Aku suka stalk blog orang. Lagi-lagi blog dari blogger yang popular ni. Aku nak tengok cara penulisan mereka. Macamana blog mereka dapat tempat di hati pencinta blog ni. Aku belajar perlahan-lahan, selak satu persatu post yang ada dalam setiap page blogger popular ni. Senarai blogger yang mempunyai follower yang ramai boleh tengok dekat sini. Teruja aku tengok page memasing. Serius cantik! Blog cantik & orangnya pun awesome! Setiap page blogger popular ni ada style dan identiti tersendiri. Dan aku mula faham kenapa blog mereka popular di kalangan para blogger mahupun para reader.

Dari blogger popular aku terus ke blog masak memasak. Aku ni tak ada lah pandai masak sampai tahap chef hotel 7 bintang tu. Bolehlah sekadar memasak untuk diri sendiri dan selalunya aku tidak pernah menghampakan hati peminat hasil dari air tangan aku. Hahaha. Perasan tak sudah! Hobi aku memang memasak. Suka tengok resepi-resepi kat blogger masak memasak ni. Antara blogger chef yang aku suka stalk ni antaranya Azlita Masam Manis, Aku Bukan Cheff, Dapur Tanpa Sempadan dan banyak lagi. Tengok gambar-gambar dari hasil tangan depa ni pun aku dah teruja giler! Terliur kot tengok. Dan-dan tu aku rasa mula nak pakai topi chef, sarung apron & hidupkan api dapur. 

Tadaaa.. Kek Lapis Masam Manis

Dari situ aku faham. Gambar memainkan peranan yang penting juga untuk tarik minat orang tengok blog kita. Then aku singgah sat dekat blog photographer. Dengan harapan dapat belajar teknik-teknik menghasilkan gambar yang menarik. Fotografi juga adalah antara minat aku. Selalu aku kongsikan gambar-gambar dalam akaun Instagram (IG). Tapi rasa tak puas sebab pada aku dalam setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri. Kalau dalam IG cuma boleh buat caption yang ringkas tetapi padat. Masalahnya aku ni suka menulis! So idea aku untuk bercerita dengan lebih padat terbatas jika aku berkongsi gambar dalam IG. Ini juga penyebab kenapa aku perlu ada blog sendiri.

Moh ler usyar IG ni..


Tak lupa juga untuk aku jadi stalker tegar para travel blogger. Haaaa.... yang ni teruja aku memang lain macam. Aku memang suka travel. Dan aku pernah memasang angan-angan untuk travel ke seluruh dunia! Lagipun aku dari zaman sekolah lagi aku dah belajar untuk hidup berdikari ni. Aku jelajah dari satu tempat ke satu tempat lain untuk menuntut ilmu. So hobi nak tengok tempat orang ni terbawa-bawa sampailah aku dah start kerja. Aku ada tabung sendiri untuk travel ni. Nanti dalam post lain aku kongsikan cara aku menabung untuk yang kaki jalan macam aku tapi kurang 'ada-ada'. Hahaha.

Krabi, Thailand ni destinasi oversea aku yang pertama

Satu lagi aku suka stalk blog novelis. Haaaaa.. Cerita tentang novelis ni pun ada kisahnya yang tersendiri.Yang tu nanti aku sambung kemudian okay!

#terimakasihsudisinggah



Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap