Resepi : Sayur Masak Lemak Taucu
Assalamualaikum & Salam Keberkatan semua,
Bahan-bahan :
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang merah ros (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris - penting untuk timbulkan bau wangi & rasa lebih umph!)
5 biji cili api (belah tengah tak putus, tips: Jika tak tahan perut, jangan cabut tangkai, just kerat bagi pendek aje tangkai cili tu)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang saiz sederhana)
2 biji timun (dipotong, guna bahagian luar yang keras & kering sahaja, isi dalam yang basah dibuang)
3 biji ubi kentang (dipotong 4 atau ikut suka)
3 sudu besar taucu (aku guna cap Bilal)
1/3 santan paket (aku guna brand S&P. Korang boleh juga guna santan cair or kotak, atau susu cair, ikut cair masing-masing)
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Lama aku tak bersiaran. Hampir 3 bulan. Ada yang rindu dengan thread aku tak? Soalan orang acah-acah glamor gitu. Kikiki.
Aku tahu, kebanyakan kita ni mula bersarang rasa risau di hati masing-masing. Berdepan dengan isu Virus Covid-19 yang menyerang tidak hanya Malaysia, malah juga dunia, buatkan hari-hari kita semua tidak betah untuk lakukan rutin yang biasa.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin, sehingga kini masih tiada tanda-tanda untuk surut. Allahu. Memang rasa resah sentiasa tertanam dalam hati. Lagi-lagi baru kejap tadi PM umum sambung 2 minggu lagi hingga 14 April 2020. Mental dan fizikal perlu kuat untuk berdepan dengan isu global ni.
Anyway, sepanjang tempoh PKP bermula hari pertama lagi pada 18 April 2020 ritu, aku memang dah buat persediaan awal. Beli barang-barang keperluan asas & barang kering lain 2 hari sebelum pengumuman PKP. Entahlah, time tu orang belum lagi dapat info ura-ura PKP ni. Cuma aku ikut rapat perkembangan page FB Kementerian Kesihatan sampai Encik Mark 'hadiahkan' Top Fan Badge untuk page tu. Hahaha. Tak pernah-pernah aku dapat badge ni wei! ๐ Jadi aku ambil kesimpulan dekat situ untuk simpan stok. Lagipula negara-negara luar lain seperti China, Italy dan beberapa negara lain dah mula buat lockdown. Tapi jangan risau, aku bukan yang jenis buat pembelian panic. Kami cool aje, beli sekadar perlu.
Hingga hari ke-8 ini, aku & family memang berjimat cermat makan. Makan seadanya sahaja. Kalau ikut hati, memang agak tergugat jugak iman ni tengok kengkawan lain post macam-macam menu dalam media sosial sepanjang PKP. Aku tak kisah pun mereka nak share macam-macam, untung-untung dapat jamu mata aku dengan resepi dan menu-menu baru yang mungkin aku boleh cuba lepas PKP berakhir nanti. Hehehe ๐Cumanya buat masa sekarang aku sendiri ambil inisiatif untuk berjimat cermat sebab tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
Okay, back to the main topic, dekat sini aku nak share menu yang boleh dikatakan agak jimat juga. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Yang penting sihat & sedap. Silap-silap haribulan, boleh bertambah nasi panas korang makan weiiii... kikikiki...
Korang mesti selalu dengar masak taucu, kan? Biasa selalu buat masak taucu ikan or ayam yang biasa saja. Hanya letak taucu kosong. Tapi jarang orang buat masak lemak taucu or masak taucu bersantan. Haaa... siapa yang ikut rapat IG aku, sebelum ni aku ada share gambar masak taucu ikan senangin resepi turun termurun keluarga kami. Cumanya untuk kali ni aku buat sayur masak lemak taucu aje. Just rencah ikan bilis. Sebab kebetulan ada lauk sotong goreng kunyit, so kita masak sayur ajelah. Jimat belanja. Tak perlu lagi letak ikan or ayam dalam masak taucu tu.
Masak lemak? Alamak, mesti korang terbayang masak taucu yang penuh santan pekat, kan? No no no... Resepi aku memang kurang santan. Tak guna banyak pun, sikit je santannya. Tapi kalau yang jenis tak suka cair tu, boleh aje letak santan lebih, cumanya aku kurang gemar. Selain cepat muak & santan berlebihan tak baik untuk kesihatan lagi-lagi kalau yang tinggi kolestrol. Namapun nak jimat, so kita kurangkan bahan-bahan yang boleh kurang tapi apa yang penting jangan kurangkan kesedapan rasa masakan tu, okay...
Untuk pengetahuan korang, resepi aku ni aku just bagi basic aje, means, korang boleh pelbagaikan dengan ikan, ayam or telur pun sedap. Cuma daging, sotong or udang aku belum pernah cuba lagi. Tapi aku rasa sedap juga kot kalau korang guna resepi basic aku ni. Izinkanlah aku perasan jap...Ekekekee.. Means untuk basic aku hanya guna ikan bilis. Kalau korang ada stok bahan basah lain, gantikan aje ikan bilis tu dengan bahan basah korang (ikan/ayam/telur dll). Ada faham? ๐
Cakap banyak tak mau, jom tengok resepi aku ni!
SAYUR LEMAK TAUCUAku tahu, kebanyakan kita ni mula bersarang rasa risau di hati masing-masing. Berdepan dengan isu Virus Covid-19 yang menyerang tidak hanya Malaysia, malah juga dunia, buatkan hari-hari kita semua tidak betah untuk lakukan rutin yang biasa.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin, sehingga kini masih tiada tanda-tanda untuk surut. Allahu. Memang rasa resah sentiasa tertanam dalam hati. Lagi-lagi baru kejap tadi PM umum sambung 2 minggu lagi hingga 14 April 2020. Mental dan fizikal perlu kuat untuk berdepan dengan isu global ni.
Masak simple aje |
Anyway, sepanjang tempoh PKP bermula hari pertama lagi pada 18 April 2020 ritu, aku memang dah buat persediaan awal. Beli barang-barang keperluan asas & barang kering lain 2 hari sebelum pengumuman PKP. Entahlah, time tu orang belum lagi dapat info ura-ura PKP ni. Cuma aku ikut rapat perkembangan page FB Kementerian Kesihatan sampai Encik Mark 'hadiahkan' Top Fan Badge untuk page tu. Hahaha. Tak pernah-pernah aku dapat badge ni wei! ๐ Jadi aku ambil kesimpulan dekat situ untuk simpan stok. Lagipula negara-negara luar lain seperti China, Italy dan beberapa negara lain dah mula buat lockdown. Tapi jangan risau, aku bukan yang jenis buat pembelian panic. Kami cool aje, beli sekadar perlu.
Hingga hari ke-8 ini, aku & family memang berjimat cermat makan. Makan seadanya sahaja. Kalau ikut hati, memang agak tergugat jugak iman ni tengok kengkawan lain post macam-macam menu dalam media sosial sepanjang PKP. Aku tak kisah pun mereka nak share macam-macam, untung-untung dapat jamu mata aku dengan resepi dan menu-menu baru yang mungkin aku boleh cuba lepas PKP berakhir nanti. Hehehe ๐Cumanya buat masa sekarang aku sendiri ambil inisiatif untuk berjimat cermat sebab tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
Okay, back to the main topic, dekat sini aku nak share menu yang boleh dikatakan agak jimat juga. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Yang penting sihat & sedap. Silap-silap haribulan, boleh bertambah nasi panas korang makan weiiii... kikikiki...
Korang mesti selalu dengar masak taucu, kan? Biasa selalu buat masak taucu ikan or ayam yang biasa saja. Hanya letak taucu kosong. Tapi jarang orang buat masak lemak taucu or masak taucu bersantan. Haaa... siapa yang ikut rapat IG aku, sebelum ni aku ada share gambar masak taucu ikan senangin resepi turun termurun keluarga kami. Cumanya untuk kali ni aku buat sayur masak lemak taucu aje. Just rencah ikan bilis. Sebab kebetulan ada lauk sotong goreng kunyit, so kita masak sayur ajelah. Jimat belanja. Tak perlu lagi letak ikan or ayam dalam masak taucu tu.
Ikan Senangin Masak Lemak Taucu @ my IG |
Masak lemak? Alamak, mesti korang terbayang masak taucu yang penuh santan pekat, kan? No no no... Resepi aku memang kurang santan. Tak guna banyak pun, sikit je santannya. Tapi kalau yang jenis tak suka cair tu, boleh aje letak santan lebih, cumanya aku kurang gemar. Selain cepat muak & santan berlebihan tak baik untuk kesihatan lagi-lagi kalau yang tinggi kolestrol. Namapun nak jimat, so kita kurangkan bahan-bahan yang boleh kurang tapi apa yang penting jangan kurangkan kesedapan rasa masakan tu, okay...
Untuk pengetahuan korang, resepi aku ni aku just bagi basic aje, means, korang boleh pelbagaikan dengan ikan, ayam or telur pun sedap. Cuma daging, sotong or udang aku belum pernah cuba lagi. Tapi aku rasa sedap juga kot kalau korang guna resepi basic aku ni. Izinkanlah aku perasan jap...Ekekekee.. Means untuk basic aku hanya guna ikan bilis. Kalau korang ada stok bahan basah lain, gantikan aje ikan bilis tu dengan bahan basah korang (ikan/ayam/telur dll). Ada faham? ๐
Cakap banyak tak mau, jom tengok resepi aku ni!
Sayur Lemak Taucu bersama Sotong Goreng Kunyit |
Bahan-bahan :
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang merah ros (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris - penting untuk timbulkan bau wangi & rasa lebih umph!)
5 biji cili api (belah tengah tak putus, tips: Jika tak tahan perut, jangan cabut tangkai, just kerat bagi pendek aje tangkai cili tu)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang saiz sederhana)
2 biji timun (dipotong, guna bahagian luar yang keras & kering sahaja, isi dalam yang basah dibuang)
3 biji ubi kentang (dipotong 4 atau ikut suka)
3 sudu besar taucu (aku guna cap Bilal)
1/3 santan paket (aku guna brand S&P. Korang boleh juga guna santan cair or kotak, atau susu cair, ikut cair masing-masing)
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
*** Nota : Biasa aku tambah sebiji bawang besar (potong 4) & cili hijau hidup. Oleh sebab aku gunakan apa yang ada sahaja, itupun dah sedap dah. Garam tidak perlu untuk kuantiti 3 sudu besar taucu tu. Incase kalau kurang masin, boleh tambah garam kemudian. So far, sepanjang aku masak taucu ni, tak pernah tambah garam. Taucu tu dah cukup rasa masinnya disamping ikan bilis yang dibuat rencah tu sendiri. Jika korang nak gantikan dengan ikan or ayam or apa-apa bahan basah yang lain, tak perlu letak asam keping sebab proses perapan taucu tu sendiri dah cukup asamnya. Pendek cerita, korang guna aje resepi aku ni, cuma kena pandai sukat pekat, cair, or rasa masakan tu sendiri ikut citarasa korang. Satu lagi korang boleh juga tambah buah tomato ikut suka atau sayur lain macam kacang panjang, kacang buncis, kacang botol or bendi yang penting bukan sayur berdaun. Boleh juga ditambah tauhu & tempe yang dah digoreng separa masak dulu.
Tips: Jika nak bagi tahan lama untuk tujuan frozen, tak perlu letak tomato & bawang besar sebab kedua-dua bahan ni boleh menyebabkan makanan tidak tahan lama.
Cara-cara :
Kuantiti ni untuk hidangan seisi keluarga (4 orang). Dan paling penting, kami boleh makan berkali-kali. Jimat sangat! Satu lagi, masakan ni makin sebati makin sedap, sebab rasa lemak masin taucu dah meresap masuk dalam setiap bahan & sayur. Yummeh!
Selain sebagai hidangan utama, sesuai juga untuk minum pagi or petang. Cecah dengan roti Gardenia putih... Fuuh, terangkat! Lagi-lagi roti Gardenia ni susah dapat musim sekarang ni, memang jadi rebutan hingga menjilat jari, beb! ๐
Aku share sikit video dekat sini nak tunjukkan kuantiti air atau kecairan santan yang pada aku dah ngam dengan masak taucu ni. Tapi tetap subjektif. Siapa suka pekat, boleh aje lebihkan santan. Macam aku cakap, aku ada mak & ayah yang kurang sihat & tak boleh makan sangat masakan bersantan pekat ni, so memang aku kurangkan santan, tapi lebihkan air sebab aku suka letak kuah banyak-banyak dekat nasi kasi banjir. Hahahaha. Daripada segi rasa, InShaa Allah pada aku cukup rasa semuanya. Sebab aku pernah hidangkan lauk ni pada kawan & kenalan aku, depa tanya resepi & bertambah nasi. Kuikuikui.๐
Sebelum stop, aku nak nasihatkan sikit, sepanjang PKP ni, korang duduk aje dalam rumah, cari ajelah apa-apa aktiviti yang boleh hilangkan kebosanan. Kalau rajin, cubalah resepi aku untuk mengisi kebosanan korang. Hehehe. Jaga diri, ok. Moga kita semua dilindungi Allah dan virus ini akan terhapus dalam masa terdekat agar boleh kita sambut Ramadhan yang semakin hampir ni. InShaa Allah, Aamiin.
So, selamat mencuba, okay!
#terimakasihsudisinggah
#juststayathome
#prayformalaysia

Sorry timun dah sedikit kuning ๐ |
Bahan menumis kecuali cili api |
Taucu cap Bilal best! |
Santan serbuk yang aku guna |
Cara-cara :
- Tumis bawang kecil, bawang putih, halia, & ikan bilis hingga kekuningan.
- Masukkan ubi kentang.
- Masukkan air hingga tenggelam ubi kentang. Tunggu hingga ubi kentang sedikit empuk. (Nota : Jika guna santan cair or kotak, kurangkan jumlah air. Kadar air ikut citarasa masing-masing, boleh pekat or cair. Ikut suka. Aku lebihkan air, tak suka banyak santan or terlalu berlemak).
- Setelah kentang sedikit empuk, masukkan lobak merah, taucu & santan.
- Agak-agak lobak merah sedikit lembut, masukkan timun & cili api.
- Boleh rasa, jika kurang garam tambah sedikit garam.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi panas atau boleh juga dimakan bersama roti.
Separuh periuk boleh dapat. |
Kuantiti ni untuk hidangan seisi keluarga (4 orang). Dan paling penting, kami boleh makan berkali-kali. Jimat sangat! Satu lagi, masakan ni makin sebati makin sedap, sebab rasa lemak masin taucu dah meresap masuk dalam setiap bahan & sayur. Yummeh!
Selain sebagai hidangan utama, sesuai juga untuk minum pagi or petang. Cecah dengan roti Gardenia putih... Fuuh, terangkat! Lagi-lagi roti Gardenia ni susah dapat musim sekarang ni, memang jadi rebutan hingga menjilat jari, beb! ๐
Nasi tu banjir dengan kuah taucu ๐ |
Dah sedia cecah dengan roti Gardenia.. ๐ |
Aku share sikit video dekat sini nak tunjukkan kuantiti air atau kecairan santan yang pada aku dah ngam dengan masak taucu ni. Tapi tetap subjektif. Siapa suka pekat, boleh aje lebihkan santan. Macam aku cakap, aku ada mak & ayah yang kurang sihat & tak boleh makan sangat masakan bersantan pekat ni, so memang aku kurangkan santan, tapi lebihkan air sebab aku suka letak kuah banyak-banyak dekat nasi kasi banjir. Hahahaha. Daripada segi rasa, InShaa Allah pada aku cukup rasa semuanya. Sebab aku pernah hidangkan lauk ni pada kawan & kenalan aku, depa tanya resepi & bertambah nasi. Kuikuikui.๐
Sebelum stop, aku nak nasihatkan sikit, sepanjang PKP ni, korang duduk aje dalam rumah, cari ajelah apa-apa aktiviti yang boleh hilangkan kebosanan. Kalau rajin, cubalah resepi aku untuk mengisi kebosanan korang. Hehehe. Jaga diri, ok. Moga kita semua dilindungi Allah dan virus ini akan terhapus dalam masa terdekat agar boleh kita sambut Ramadhan yang semakin hampir ni. InShaa Allah, Aamiin.
So, selamat mencuba, okay!
#terimakasihsudisinggah
#juststayathome
#prayformalaysia
Ala sedapnya. Langsung terasa lapar sangat ni. Nak cuba buat resepinya takde plak tauchu kat rumah ni huhuhuhuhu
ReplyDeleteKiiikiii.. rumah kami ni taucu memang sentiasa ada dalam stok kak kak sarie.. macam-macam boleh buat sebenarnya.. masukkan dalam bihun goreng pun sedap.. ๐
DeleteCasino & Resort Map - MapYRO
ReplyDeleteThe ๋ถ์ฐ๊ด์ญ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง following ๊ณต์ฃผ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง are known Casino & Resort hotels ๋ณด๋ น ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง in ํฌ์ฒ ์ถ์ฅ์๋ง Colorado. Boulder Casino; Boulder City Casino & Resort; Boulder City Casino & Resort Rating: 4.5 · ํฌํญ ์ถ์ฅ์๋ง 1,060 votes