Resepi : Agar-agar Milo Sedap

Assalamualaikum & Selamat Petang semua,

Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni.

Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat.

Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki...

Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak ada. Yang ada gambar hasilnya aje. Hahaaha.. Disebabkan ada permintaan dari dua tiga orang yang PM aku personally, so aku kongsilah resepi ni untuk korang try.

Ada separuh orang suka yang lembik goyang-goyang tu. Macam aku tak kisah, lembik pun suka, boleh kunyah pun aku suka. Yang lembik tu tak puas makan pada aku. Masuk mulut je dah tertelan. Tak sempat nak kunyah rasa keenakan rasa coklat atau milo daripada agar-agar dah habis masuk dalam perut. Huhuhu... sebab tu aku lebih suka yang tidak terlalu keras & tak terlalu lembik. Sedang-sedang aje.

Cuma untuk sukatan resepi Agar-agar milo yang aku nak kongsikan ni jenis yang sederhana keras, yang boleh kunyah-kunyah tu. Kalau korang suka yang lembik goyang-goyang, boleh lebihkan sikit air dan kurangkan gula batu.

Super yummeh! Terasa milo sungguh... 😋


AGAR-AGAR MILO

Bahan-bahan :

1 peket agar-agar tali (cap burung layang2)
1.5 liter air
1/2 tin susu cair (aku gula Carnation)
200g milo (Milo peket kecil 200g)
3/4 cawan gula (ikut manis)
2 ketul gula batu (saiz seketul lebih kurang 1 inci)
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Tips :
  • Gula batu berfungsi supaya agar-agar tidak berair setelah disejukkan. Selain itu, ia juga memberi tekstur yang padat. Bagi mereka yang kurang gemar tekstur padat & gemarkan tekstur yang goyang-goyang, lebihkan air sedikit & kurangkan gula batu kepada 1 ketul sahaja.
  • Untuk susu cair, dessert lebih sesuai jenama Ideal, Carnation atau F & N. Terasa lemak-lemak susu. Dairy Champ sesuai untuk masakan lauk pauk. Kalau untuk dessert Dairy Champ kurang rasa. Ini pada pandangan aku yang biasa gunakan susu cair dalam masakan pengganti santan.
  • Untuk dapatkan rasa lemak manis yang sempurna, garam perlu diletak. Tak banyak pun, cuma secubit atau aku guna hujung sudu putih KFC yang kecil tu. Kalau korang tengok chef-chef masak dessert pun dorang akan letakkan sedikit garam bagi menaikkan rasa.

Cara-cara :
  1. Cairkan agar-agar dengan air. Pastikan api sederhana. Sentiasa kacau agar tidak berketul. 
  2. Masukkan gula batu. Cairkan & kacau.
  3. Masukkan gula, milo, susu, esen vanila & garam. Kacau sebati hingga mendidih.
  4. Masuk ke dalam bekas, sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Enak dimakan sejuk.
Mudahkan? Kalau beli tak puas makan. Buat boleh ulang makan berkali-kali. Huhuhuu... 😆

Tergoda tak? 😎

Korang boleh guna aje bahan-bahan asas kalau nak buat agar-agar lain. Kadang aku buat agar-agar horlicks, nestum, buah-buahan, dan pelbagai lagilah ikut citarasa. Next time aku tunjuk step by step okay... 😉

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. kenapa ada gambar yang tak available ?
    saya notice ada di entry2 tertentu gambar keluar macam palang no entry tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula... tak paham nape camtu...tapi ni sekarang tetiba dah ok balik... tak usik apa pun.. pening aihhh... huhuu..

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Karipap Kentang Sedap

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap