Resepi : Karipap Kentang Sedap

Assalamualaikum & selamat malam semua...

Masih lagi dalam mood Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dan bermakna sudah pastilah thread kali ini tentang makan-makan lagi... hahaha...

Ni dah masuk sebulan lebih PKP dibuat. Dan hari ini merupakan hari ke-2 PKP untuk fasa ke-3. Makin diperketatkan dan dengarnya makin ramai yang kena tangkap & kena kompaun serta dihadapkan ke mahkamah. 

Kengkawan semua, harap dengarlah nasihat duduk terus di rumah. Banyak benda yang boleh dibuat. Jangan disebabkan kesalahan melanggar atau tidak patuh pada PKP korang meringkuk dalam penjara. Sayang masa depan korang weiii.. Sekali dah dimasukkan penjara even 1 hari dah didaftar sebagai bekas banduan. Dan kita akan bawa gelaran tu seumur hidup. 😢

So, kalau korang boring sangat, apa kata tajamkan lagi skill memasak korang tu dengan cuba macam-macam resepi. Antaranya resepi yang akan aku share hari ni, karipap kentang versi resepi mak aku. Aku siap bagi tips lagi supaya hasil gorengan tu nanti cantik, tak adalah permukaan karipap korang nanti meletup-letup macam jerawat. 🙊🙊🙊

Aku baru je pertama kali uli, kelim & goreng karipap ni. Biasanya mak aku yang buat dari A sampai Z. Aku cuma tolong buat inti & tolong makan aje. Cuma kali ni aku rasa nak buat sendiri. Masa nilah kena beranikan diri try, betul tak? Bila dah try buat ni barulah aku tahu, susah betul nak kelim karipap lagi-lagi bila dah letak inti. Hahaha 😂😂😂

Moh ler tengok resepi & cara-caranya. 

Karipap kentang sedap

KARIPAP KENTANG

Bahan-bahan inti :

5 biji bawang merah rose (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (didadu)
1 genggam ikan bilis (ditumbuk halus)
7 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 ikat daun sup (dihiris)
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kari ikan/seafood (aku guna rempah kurma sebab rempah ikan tak ada)
Sedikit cili kisar / serbuk cili (jika hendak pedas)
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat inti :
Bahan untuk inti kentang
Kentang dipotong dadu, daun sup dihiris

  1. Panaskan minyak untuk menumis. 
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan cili kisar hingga sedikit garing.
  3. Masukkan bancuhan rempah & tumis hingga garing. 
  4. Masukkan ubi kentang, air secukupnya  (tenggelam ubi kentang) dan masukkan garam. Sentiasa kacau agar tidak berkerak atau hangus ditengah. Masakkan hingga ubi kentang empuk. 
  5. Masukkan daun sup. Kacau hingga kering.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk.
Inti kentang dah siap ! 😍

*Tips : Pastikan inti betul-betul sejuk sebelum memulakan proses membuat doh dan kelim.

Aku sediakan video penyediaan inti karipap kentang.


Bahan-bahan doh (kulit) :

500g tepung gandum
1 sudu kecil garam (saiz sudu KFC kecil penuh)
2 sudu besar marjerin Planta
1/2 cawan air

Cara-cara buat doh dan kelim :

1. Cairkan garam dengan sedikit air.
2. Masukkan tepung gandum & planta. Gaulkan.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Hingga jadi doh sambil menguli hingga doh tidak melekat di tangan. Tutup doh. Rehatkan 5 minit.

4. Bulat-bulatkan kecil (sebesar bola ping pong). Masukkan dalam bekas yang bertutup agar doh tidak kering. Boleh dapat 30 ketul.
Korang buatlah bulat cantik-cantik, ya. Aku nak cepat. 😅

5. Ambil sebiji doh dibuat bulat kecil tadi, bentukkan bulat permukaan bagi licin dan tekan dengan jari untuk dijadikan kulit. Tidak tebal sangat & tidak nipis sangat.

6. Letakkan inti ditengah secukupnya. Bagi yang newbie, tak perlu letak penuh sangat bagi mengelakkan kesukaran sewaktu membuat kelim.

7. Tutup rapat dan picit-picit dihujung sebelum mula proses membuat kelim. Mula mengelim. Boleh kelim secara manual atau menggunakan acuan ikut citarasa.
Inilah hasil kelim pertama aku. Not bad lah kan untuk 1st timer macam aku ni. 😎
Extra : Video cara kelim. Ni mak aku buat masa mula-mula nak ajar aku.


8. Karipap yang siap kelim disusun berjarak antara satu sama lain agar tidak melekat.
Tiga yang bawah tu hasil aku buat, yang lain mak buat. Laju mak aku buat 😅
Sepinggan ni semua hasil aku. Ok jugak kan? 😂

Teknik menggoreng karipap :


Bagi menghasilkan kulit karipap yang digoreng cantik tidak meletup-letup atau menggerutu, ada tekniknya yang perlu dibuat ketika menggoreng.
  1. Pastikan kuantiti minyak secukupnya untuk menggoreng. Panaskan minyak dengan api kecil. Tak perlu terlalu panas sangat, agak-agak rasa bahang sikit terus masukkan karipap penuh dalam kuali. 
  2. Balik-balikkan agar karipap terendam keseluruhan kulitnya dengan minyak.
  3. Setelah terendam sepenuhnya dan bersalut dengan minyak sepenuhnya, besarkan api. 
  4. Goreng seperti biasa sehingga kuning. Balik-balikkan agar tidak hangus & masak sekata.
  5. Sedia untuk dihidang.
Video teknik menggoreng :

Sila abaikan jubin yang dah tertanggal tu... 😂

Beza antara mak aku buat & aku buat. Along tu akulah. Cantikkan permukaan gorengan karipap tu... 😊

Serius sedap guys 😋
Okay guys, korang bolehlah cuba buat ikut resepi aku tu. Memang resepi pure mak aku. Kurang minyak & confirm sedap! 

Boleh aje tambah isi ayam. Aku tak ada stok ayam. So buat kentang aje pun dah sedap.

Korang boleh juga guna inti ikan sardin. Pun sedap jugak tu. 

Kalau nak frozen, boleh goreng separa masak. Then frozenkan.

Selamat mencuba, ya! 😊

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Karipap ni kalau saya kena inti dia sedap baru sedap semuanya. Tapi itulah, kuih-muih ni tak pandai buat. Pandai makan je. Hehe. Terima kashih share resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... saya pun jenis tengok2 inti..inti sedap, yang lain selalunya sedap.. resipi yang ni memang kentang sahaja...ada yang suka campur keledek boleh je letak keledek.. ikut citarasa.... hehehehe.. boleh trylah nanti... 😊

      Delete
  2. comel kejadian.. saya x pernah cuba buat karipap tau makan ja hehe.. memang xdak bakat la nak buat tatau kalau cuba buat jadi ke x.. bila buat sndiri puas hati kan inti bolehh letak banyak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... saya ni pun selama ni tau makan yang mak buat aje... kikikii.. tapi tetiba pulak rasa macam nk try buat & kelim sendiri.. mujur jadi.. risau gak masa mula2 nak kelim.. maklumlah tangan jenis tak berseni.. hahahah..

      Delete
  3. Thanks for the tip mengoreng tu sis. Selama ni bila goreng, karipap penuh "jerawat batu". By the way, cantik betul kelim karipap yg sis buat tu. Anak2 sy waktu first time kelim, bertabah jer la hati nengok hasil dema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... berjerawat pun xpe.. janji rasa sedap kan.. hehhehe.. nanti bolehlah try teknik menggoreng ni.. saya pun baru2 cuba.. mujur jadi kelim tu.. hihii..

      Delete
  4. Sis, ikut sukatan resipi sis ni dapat berapa biji karipap eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan doh boleh dapat sekitar 25 - 30 biji karipap.. tapi inti tu biasanya lebih.. inti lebih boleh buat makan dgn nasi atau roti pun sedap.. selamat mencuba.. 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap