Resepi : Cucur Bilis Kentang dan Homemade Sos Cili Sedap

Assalamualaikum, semua!

Petang-petang cenggini tiba-tiba mesti ada yang terfikir, nak masak apa untuk kudap-kudap petang, kan? Biasa korang dok teringat nak masak sesuatu yang ringkas, cepat dan sedap, kan? Yelah, kadang sementara tunggu nak makan berat, nak juga kunyah-kunyah petang. Lagi-lagi kalau time tu tengah hujan. Dia punya bunyi perut... perghhh... bergendang gendut time tu.

Aku pun macam korang juga, jenis yang nak masak benda-benda yang simple dan boleh campak-campak aje. Yang penting benda tu sedap & buat korang lupa akan perkataan 'diet'. Hahaha.

So, kali ni aku nak share resepi jemput-jemput bilis kentang. Orang utara depa panggil coq (cucur) bilis kentang. Ada jugak yang panggil cekodok bilis kentang. Tak kisahlah apa yang korang panggil or sebu, janji semua tu benda yang sama.

Cucur Bilis, Tauhu Goreng dan Sos Cili Homemade

Memang kalau korang google banyak aje resepi yang korang boleh jumpa. Taip aje apa yang korang nak, tadaa... semua muncul depan mata. Apa istimewa resepi aku ni? Istimewanya sebab dia resepi daripada mak aku sendiri. So far memang aku ikut satu-satu apa yang mak aku suruh buat. Punyalah nak dapat rasa macam mak aku masak, kan. Aku rasa lulus kot sebab mak aku pun makan bertambah air tangan aku ni. Sedap ler tu, kan? Kikikikiiiii...

Cumanya mungkin aku tak adalah tulis terlalu detail sangat sebab dah terbiasa masak jenis yang campak-campak aje ni, kadang terlupa nak sukat. Haduuuu... aku minta maaf awal-awal kalau ada yang aku tak tulis sukatan sebab itu aku agak-agak aje. Tapi aku jamin, Insya-Allah menjadi. Yang penting korang kena ikhlas dan buat dengan senang hati sambil nyanyi lagu Hajat, Hael Husaini. Mana tau mana-mana anak dara or bujang teruna tu, termakbul hajat korang nak dapat mak mertua yang suka air tangan korang lepas try resepi aku ni ke kan... 😆

Satu lagi, aku aku bagi bonus sekali kat sini, siap dengan kuah cili atau sos cili homemade lagi tu. Tak mainlah pakai sos cili botol, tau. Korang hulur sepinggan kat bakal mentua, kompon terus depa pilih hangpa. Sebelum pikat perut bakal laki hang, kenalah pandai pikat perut mentua hangpa dulu. Baru nallaaaa... orang Penang habaq.

Cakap banyak tak mau, meh tepek terus sini resepi jemput-jemput bilis kentang & sos cili homemade.

JEMPUT-JEMPUT BILIS KENTANG :

Bahan-bahan

Tepung gandum (aku buat 1/3 mangkuk bulat aiskrim)
4 sudu besar susu tepung
Ikan bilis ikut suka (banyak lagi sedap - potong dua)
2 biji bawang besar atau 6 biji bawang rose - hiris (ikut banyak mana sukatan tepung, lebih pun takpa)
1 biji ubi kentang saiz sederhana - dipotong dadu
Garam secukup rasa
Air (nak guna air masak boleh, air paip biasa pun boleh)


*** Nota : Tujuan letak susu tepung bagi lembutkan lagi bancuhan dan ada rasa lemak-lemak sedap. Kalau nak pedas boleh letak cili hiris halus. Boleh juga tambah carrot (lobak merah) yang dah dihiris halus. Aku tak ada stok, so aku tak letak.

Tepung gandum + susu tepung

Bahan mentah asas

Cara-cara:

1. Campur semua bahan (tepung, susu tepung, ikan bilis, bawang, ubi kentang & garam). Kacau rata.

Gaul rata bahan

2. Air tuang sedikit semi sedikit, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Bancuhan jemput-jemput bilis

3. Goreng dengan api sederhana. Jika dah agak kekuningan angkat. Dan sedia untuk dihidang.
Makan panas-panas, sedap!

SOS CILI HOMEMADE :

Bahan-bahan

3 atau 5 tangkai cili merah (ikut pedas)
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
Gula ikut manis
Garam secukup rasa
Air suam secukupnya

*** Nota : Manis gula & masin garam ikut korang sebab ada yang suka manis adayang tak. Kalau ikut aku, aku letak 2 @ 3 sudu besar gula, 1/3 sudu KFC garam. Air ikut tenggelam bahan (agak-agak nak tenggelam). Jangan terlalu banyak takut cair. Pastikan guna air suam sebab sos cili ni tak perlu dimasak.

Bahan mentah asas

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan kisar semuanya sampai sebati. 
Paras air agak-agak macam dalam gambar




2. Rasa cukup manis, masin, pedas & masam. Dah ok rasanya boleh dihidang dengan jemput-jemput bilis panas tadi.

Serius sedap kalau pandai bagi rasa yang seimbang.


Sos cili homemade tu boleh juga dihidang makan dengan tauhu goreng, tauhu sumbat, tempe goreng, cucur udang atau cucur-cucur lain. Nak makan dengan popia goreng pun sedap gak. Ataupun siapa yang suka makan dengan mi goreng, pun boleh layan. Serius terangkat.

Layan, beb! Siap ada tauhu goreng lagi.

Ok, korang boleh cuba resepi aku ni. Aku jamin sedap. Cumanya korang kena pandai bagi rasa garam & gula tu. Benda ni subjektif. Aku tak berani nak letak sukatan untuk garam & gula tu. Selamat mencuba. Nanti dah try, korang boleh komen, okay.

Jumpa lagi dalam resepi akan datang.... Daaaa...

#terimakasihsudisinggah


Comments

  1. Wahhhh nampak sedap banget cucur ikan bilis lagi-lagi sos home made tuh. Disebabkan ksarie ni pemalaih baloq apa kata ezzan jual je sos tuh nanti pada ksarie hehehhhehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... tahap kerajinan kita ni sama je kak sarie.. ni sebab terajin sikit.. tu yang terjadi kejadian homemade sos ni... cuba datang 'm' nya tu.. memang bayang sos tak nampak... tuang cili sos dalam botol ajelah citenya... hahahaha...

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap