Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu,

Cuti-cuti ni mesti korang semua dok termangu-mangu menu yang akan dimasak mula dari pagi sampai ke malam, kan? Kadang tu kena ada seli-selit sikit menu kudapan orang cakap buat kunyah-kunyah. Selain daripada snek atau bahasa omputihnya jajan yang penuh dengan MSG, better kita kunyah kerepek, betul tak?

Cerita tentang kerepek, kali ni aku nak kongsi resepi Kerepek Pisang Masin dan paling best aku kongsikan sekali dengan tips agar kerepek sentiasa rangup. Krup krap krup krap bunyi dia... 😆

Kerepek pisang? Senang ke buat dia? Jawapan aku, sangat senang kalau rajin. Hahaha. Actually buat kerepek ni takdelah susah mana. Cumanya korang kena sabar sebabnya buatnya lagi lama daripada makan. Lagi-lagi kalau rangup lemak-lemak masin. Memang tak dan nak siap goreng pusingan ke-2, yang pusingan pertama tu dah licin. Silap-silap tak sempat nak simpan bawa masuk balang. Hahaha. 😅.

Pisang yang akan aku gunakan untuk buat kerepek kali ni adalah pisang lang (keluarga pisang tanduk tapi lebih kecil daripada pisang tanduk) dan pisang abu (ada yang panggil pisang nipah). Pisang-pisang ni memang ayah aku tanam kat kebun. Cumanya pisang lang ni kebetulan patah tandan (tumbang), so ayah suruh aku buat kerepek. Seriusly, tak pernah lagi buat kerepek ni. Dengan penuh confident aku jawab "okay". Padahal resepi tak Google pun lagi. Hahahahaaa...

Google punya google, jumpalah beberapa resepi yang best pada pandangan aku. So, aku ambil resepi yang paling terbaik daripada banyak-banyak resepi yang terpilih. Credit to : cikmatahariku.blogspot.com. Memang menjadi resepi yang diberi tu cumanya aku adjust sikit-sikit bagi ngam dengan kuantiti pisang yang aku nak buat. Sedap sangat! Thumbs up 🥰.

Moh ler kita tengok penyediaan kerepek pisang lang & pisang abu daripada awal penyediaan hingga selesai. Aku bagitahu step by step, okay.

Kerepek Pisang Rangup (Pisang Lang)


KEREPEK PISANG MASIN RANGUP

Bahan-bahan asas :

Pisang muda dah matang (aku guna pisang lang - 8 biji saiz kecil & pisang abu - 4 biji)
Air secukupnya untuk merendam pisang siap dikupas kulit
Garam secukupnya

 Bahan-bahan penyedap:
3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 sudu kecil garam
1/3 cawan air

Cara-cara (Step by Step):
1.  Sediakan bancuhan bahan penyedap iaitu bawang putih yang telah ditumbuk / dicincang) dicampur dengan garam dan air. Biar bawang putih tu terendam dengan air garam tu. Dan ketepikan dahulu.
Bancuhan bawang putih + garam + air

2.   Kupas kulit pisang. Kupas betul-betul kulit tu agar pisang tak lebam. Disarankan guna sarung tangan plastik untuk elak terkena getah pisang. Tak ada pun tak apa, just lumur dengan minyak aje lepas siap kupas nanti. Lepas kupas terus rendam dengan air yang telah dibancuh dengan sedikit garam. Ini bertujuan bagi mengelak pisang daripada cepat lebam.
Rendam pisang dengan air garam

3.   Sagat pisang dengan penyagat. Untuk menghasilkan kepingan pisang yang nipis, perlu sagat laju-laju tetapi berhati-hati tanpa tekan kuat. Tak ada masalah kalau sagat perlahan terutama yang amatur macam aku. Hati-hati. Pisau tajam. Aku buat tebal sikit sebab tak pandai nak sagat nipis. Maklumlah 1st timer 😅. Sagat sedikit-sedikit agak-agak bila nak masak nanti penuh kuali. Macam aku sagat 4 ketul (saiz) kecil dulu. Kuali yang digunakan pun kecil juga so ngamlah banyak tu. 

Penyagat legend ni... 34 tahun usianya... masih tajam & tak berkarat
Hirisan pisang abu dipotong memanjang... macam dah masak pisang tu, kan? 😅

Hirisan pisang lang disagat bulat-bulat bujur. Abaikan bentuk yang tak sekata tu. Maklumlah amatur.... 😂

4.   Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Sementara tunggu minyak panas, lerai-leraikan kepingan pisang disagat tadi supaya tidak terlalu basah ketika menggoreng. 
Keringkan sisa air rendaman

5.   Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan pisang penuh kuali. Tengok dalam gambar kuali penuh dengan kepingan pisang. Tujuan penuh adalah bagi mengelakkan kerepek mudah hangus. Apabila dah masuk kepingan pisang yang disagat tadi, cepat-cepat kacau bagi mengelakkan kepingan pisang tadi melekat antara satu sama lain. Agak-agak dah tak melekat, terus masukkan lebih kurang sesudu bancuhan garam dan bawang putih tadi (agen penyedap). Gaul sebati agar rata.
Mula menggoreng pisang lang

Teknik isi penuh-penuh pisang dalam kuali... ni pisang abu
6.   Goreng sampai kekuningan. Pastikan sentiasa tengok dan kerap kacau, ya. Jangan tinggal gorengan masa menggoreng. Tak pasal hangit nanti. Biasanya kalau dah masak akan berubah warna, sedikit keras bermakna dah berubah jadi kerepek dan akan nampak macam tanda-tanda kerepek meresap air dekat hujung & buih minyak dah kurang atau tak ada. Bolehlah tutup api, angkat, tapis & sejukkan sebelum masuk dalam balang.
Kerepek pisang lang dah agak kekuningan

Kerepek pisang abu dah hampir nak kekuningan

 7.   Hasilnya sangat sedap, wangi, berlemak masin yang seimbang dan paling penting rangup walaupun aku sagat sedikit tebal. Rahsia rangup? Bancuhan daripada agen penyedap tadi. Bawang putih dan garam. Serius sedap!  
Ni lah hasilnya.... rangup! Ni kerepek pisang abu. Pisang lang? Skrol balik gambar mula-mula... 😊
8.   Ulang step ke-3 hingga 6 semula untuk gorengan pisang yang seterusnya. Aku buat sikit-sikit untuk elak pisang disagat tadi lebam. Jom tengok video ni sikit.

9.   Sejukkan dahulu sebelum disimpan ke dalam balang bagi mengelakkan kerepek cepat lemau & hapak.

Tak dapat banyak mana pun... sikit je... huhuu..

Tips :
  • Bahan penyedap tu hanyalah bancuhan bawang putih bersama air garam. Bahan inilah rahsia untuk kerepek rangup dan berbau wangi serta sedap! 
  • Gunakan sarung tangan plastik semasa kupas kulit untuk elak getah pisang melekat terutama pada celah-celah kuku.
  • Rendam pisang yang telah dikupas dengan air dibancuh sedikit garam. Pastikan pisang tenggelam keseluruhannya bagi mengelakkan pisang lebam.
  • Masukkan pisang yang disagat penuh-penuh di kuali bagi mengelakkan gorengan cepat hangus.
  • Jaga gorengan agar tidak hangus.
  • Sejukkan dulu kerepek sebelum dipek atau dimasukkan ke dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan kerepek cepat hapak & mengekalkan kerangupannya.
Haa... amacam? Mudah, kan? So aku harap korang bolehlah mencuba buat kerepek ni ala aku buat tu. Nak tau resepi-resepi best lain? Nanti aku kongsiksn dengan korang dalam thread lain, okay! Stay tune....

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Wah, sedapnya kerepek pisang. Tapi tak ada pisanglah pula nak cuba buat. Hehe. Salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi salam kenal...Hehhee.. buat kudap2.. xpe.. nanti kot3 ada pisang bolehlah try resepi ni... 😊

      Delete
  2. teringat arwah tok rajin buatkan untuk cucu2.. tak sure pisang jenis apa tapi keja kami tolong sagat la apa lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Oklah ada jugak pengalaman menyagat... kite ni baru pestime buat .. hahaha... tapi cam seronok pulak dapat buat sendiri, kan... hehheheh

      Delete
  3. biasanya tlg mak sagat ii jerrr.... tp ni rse nk try bt sendiri pulk....senang jer rupanya : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. memang mudah! Selamat mencuba.. 😉

      Delete
  4. Kalau pandai buat marketing, boleh buka kilang kerepek. macam yang dalam video ni https://youtu.be/JHWTXbqQkXE

    Tapi dari segi kebersihan kena jaga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... thanks share video.. so far buat makan2 sendiri dulu.. manalah tau kot2 suatu hari nanti terbuka hati nak buka bisnes pulak kan.. 😄

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap