Tips Travel dan Jodoh?

Assalamualaikum & salam hujung minggu semua,

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Pada mereka yang berkeluarga, pasti hujung minggu sentiasa menjadi saat yang dinantikan. Masa ni ajelah saat yang ada untuk beriadah bersama suami, isteri, anak-anak dan keluarga tercinta. 

Itu cerita tentang mereka yang ada pasangan dan anak-anak. Bagaimana pula pada yang solo macam aku ni? Dah tentu ada plan yang tersendiri. Hangout dengan kengkawan, atau mungkin ada yang luangkan masa berkumpul dengan family atau paling tidak macam aku ni, just duduk-duduk santai nak ber'me-time' aje katanya. Aku yakin, mesti ada juga yang spend masa dengan travel buddies berjalan hilangkan ketegangan yang merungkai hidup. 

Bercerita tentang travel ni, aku tiba-tiba rasa berminat nak berbual bicara tentang satu isu ni yang aku pasti jadi hot topik juga terutama pada para traveler yang masih solo & available gittew... 😉

Hatiku tertinggal di Bromo 💘

Jodoh & travel? Sejauh mana ia berhubungkait antara satu sama lain? 

Bercakap tentang jodoh, dah pastilah ia antara Rahsia Tuhan, bak macam tajuk lagu Ippo Hafiz. Tapi, sejauh mana jodoh akan melekat pada kita? Bagaimana bermulanya sesuatu pertemuan? Atau saat bila dikatakan itu jodoh kita dan bukan kita terjaga jodoh orang?

Jangan tak tau, tiga-tiga soalan yang aku ajukan di situ antara yang akan aku rungkaikan dalam kisah dan pengalaman aku hampir terjumpa jodoh ketika travel. Hurm... aku rasa nak tukar jodoh kepada crush. Rasa istilah itu lebih masuk dengan kisah benar aku ketika travel ni.

Eh? Hampir? Kenapa perlu ada perkataan hampir terselit di situ? Sebab aku tak rasa perkataan tiada jodoh sesuai di situ. Hehehe.


Actually, aku berminat dengan isu Jodoh & Travel ini pun sebab aku ada terbaca Twitter oleh someone ni. Dia 'Tweet' hendak mencari sorang guys ni yang duduk dalam kapal terbang sebelah kawan dia. Siap mention no flight, tarikh, masa, no seat bagai. Fuh! Aku respek dengan budak Twitter ni. Berani buat confession dalam Twitter. Dan paling best, kaedah dia mencari bakal jodoh dia tercapai. Ada respon daripada mamat yang dia nak cari tu. Aku doakan dia berjodoh dengan mamat tu. Aamiin... 

Aku tak rasa dia bercerita bagi pihak kawan dia. Aku yakin itu kisah dia sendiri. Nak cover, dia gunalah istilah bagi pihak kawan dia. Alaaa... biasalah tu kan...😆

Bila terbaca tweeter budak ni, automatik saraf memori aku untuk tempoh lebih kurang 3 tahun lepas, sekitar April 2016 pun mula bekerja, mencari momen-momen untuk dicantum agar kemas kembali muncul dalam ingatan dengan harapan terjalin menjadi sebuah episod kisah yang tercatat indah. 💘

Aku ni jarang nak bercerita tentang kisah peribadi. Memandangkan kisah ini begitu sweet terutama pada para traveler yang masih bujang dan ada misi sambil travel sambil mencari jodoh yang sama hobi dengan korang tu, so aku rasa ia sesuai untuk aku kongsi dengan korang. 

Kisahnya bermula dari sini.... music Rahsia Tuhan by Ippo Hafiz, please 🎻🎹🎶 eceehh..

Pernah juga sebelum ni aku ter'crush' dengan someone masa travel. Terjumpa masa sama-sama travel dekat satu tempat ni. Dekat Gunung Bromo. Ya Allah... dalam banyak-banyak tempat, dekat gunung berapi ni jugalah aku terjumpa mamat ni. 

Sehangat gelodak magma di perut Gunung Bromo, sehangat itu memori kisah aku kononnya. 😅

Ramah orangnya & sedap mata memandang. Dia tegur aku dulu. Ayat pertama : "Dari Malaysia?" Hahaha... ayat klise para traveler yang bila jumpa traveler lain yang senegara. 

Masa tu aku dekat kawasan bawah Gunung Bromo. Kalau siapa yang pernah pergi, aku maksudkan di sini adalah kawasan yang orang jual-jual tu berhampiran dengan tangga nak mendaki Bromo. Masa tu tengah tunggu kengkawan aku yang lain. Dorang masih berkuda nak ke check point sebelum daki ke puncak. Aku sampai dulu dengan sorang travel buddy aku ni. Nama dirahsiakan. Kalau tak, masak aku malu oooo.... 🙈


Dalam dok tunggu tu, sempatlah mamat tu beritahu dia dari Sarawak. Kami berbual tentang pengalaman dia naik Gunung Ijen. Seronok dengar cerita dia. Dia ada gak tunjuk beberapa keping gambar kat atas sana dengan team dan kakak dia. Masa kami berbual tu kakak dia ada sekali dengan kami. 

Eh, cantik sungguh lahai Kawah Ijen ni. So far kami tak masukkan dalam iti untuk panjat Gunung Ijen sebab masing-masing ni tak fit time tu. Takut cepat pancit. Kikikikii... Tapi aku rasa next time aku nak pergi Kawah Ijen ni, tapi sebelum pergi memang kena buat persediaan rapi la dari segi workout agar fit masa nak daki. Selain fizikal, mental pun kena bersedia.

Dalam dia dok cerita pengalaman dia. Aku yang pemalu (uhuk 🙊) ni sekadar dengar dan tengok la gambar-gambar yang dia tunjuk. Sesekali adalah juga menyampuk sikit. 

Bila team aku yang lain sampai, kami just berpisah camtu aje sebab masing-masing dah tak sabar nak explore Gunung Bromo. 

Sampailah satu masa team kami bergerak ke tempat lain. Masa tu nak ke Padang Savana atau biasa orang panggil Lembah Teletubbies. Masa tu terjumpa dia lagi. Dia just lambai dari jauh. Kami memasing sibuk bergambar. Memang takde masa nak berbual mesra lagi. Dan kami berlalu pergi macam tu aje. Bawa haluan masing-masing jelajah ke tempat lain.

Cerita tentang tu jadi hot topik jugalah antara team kami. Maklumlah memasing solo. Tak salah kami berbual tentang isu ni, kan. Cumanya aku tak tahu kenapa aku macam kurang berminat nak bercerita tentang lelaki ni. Mungkin masih lagi trauma dengan pengalaman sebelum ni, mungkin. Satu lagi, aku rasa itu sekadar pengalaman jumpa kawan travel lain. Itu aje pada aku. Aku banyak buat dek aje sebenarnya  masa topik mamat ni diutarakan. Namun sesekali figura mamat tu muncul di retina mata ni.  Eh, dah kenapa?😅


Tapi tak tahulah nak dijadikan cerita, Allah takdirkan bertemu lagi dengan dia masa kat airport time nak balik. Korang boleh bayangkan tak, aku tak tahu waktu dan tarikh dia nak berangkat semula ke Malaysia, tau-tau aje jumpa lagi.

Dia senyum & say 'hi' masa terserempak nak check-in luggage. Kawan-kawan aku tak perasan mamat tu. Aku aje yang perasan time tu. Itu pun sebab dia berbalas senyum dengan aku.

Haaa... Masa saat nilah hati aku mula berlagu rentak balada, jantung aku pulak tak synchronize dengan hati aku. Boleh pulak jantung aku dupdap dupdap. Main rentak remix dance. Ceh! Tak nak bekerjasama langsung antara jantung dengan hati ni. 😆

Tapi... aku tak tahulah kenapa aku masih biarkan part tu berlalu macam tu aje. Sigh. 😥 Actually fikiran separa waras aku ketika tu dok fikir mesti dah tak jumpa dah lepas ni. Kebetulan aje tu. Tapi betullah orang cakap takdir Allah kadang kita tak jangka.  Jodoh, pertemuan tu semua datang dan pergi dalam pelbagai cara. Cuma antara kita sedar mahupun tidak sahaja. Sama ada kita menggunakan kesempatan yang ada atau membiarkan peluang itu berlalu sebegitu sahaja. 


Dalam masa aku dok fikir itu sekadar kebetulan dan mungkin dia naik flight yang berbeza, satu lagi keajaiban berlaku. Masa kami bekejar untuk final call (sebab masing-masing leka dok sembang sambil makan burger kat airport), dengan tercungap-cungapnya kelam kabut aku cari seat aku. Malu tak usah cakaplah. Dah tentu-tentu kami menjadi habuan pandangan penumpang lain. Almaklumlah kami group yang terakhir naik pesawat.

Dalam dok kalut tu, aku terasa macam ada someone pandang aku. Kadang kata hati kecil tak pernah menipu, betul tak? Guess what? Mata aku tertancap pada satu anak mata yang entah semenjak bila asyik memandang kekalutan aku. Kalau tadi hati aku bergoncang sebab kalut dan malu, kali ni rentak mula berubah. Ada unsur-unsur indah di situ. Entah apa sebenarnya yang dirasakan dalam hati ini ketika momen-momen itu, sehingga kini aku masih tidak dapat hadam lagi. 😇

Korang tahu, boleh pula dia duduk dalam flight yang sama, cumanya beza seat sebaris aje ke belakang arah bertentangan. Kiranya aku ni duduk kat baris depan belah kanan hujung dekat kawasan isle (laluan tengah), dia pula duduk sebaris ke belakang sikit belah kiri area tingkap. Pendek cerita bila tertoleh belakang memang nampak dia. Time mata bertentang mata tu, aku nampak dia senyum tengok aku. Entahlah. Senyum sebab apa. Mesti sebab tengok aku kalut semacam, kan? 



Tapi sempat gaklah aku rasa luruh sat jantung aku ni. Nasib sempat sambar. Kikikiki...

Actually aku memang duduk pandang depan aje. Tak berani nak toleh-toleh belakang. Tapi aku tetap rasa tak selesa sebab aku rasa macam someone masih pandang aku. Perjalanan yang ambil masa lebih kurang 2 jam lebih tu pada aku cukup lama. Mujur ada seorang pakcik yang duduk sebelah aku time tu rajin berbual dengan aku. 

Kalau boleh aku memang nak diam aje sebab masih layan debaran di hati. Tapi pakcik tu ramah & baik hati sungguh. Seronok dengar pakcik tu bercerita tentang dia lawat anak dia belajar agama dekat Surabaya. Pendek cerita pesantren atau kat Malaysia ni panggil sekolah pondok. Bagus juga. Dapat pengalaman kisah orang lain. Tu yang salah satu keseronokan travel ni. 


Berbalik pada cerita crush aku tadi, sampailah masa nak landing & sementara nak turunkan beg dari cabin, bila toleh belakang (time tu dah ambil beg dari cabin), dia tegur aku dari tempat duduk dia. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia : "Jumpa lagi kita." 

Kami siap berbual ringkas sementara tunggu pintu pesawat di buka. Even dia masih berdiri lagi kat seat dia yang sebelah tingkap tu nak tunggu giliran keluar ke isle. Tapi aku pelik, kami terjumpa banyak kali. Berbual pun dah banyak topik even serba ringkas. Tapi kami tak tahu nama antara satu sama lain. Aku cuma tahu dia dari Sarawak dan dia tahu aku dari Selangor. Nama? Hahaha aku ketawa.... macam dalam lirik lagu jampi. Memang aku tak tahu. 😂😂😂

Lepas kami keluar dari perut pesawat, cerita tu jadi topik lagi kat kengkawan aku. Dorang nampak dia berbual dengan aku. Dorang tanya, kenapa aku tak tanya nama dia? Ntah. Tak ada jawapan tentang tu. Lagipun aku rasa macam tak perlu ketika itu. Nak lagi dia pun tak tanya nama aku. Ego betul aku masa ni. Kikiki.. 

Tapi... lepas tu bila fikir balik, macam menyesal pulak weii... hahaha...

Tak salahkan kalau kita mulakan dulu. Kalau bukan calon jodoh pun, mungkin boleh tambahkan kenalan dan rakan, betul tak? 

Kadang terfikir juga, untuk apa Allah takdirkan pada aku dengan pertemuan yang terjadi berkali-kali ini. Tapi malangnya aku melepaskan kesempatan yang ada. Mungkin itu bukan jodoh aku. Tapi aku tetap rasa kesal gak sebab pertemuan tak semestian berakhir dengan ikatan jodoh. Mungkin boleh terjalin dengan ikatan persahabatan. Betul tak?


Apa yang dapat aku simpulkan dalam kisah aku tentang isu travel dan jodoh ini :

1. Mengembaralah kerana dengan aktiviti ini kita akan dapat melihat dunia dengan lebih luas lagi. Selain mungkin akan bertemu dengan jodoh. 😆

2. Benda pertama yang perlu korang buat bila berjumpa dengan orang, tanyalah namanya. Jika rasa perjumpaan itu boleh dilanjutkan ke perjumpaan yang lain, ambil contact no orang tu. Tak kiralah no telefon atau emel atau paling tidak Facebook atau IG kenalan kita. Kadang kita tak sedar, seseorang yang Allah takdirkan kita bertemu itu ada hikmahnya. Mungkin kita perlukan khidmatnya di masa akan datang dalam kita melalui rona-rona kehidupan ini. 😇

3. Jadikan pertemuan yang Allah takdirkan sebagai ukhwah yang berpanjangan dan tidak putus setakat itu sahaja. Lagi-lagi pada saudara sesama Islam. Jangan jadi macam aku. Putus macam tu aje. 😩

4. Usah ego dalam memulakan persahabatan. Banyak keuntungan yang kita boleh kecapi andai segalanya bermula daripada kita. Buang ego yang ada. Namun  jika anda seorang wanita, masih kekalkan sifat malu seorang wanita dalam diri. Malu dan wanita tak patut dipisahkan. Pasti manfaat terbentang di depan mata.😀

5. Tak salah untuk jadikan mencari jodoh sebagai misi travel atau pengembaraan kita khususnya buat mereka yang masih bujang dan available. Yang penting masih jaga adab dan batas pergaulan. Siapa tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kalau dapat jodoh ketika travel, itu satu bonus. Jodoh kita punyai hobi yang sama dengan kita. Silap-silap boleh ada misi tawan seluruh dunia dengan jodoh kita selepas berkahwin. Hadiah honeymoon sepanjang hayat kekdahnya. Sweet sangat! 😍

6. Hati-hati bila berkawan. Bukan semua stranger ni boleh dibuat kawan. Pastikan korang tidak salah pilih. Kenal hati budi dahulu. Usah mudah bagi maklumat berkaitan diri kita terlalu detail. Banyak manusia di luar sana yang mengenakan pelbagai bentuk topeng. Mana satu topeng Joker, topeng Batman, Ironman, mahupun Superman sukar untuk kita tilik. Walaupun dia juga seorang traveler. Traveler juga manusia biasa, beb... 😉

7. Jangan sombong. Itu paling penting. Aku perasan, banyak traveler ni, bila nampak traveler yang satu negara di tempat orang, kebanyakannya hidung tinggi dan kera sumbang. Aku tak pasti kenapa. Jangan sombong-sombong sangat kawan... Tak rugipun kalau bertegur sapa. Banyak manfaat korang dapat. Boleh tambahkan kenalan. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Dan mana tau, ada jodoh korang yang terselit satu kat situ, ke kan? Kikiki... 🙊

8. Andai tiada jodoh antara korang dengan traveler crush korang, anggaplah banyak hikmah yang tersembunyi di situ. Kalau dah namanya itu jodoh korang, berpisah seratus tahun pun boleh jumpa balik hokeyy.. 100 tahun? Hahaha... macam kes aku, tak adalah menyesal sangat, manalah tau, Allah nak uji aku time tu, tu yang jumpa banyak kali. Then Allah pisahkan aku dengan mamat Sarawak tu macam tu aje, mungkin takut aku terjaga jodoh orang ke kan... Sentiasalah bersangka baik dengan takdir hidup kita. 😘


Aku rasa dah panjang lebar aku bercerita ni. Siap dengan tips lagi aku tinggalkan. 

Akhir kata untuk para traveler, teruskan apa jua misi korang asalkan tidak melanggar sempadan dan semua nawaitu kita yang baik-baik aje. 

Ambil yang baik-baik aje setiap apa yang aku kongsikan ni, ya! Korang jangan triggered sangat dengan kisah aku ni. Aku sekadar ingin berkongsi dan nak nyatakan yang tiada yang mustahil tentang jodoh ketika travel. 

Oh ya! Tentang pengembaraan di Bromo dan Surabaya? Nanti ada masa aku ceritakan tentang keindahan Bromo dan bumi Surabaya ni, ya! Rajin-rajin singgah kat blog aku ni, ada banyak cerita yang akan aku kongsikan. Stay tune... 😎


#terimakasihsudisinggah


Comments

  1. teringat iklan Air Asia yang free seat tu.. mana tahu jodoh duduk sebelah. hehe..
    kadng2 time travel pun mana tahu ada jodoh orang dari luar. wow =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. kan... Tau2 jodoh dok sebelah. Jodoh tak pernah salah alamat. Eh! Tiberrr 😄😄😄

      Delete
  2. percayalah sahaja ..kalau jodoh tak ke mana-
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh boleh buat skrip untuk drama ni Cinta Di Kaki Gunung Bromo gitu. KSarie doakan yang baik-baik aje untuk Ezzan k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... hahahhaa.... ehhh.. macam best pulak tajuk tu Ksarie.. tapi memang ada angan2 nak dicerpenkan... tapi diskripkan dalam bentuk drama pun macam best jugak, kan... :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap