Movie Review : What Happened To Monday

Assalamualaikum & Happy Monday, guys!

Yeay! Kita jumpa lagi untuk review filem best! Actually banyak filem best aku dah tengok, tapi terlampau 'rajin' sangatlah pulak aku nak review.  Al-maklumlah, musim-musim PKP ni, dengan mood menulis turut sama macam terkawal gak pergerakkannya. Hahaha. 🙊

Anyway, kalau sebelum ni aku review filem Hindi bertajuk Pihu, kali ni aku nak review pulak filem English. Kita ke barat pulak, boleh? Filem apa tu?

Aksi lompat-lompat ni ada tau. Mendebarkan tak?

WHAT HAPPENED TO MONDAY. Satu lagi filem sains fiksyen yang penuh dengan aksi serta menampilkan teknologi begitu canggih. Teruja betul tengok cerita konsep cenggini. Fuh...😥

Cerita ini juga terkenal dengan nama 7 Sisters di beberapa negara. Tajuk cerita ni ditukar. Release pada August 2017. Setelah 3 tahun baru aku jumpa cerita best ni.. 😅

Detail tentang filem ni :

Tajuk : What Happened To Monday
Jenis & Bahasa : Filem English
Durasi : 1jam 58minit
Genre : Science Fiction Thriller (18SX)
Pelakon : Noomi Rapace, Marwan Kenzari, Willem Dafoe, Glenn Close, Clara Read, dan ramai lagi

Sinopsis

Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday. Tujuh adik beradik kembar kehilangan ibu bapa dilahirkan di negara yang mengamalkan Undang-undang : '1 Family, 1 Child' . Kelahiran mereka terpaksa disembunyikan oleh datuk mereka yang berpakat dengan pihak hospital untuk menyembunyikan kelahiran 7 kembar ini.

Demi kelangsungan hidup, datuk mereka menjaga ketujuh-tujuh kembar ini secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan mereka 'dijaga' dan 'ditidurkan' oleh Biro Menempatan Kanak-kanak di mana diasaskan oleh Dr Nicolette Cayman.

Memandangkan mereka 7 kembar seiras, mereka dinamakan sempena nama tujuh hari dalam seminggu. Hanya 1 nama yang perlu didaftarkan pada Biro. Karen Settmen. Nama yang diambil sempena nama ibu kembar tersebut. Nama itu didaftarkan pada Biro dan mereka bertujuh akan keluar mengikut hari seperti nama mereka bagi mengelakkan kekeliruan pihak Biro.

Namun, keadaan menjadi kucar-kacir apabila Monday tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Enam beradik lain cuba mencari punca kehilangan Monday secara tiba-tiba. Malangnya pihak Biro dapat mengesan kewujudan kembar berkenaan. Bermulalah hari itu mereka mula diburu pihak Biro.

Dapatkah mereka survive? Berjayakah mereka melepasi halangan? Apa pula yang terjadi pada Monday? Hidup atau mati? Segalanya akan terjawab dalam filem yang penuh dengan aksi dengan kesan-kesan Sci-fi ini.

Macam-macam ditanya sebelum lepas pagar kawalan.

Cara make up pun kena sama, fesyen rambut pastikan nampak semua serupa. Siap screen kat cermin.

Apa ni? Apa ni? Potong jari? 😨

Inilah gelang identiti tu. Satu orang, satu identiti berdaftar. Canggih wei... 😍

Suka betul tengok cerita transparent monitor cenggini.

Kunci? Tak perlu. Guna mata aje pintu boleh buka... 😅

Ingat senang nak tembak-tembak? Pastikan dapat jari telunjuk owner senjata api ni dulu kalau nak rampas senjata. Berani? 😎

Time ni sedih weiiii...

Movie Review :

Okay, kalau tanya pandangan aku tentang cerita ni, 1 je aku nak cakap. Fantastic! Aku suka dengan konsep cerita ni yang menekankan isu-isu dunia yang selalu dipertikaikan oleh negara maju yang punyai penduduk yang padat seperti US dan China. Negara-negara maju ni biasanya terlalu concern tentang populasi penduduk. Dikatakan apabila tingginya populasi penduduk dunia akan memusnahkan bumi. Ais mencair akibat haba yang dihasilkan, makanan tak mencukupi dan pelbagai lagi masalah pada dunia.

Korang boleh bayangkan tak dalam negara nak kurangkan populasi penduduk hingga diwujudkan akta 1 Keluarga 1 Anak atau 1 Anak 1 Bumi, tiba-tiba lahir bayi kembar. Sedangkan kembar 2 pun mereka dah risau. Apatah lagi kembar 7? 7 beb, 7. Mana nak sorok?

Aku tertarik dengan cara datuk 7 kembar ni berjaya besarkan mereka hingga berumur 30 tahun. Dan paling best, dorang cuma didaftarkan atas 1 nama sahaja iaitu sempena nama mak mereka Karen Settmen.

Dorang ni bebas untuk jadi diri sendiri dalam rumah. Tak kisahlah nak hobi apa sekalipun atau fesyen rambut yang pelbagai. Tapi... bila mereka berada di luar, kena wujud dalam 1 identiti sahaja iaitu identiti yang telah didaftarkan pada pihak Biro. Di mana dorang perlu hidup pakai gelang identiti tu di mana-mana, cara make up dan berpakaian perlu sama. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar dalam satu-satu masa. Dan mereka perlu keluar ikut giliran nama mereka. Contohnya Monday keluar hari Isnin, Tuesday keluar hari Selasa & begitulah seterusnya.

Setiap aktiviti masa dorang keluar akan direkodkan dan akan ditayangkan agar ketujuh-tujuh mereka tahu apa yang berlaku antara satu sama lain sepanjang hari agar tak timbulkan kekeliruan dengan pihak luar terutama Biro.

Tang ni aku memang kagum tengok kecanggihan teknologi rumah dorang yang atuk dorang cipta demi jaga keselamatan masing-masing. Masuk rumah scan mata, nak make up ada screen akan scan untuk pastikan identiti Karen Settmen tu sebijik boleh dibawa 7 beradik ni. Maksudnya kat sini kalau seorang ada luka dekat pipi, orang lain pun kena pastikan ada luka yang sama jugak. GPS merata-rata.

Satu lagi bukan hanya teknologi dalam rumah dorang aje, kat luar sana pun hebat! Bayangkan dengan gelang identiti yang rakyat perlu pakai tu, beli barang pun kena scan gelang, untuk pastikan yang beli barang tu berdaftar dengan Biro. Dan paling best, senapang, pistol atau apa-apa senjata api hanya boleh berfungsi dengan scan cari aje. Maksudnya, scanner tu ada kat picu setiap senjata api. Kalau bukan owner senjata tu yang pegang, automatik senjata tu tak berfungsi. Pergh... kagum!

Satu lagi yang best tentang cerita ni banyak aksi yang mendebarkan. Setiap kali depa nak lari daripada Biro, jantung aku pun ikut lari laju jugak. Gilerlah. Tak dapat aku nak bayangkan kalau cerita ni betul-betul berlaku.

Plot twist dia pun best! Even aku dapat agak, tapi pada aku tetap tak mengganggu perjalanan cerita ni.

Hahaha.. makin panjang pulak aku nak ulas tentang cerita ni. Risau jadi spoiler pulak nanti. Apa-apapun, pada aku cerita ni memang highly recommended untuk korang tengok. Serius best!

Tapi... awas! Awal-awal lagi kat atas tu aku dah kategorikan sebagai 18SX. Memang tak sesuai ditonton bersama family. Selain ada aksi ganas, aksi ranjang pun bahaya tengoknya. Even sekejap tapi tetap depa tak cut. Hurm... spoil tang tu je lah. Paham-paham sendirilah ye. Aku nasihatkan korang cepat-cepat lajukan bila ada part tak senonoh tu ye.

Selain daripada tu, cerita ni memang tip top. Aku bagi rating yang tinggi kali ni.

9 bintang untuk filem ni. Kenapa 9? Sebab 1 lagi tolak tang aksi 18SX tu... 😅

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

#selamatmenonton
#terimakasihsudisinggah


Comments

  1. citer ni ada kawan share di FB.. siapp kasi link
    saya saved je dlu tengok belum hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok cerit ni tengah viral.. tu yang nak tengok.. so far ok not bad.. cuma ada part sensored sikit.. kena forward lelaju... kikikii..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap