Jenjalan @ Malaysia Thailand Halal Food Festival 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Untuk kali ni aku nak skip dulu kisah Aku & Blog. Aku ingat nak twist sikit label ke Jalan-jalan Cari Makan kekdah nye. Yeayy! Suka tak? Mesti semua suka kan? Siapa la yang tak suka bab-bab makan-makan ni kan. Lagi-lagi lah Malaysia ni boleh dikatakan antara tempat yang dikatakan syurga makanan. Pelbagai makanan kita boleh dapat di Malaysia ni. Tak perlu nak pergi jauh-jauh merantau pun kita dah boleh jumpa makanan dari negara luar! Tak percaya? Meh sini aku nak story sikit tentang satu festival yang boleh dikatakan tengah trending la jugak ni. Festival Makanan Halal Malaysia Thailand or aku biasa sebut Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF 2016). Eceeehhh.. nak berangan sat baka ala-ala omputih. Hehehe...

Banner info dari Facebook

Actually, penganjuran MATHAF 2016  di Shah Alam ni bukanlah kali pertama. Sebelum ni depa dah round serata tempat dalam Malaysia antaranya Seri Manjung (Perak),  KIPmart Senawang (Negeri Sembilan), Muar (Johor), Masjid Tanah (Melaka - sedang berlangsung), Terengganu, dan banyak lagi. Di Selangor sendiri dah ada beberapa sesi MATHAF 2016 ni. Yang telah dibuat di Kuala Selangor, USJ Subang, dan paling terbaru yang sedang berlangsung sekarang ni di Shah Alam. YES! Dah dekat sangat dah dengan tempat aku ni. Dengan hobi aku yang suka makan. Memang tepat masa, tempat dan ketikanya lah festival ni. Melambai-lambai memanggil je rasanya. Kap kum kaaap...Hahahaha..

Macam yang tertera kat banner atas tu, MATHAF 2016 kali ni diadakan 10 hari bermula dari 23 Disember 2016 dan akan melabuhkan tirainya pada tahun baru 1 Januari 2017. Memang kenalah dengan waktunya, time cuti sekolah, time hujung tahun, dan paling penting time poket tengah penuh! Hahaha.. Pandai depa ni susun strategi tarik minat orang ramai datang berkunjung kan. Idok, takde lah orang datang kalau poket kosong. Lagi-lagilah depa tau orang keje gomen dapat durian runtuh time ni. Bonus! Kikikii..

Cara nak ke sana senang je. Lagi-lagi buat sesiapa yang ala-ala tak ingat jalan macam aku ni, taip je 'Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam' kat mobile apps sama ada Google Map or Waze . Haa.. Kalau dari simpang dah nampak khemah-khemah putih, kereta banyak, dan orang ramai yaa amat tu, sampai dah la tu. Tapak festival berdepan dengan Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam. Confirm tak sesat punya lah! Parking pun senang dekat situ, ada disediakan kawasan parking atas tanah lapang. Free je. Tapi awas! Waktu-waktu puncak (weekend, public holiday, cuti sekolah & malam)  memang penuh dan susah sangat nak cari parking. So rancang lah dengan betul perjalanan anda. Tidak nanti makanan tak dapat, stress yang dapat. Memang mendapat. Hehehhe.


Meriahkan.. Macam berada kat Negara Thailand!

Time aku pergi tu bukanlah waktu puncak. Singgah sekejap je pun, actually tak disengajakan tersinggah kat sini. Cadang nak usyar-usyar dulu suasana kat sana. Sebab banyak yang aku baca depa merungut orang ramai sangat lagi-lagi gerai yang famous, memang kena bertabahlah beratur panjang. Aku ni pulak memang jenis tak suka nak beratur-beratur ni so memandangkan kebanyakkan gerai menjual menu yang sama, aku mengambil langkah selamat untuk ke gerai yang tak perlukan untuk aku beratur panjang untuk mendapatkan apa yang aku idamkan. Sebab pengalaman aku sebelum ni tak semestinya gerai yang orang ramai tumpu tu sedap. Sekarang ni kuasa viral memainkan peranan yang hebat! Sedangkan banyak lagi gerai yang menarik tapi tidak diviralkan. Kiranya aku ni membantu gerai-gerai yang tidak diviralkan lah al-kisahnya.

 Gerai menjual Curee Aiskrim

Dari pintu masuk lagi pelbagai bau makanan yang sungguh menyelerakan dah bermain-main kat hidung aku ni. Risau jugak iman aku tak kuat untuk menahan nafsu membeli. Hahaha. Strategi aku, aku ronda dulu tengok apa yang dijual dekat setiap gerai. Hampir setiap gerai diletakkan bendera negara Thailand. Dan bila masuk nampaklah sikit suasana berada di negara Thai ketika itu. Seriusly, memang macam-macam makanan ala Thail dijual, tapi kebanyakkannya lebih kurang sama menu yang dihidang. Ada juga pada pandangan aku bukanlah sepenuhnya menu ala Thai turut sama dijual. Mungkin untuk memeriahkan gerai rasanya. Gerai makanan ditempatkan di tengah ruang manakala di tepi kawasan ditempatkan gerai-gerai menjual barang-barang kering kebanyakkannya pakaian mungkin daripada Thailand. Minta maaf, aku tak sempat nak usyar pakaian ni sebab target utama aku datang ke sini adalah sebab MAKANAN. Hehehehe.

 Bahan asas menggunakan produk dari Thailand

Untuk mengawal aliran tunai aku keluar bagaikan air yang mengalir laju, tips aku senang je. Datanglah ketika perut kenyang! Walaupun nampak semuanya menarik, tapi disebabkan perut dah terisi, nafsu untuk membeli kurang. Dan aku berjaya hanya membeli makanan yang aku nak beli je. Iaitu somtam & ice-cream curee. Teringin jugak nak beli pancake Thailand. Alaaa.. pancake dia macam ala-ala roti canai then topping boleh pilih sama ada banana cheese, coklat, peanut butter, dan macam-macam lagi. Tapi aku tak jumpa pulak. Maybe terlepas pandang sebab aku datang ni pun mengejar masa. So beli mana yang nampak depan mata je.

Curee Ice Cream in the making


Macam yang aku cakap sebelum ni, masa amat mencemburui aku. Tak banyak gambar makanan yang aku sempat snap walaupun banyak makanan yang dijual di situ. Antara yang sempat aku usyar Nasi Kerabu Thai, Pulut Mangga, Dim Sum ala Thai, ice-cream gulung, ayam penyet (tak sure maybe ala Thai), tom yam, Thai Green Tea, Mango Smoothie, Ayam Panggang Thailand, Pau Cendawan Putrajaya (ni pun ada) dan pau ayam panggang (sekarang tengah viral, pau bentuk ayam panggang), Sotong Bakar, mini apam balik rangup Thai (tak sure nama sebenar apa) dan banyak lagi tak tersebut.

Ni lah mini apam balik rangup Thai tu. Ni gambar masa pergi Krabi. 

Kuih yang ala-ala apam balik ni manis sangat. Aku tak tau lah sebab aku ni bukan peminat manis or maybe orang ni buat masa tu tertumpah gula sekilo ke aku tak tahu. Sebab tu walaupun nampak sangat menarik aku tak beli sebab manis. Tekak tak boleh masuk. Tapi bagi mereka yang belum mencuba, try lah. Sedap sebenarnya cuma kalau dikurangkan kadar gula tu dah terbaik! Senyuman aku dah cukup manis, tu pasal tak nak tambahkan gula lagi dalam badan. Nanti bertambah manis. Eh! Hahaha. 

Curee Ice Cream. Looks yummy, right?

Dah puas pusing, aku berjaya juga dapatkan apa yang aku nak ni. Curee Ice Cream atau Aiskrim Kelapa Madu. Selama ni aiskrim ni dok lalu lalang dalam akaun IG & FB aku. Serius terliur nengoknye. Kena pulak time aku pegi tu memang tengah panas terik. Sedap bai! Apa yang ada dalam aiskrim ni? Dalam tu ada kelapa madu (memang manis isi kelapa tu), aiskrim (aku tak sure sama ada aiskrim vanila or perasa kelapa sebab aku terasa lebih rasa kelapa dengan lemak-lemak aiskrim tu), pulut, buah nira (tak silap aku nama dia) dan susu cair. Semua bahan tu diletak ke dalam tempurung kelapa muda tu. Cantik presentation dia kan? Memang aku tertarik sangat. Rasa dia? Sedap Yaaaa Amat! Aku bukanlah peminat pulut, tapi bila dah makan macam ni rasa tak cukup pulak. Harga RM8 satu. Macam mahal. Takpe lah pejam mata je. Hahaha.


Somtam sedap bai!

Satu lagi aku berjaya sambar somtam ni. First time makan masa pergi Krabi tahun 2015. Dah rasa sekali memang nak lagi. Actually ada pelbagai pilihan somtam ni. Ada somtam betik + mangga, seafood, dan maggi somtam (maggi depa guna produk Thailand). Bahan asas somtam ni betik mengkal, kacang panjang, nampla (sos ikan), tomato, kacang tanah, cili api, dan ada gak yang letak sayur lain macam carrot. Pilihan aku somtam asli. Rasanya sedap. Hampir sama rasa yang macam aku makan kat Thailand sebelum ni. Harga RM6 je. Banyak gak dapat. Puas hati beb!

Ada tinggal 3 hari lagi festival ni. Jadi pada sesiapa yang teringin nak rasa kenikmatan makanan Thailand, boleh lah terjah ke sini. Pastikan poket anda penuh ye. Iman boleh jadi setipis bawang kalau ke sini. Semua nampak sedap!  

#terimakasihsudisinggah


Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap