Resepi : Pais Ikan Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Ini thread pertama aku dalam bulan Ramadhan. Buat semua Muslimin & Muslimat seantero dunia, rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan, selamat berpuasa & selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Moga segala amalan kita semua mendapat keberkatan oleh-Nya. Insya-Allah.

Biasa bulan-bulan Ramadhan ni, mesti suri rumah or wanita-wanita di luar sana sibuk memikirkan menu untuk berbuka nanti, kan? Biasa Bazar Ramadhan telah tersedia menjual aneka macam hidangan. Pilihlah mana yang berkenan di hati. Tapi, ada ketikanya pasti hendak masak sendiri, kan? Lagi puas hati jika kita masak sendiri. Semua terjaga. Dari segi bahan, kebersihan, rasa juga kos. 

Memandangkan aku ni pun suka gak masak sendiri (baca bila time rajin je 😄😄😄), sempatlah jugak aku buat pais ikan kembung dengan belimbing buluh weekend lepas. Itupun sebab balik rumah mak & ayah. Kalau kat rumah sendiri, memang aku main tunjuk-tunjuk aje kat bazar. Hahaha.



Memandangkan mak aku teringin nak makan pais, asalnya nak buat pais udang sebab mak aku ni tak makan ikan. Hanyir katanya. Malangnya time pergi pasar, udang habis pulak. Yang ada ikan je. Kena pulak aku tengok ikan kat situ segar-segar. So, mak cakap, tak apalah. Mak dah teringin. Nanti mak makan sambal kelapa tu ajelah. Maka, belilah jugak ikan nak buat pais. Kebetulan belimbing buluh ayah ada petik kat kebun. Memang kenalah. 

Kali ni, aku nak masak, tapi aku guna resepi mak. Kat internet tu macam-macam resepi ada. Tapi aku tetap nak buat cara mak. Sebab kena belajar cara & resepi mak. Kena simpan. So, aku simpan kat sini. Rasa rindu nanti, bolehlah aku jengah kat sini, ye dak?

Buat pais ni tak adalah susah mana, cuma rajin tak rajin ajelah. Tapi percayalah, memang sedap. Untuk mereka yang tak gemar manis gula, boleh cuba resepi aku ni. Nak letak gula pun ok je, tapi resepi mak aku ni, tak perlu gula. Tu pun dah sedap. Satu lagi, kami tak pakai sebarang serbuk perasa. Semua daripada bahan alami je. Lebih sihat & sedap. Bolah tambah nasi berpinggan-pinggan, tau. Hehehe.

Oklah. Kat sini aku kongsi resepi & cara-caranya step by step, ok. Check it out!

Bahan-bahan :

4 ekor ikan kembung (saiz besar)
3 biji bawang merah ros (saiz besar)
5 ulas bawang putih
15 biji cili api
5 biji cili merah
3 batang serai
1 inci kunyit hidup (aku guna serbuk kunyit je)
Kelapa parut putih (aku beli RM1) 
3 helai daun limau purut (koyak dua jangan bagi putus)
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
10 - 15 biji belimbing buluh (dibelah dua)
1 keping asam keping - rendam bagi kembang (boleh ganti dengan air asam jawa atau limau kasturi)
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya untuk bungkus pais

*** Nota : Asam keping just untuk hilangkan hanyir ikan. Kalau nak guna asam jawa atau limau kasturi, tak perlu letak banyak sebab dah ada belimbing buluh. Masam dari belimbung dah memadai. Jika nak guna udang, tak perlu asam keping/asam jawa/limau kasturi. Belimbing buluh tu pun dah cukup.

Bahan mentah pais ikan

Cara-cara :

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah, serai, dan kunyit hidup. Guna blander kering. (Aku malas, so aku guna blander basah kena pandai-pandai agak air kalau guna blander basah.)



2. Masukkan kelapa parut putih, kisar sikit. Kemudian ratakan. (Aku dah terkisar halus. Kalau boleh jangan halus. Nanti kurang cantik).



3. Perasakan dengan garam (garam agak-agak sebab ikan dah lumur dengan garam) dan asam (asam keping tu dah agak-agak masam, buang. Lagi senang guna air asam jawa atau limau kasturi).

4. Lumurkan ikan dengan sedikit garam & kunyit.

5. Gaul bahan campuran kelapa dan bahan kisar tadi pada belimbing buluh, hirisan daun kunyit & daun limau purut.



6. Sediakan daun pisang yang telah dibersihkan.

7. Letak sebahagian bahan campur tadi (pais) atas daun pisang.



8. Letak ikan di atasnya.



9. Letak lagi sebahagian menutupi ikan. Sumbat juga bahan tadi dalam perut ikan. Jika kuali kecil, buat dua ekor ikan, kemudian dua ekor masak kemudian. Jadi kena bahagi dua bahan pais tadi. Jika boleh muat kuali, letak semua dalam satu bungkusan. 


10. Bungkus dan bakar dalam kuali. Bakar dengan api sederhana selama 20 minit dan kemudian balikkan. Bakar lagi 15 minit. Jika hendak garing dan tahan lama, terus bakar dengan api kecil selama 10 minit. 

Bungkus & bakar atas dapur
Telah siap dibakar

11. Siap dihidang bersama nasi panas. Aku makan sekali dengan pucuk paku masak lemak bersama tempe. Memang terangkat. Boleh bertambah beb!

Pais ikan kembung belimbing buluh

Masak lemak pucuk paku dengan tempe

Selamat mencuba guys!

Comments

  1. Ala....tengok senarai bahannya ksarie dah patah hati. Banyak naw bahannya. Walaupun bahan sempoi tapi untuk orang malas cam ksarie ni memang bercinta nak mencarinya. Esok-esok ofis buat potluck ezzan masak nih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... alamak kak sarie... tang potluck tu pun saya bukanlah rajin nak bangun pepagi masak.. hahahahaha... xpe kak sarie.. bila senang-senang boleh buat..

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap