Resepi : Jemput-jemput Pisang Gebu dan Rangup

Assalamualaikum semua!

Kita jumpa lagi. Fuh! Lama tak bersiaran, kan. Lepas PKP ritu, dah mula kerja ikut jadual yang sepatutnya sempena PKPP. So dah jarang-jaranglah kita masak-masak ni. Harapkan hujung minggu aje. Maklumlah wanita bekerjalah katakan... 🙊

Untuk kali ini, sajalah nak kongsi dengan korang semua resepi jemput-jemput pisang yang gebu di dalam & rangup di luar. Masa panas rangup krup krap krup krap. Masa dah sejuk pun masih lembut lagi. 
Jemput pisang gebu & rangup.

Selalu aku buat jemput-jemput ni resepi original. Cuma guna pisang, tepung, gula, garam dan air. Actually aku lebih minat resepi original ni. Cuma kali ni aku try letak serbuk penaik (baking powder) nak tengok macamana dia boleh pergi. Lagipun mak aku katanya dia suka makan jemput pisang yang ada letak baking powder. Kontra sungguh citarasa aku dan mak aku, kan? Hahahha.

But it's ok. Demimu mak tercinta, kusanggup buatkan apa sahaja permintaanmu. Yang penting mak aku suka dengan air tangan aku.

Jemput-jemput kali ni aku tambah sikit elemen yang buat kulitnya atau bahagian luarnya garing. Aku letak planta untuk pastikan minyak tak meresap masuk ke dalam isi dalamnya selain dapat merangupkan bahagian luarnya. Selain tu, tambahan sedikit air panas juga dapat menghasilkan jemput yang lembut di bahagian dalamnya.

Untuk kali ni juga, aku tambah gula merah bagi nampak warna di dalamnya menarik dan rasa gula merah yang sedap disamping ditambah sedikit gula putih bagi memberi rasa lagi pada jemput-jemput. Kalau tak suka manis, mungkin korang boleh kurangkan gula. Tapi pada aku, gula perlu untuk bagi menaikkan lagi rasa manis jemput-jemput pisang.

Penggunaan garam juga wajib dalam resepi aku bagi memberi rasa yang balance pada jemput-jemput pisang tu nanti. Tak perlu banyak, sekadar dapat rasa kehadiran garam dah cukup dan dah boleh buat korang mengunyah tanpa berhenti. Kikikiki. 😄

So, jomlah kita intai resepinya.

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan mentah jemput-jemput pisang

Bahan-bahan :

12 ketul pisang manis atau masak 44 hari (saiz kecil)
1 sudu besar marjerin Planta
2 sudu besar gula perang  lembut
1 sudu kecil gula pasir
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder Royal
1 sudu KFC garam atau secukupnya
Air suhu normal secukupnya
1/4 cawan air panas

Cara-cara :

1.  Lecek pisang guna garpu.

2.  Masukkan planta, gula & garam. Kacau sebati.


3.  Masukkan tepung & baking powder. Kacau rata.

4.  Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan.

5. Rehatkan adunan seketika. Untuk memberi masa baking powder mengembang.


6. Tambahkan sedikit air panas & kacau sebati sebelum menggoreng. Nota : Pastikan adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat.

7.  Goreng hingga kekuningan. Lagi garing lagi sedap.


Dan siap! Meh tengok hasilnya...

Ceq tak pandai nak bagi bulat-bulat. Jadilah cenggini kan... 😆

Tak apa tak bulat yang penting pisang terasa, gebu & krup krap luarnya! 😍

Oklah. Aku rasa cukup takat ni aje aku kongsikan resepi. Actually ada banyak lagi resepi dalam simpanan aku. Nanti ada masa aku share, okay!

Korang suka jenjalan tak? Pasni aku nak kongsi pulak trip cuti-cuti Malaysia aku kat Cameron Highlands & Ipoh. Mesti korang yang kaki jalan suka thread tu nanti. So, follow rapat-rapat blog aku, ya! 😉

#terimakasihsudisinggah



Comments

  1. Wah, ni jemput2 special. tq. nk resepi lain :)

    www.asmahabubakar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap