Tahukah Anda? | 5 Fakta Tentang Buku

Assalamualaikum & hai uols...

Buku. 

Sebut sahaja tentang buku, akan terbentang di fikiran masing-masing objek yang berbentuk segi empat (kebanyakkannnya), yang punya helaian-helaian tertentu sama ada tebal mahupun nipis yang berjilid dengan pelbagai cara dihujungnya. Dicetak dengan menggunakan kertas yang pelbagai jenis dan di dalamnya tercatat pelbagai bentuk tulisan yang kadang diselitkan dengan ilustrasi yang pelbagai warna juga ada ketika hitam putih sahaja. Itu pandangan mereka yang sekadar ambil tahu tentang apa itu buku. 

Tapi ini tidak berlaku pada mereka yang kaki buku atau juga sinonim dengan gelaran ulat buku. Mereka tidak sekadar memandang buku sebagai objek pegun malah mendengar sahaja perkatan buku, sudah cukup dapat menaikkan adrenalin hormon tubuh masing-masing. Tak kiralah pada mereka yang gila membeli atau pada anda yang menjadikan hobi memiliki buku sebagai bahan bacaan atau juga pada kedua-duanya sekali. Yang pasti, buku adalah harta yang paling bernilai buat ulat buku ni. 

Mereka yang gemar membaca ini tidak lokek untuk berbelanja demi untuk memiliki buku yang diidamkan. Ada juga yang sanggup bersengkang mata menghadap naskah yang diminati ini berjam-jam lamanya. Masa dan kos tidak menjadi satu batasan pada mereka asalkan mendapat sesuatu ilmu dan manfaat daripada buku tersebut.

Namun, tahukah anda beberapa fakta menarik tentang buku? 


Aku tertarik dengan info yang aku baca di dalam Majalah iSihat Bil. 115. Antara topik yang dikupas di dalam siri tersebut adalah berkaitan dengan buku dan dunia bacaan. Namun yang lebih menarik untuk aku kongsikan disini adalah info berkaitan sejarah buku itu sendiri. 

Mungkin ada di antara korang yang dah tahu tentang ini, tapi aku yakin dan pasti ada juga yang masih pertama kali tahu tentang fakta sejarah buku ini. Alang-alang aku dah baca dalam majalah ni, apa salahnya untuk aku berkongsi ilmu yang aku dapat ni kan? Sekurang-kurangnya pada mereka yang belum tahu tentang itu dapat info yang bermanfaat daripada bacaan melalui blog aku ni. Iye dak?



Nak tahu 5 fakta best tentang buku? Meh baca kat bawah ni :

1. TAHUKAH ANDA : BUKU PALING MAHAL?

Buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Buku ini dikatakan berharga $30.8 juta. Dan Bill Gates dilaporkan sanggup melabur untuk memiliki buku termahal ni. Apa bestnya buku ni sampai harga mencecah jutaan dollar tu? Dikatakan ini adalah manuskrip asal tulisan tangan yang disusun antara tahun 1506 sehingga 1510 oleh artis juga yang pakar dalam pelbagai bidang Renaissance (kelahiran semula) ). Iaitu waktu menaikkan semula pakar dan cendekiawan yang wujud pada zaman Tamadun Rom dan Tamadun Yunani. Menariknya, manuskrip lama ini terhasil daripada batu bersurat bersalut lilin dan segala apa yang tercatat di dalamnya kesemuanya ditulis menggunakan konsep Tulisan Cermin iaitu tulisan yang ditulis secara dari kanan ke kiri. 

Wow! Menarik, kan? Kalau aku entah bila nak miliki naskah yang mahal cenggini. Dapat beli buku-buku sebulan sekali tu pun dah rasa best sangat. Apatah lagi kalau dapat grab buku termahal camni. Mau tidur peluk buku, rumah pasang CCTV wei.... 😂

2. TAHUKAH ANDA : BUKU PALING TEBAL?

Buku The Complete Miss Marple yang memiliki ketebalan sebanyak 4,032 muka surat dikatakan buku yang paling tebal setakat ini. Bukan setakat tebal sahaja, beratnya juga dikatakan hampir menyamai berat seekor anjing iaitu seberat 8.02 kg. Buku ini adalah gabungan daripada 12 buah novel dan 20 buah cerpen yang ditulis oleh Agathe Christie. Buku ini tulang belakangnya dijahit sendiri dengan tangan yang terdiri daripada 252 pecahan seksyen. Dikatakan masa yang diperuntukkan selama 134 jam yang berkadar kelajuan 30 muka surat sejam diperlukan kalau korang berminat nak baca keseluhan buku ni.

Pergh! Dahsyat tu 4k++ muka surat. Respek la kalau siapa berjaya habiskan baca dalam masa yang ditetapkan. Tapi, aku tertarik dengan penulis buku ni. Dan telah menyebabkan aku mencari info ringkas berkaitan penulis ni. Siapa Agatte Christie ni? Seorang penulis wanita yang berasal daripada England dan kebanyakkan hasil tulisannya adalah bergenre misteri pembunuhan, thriller, penyiasatan dan siri jenayah. Wah wah wah... itu genre favourite tu. Mana nak cari ye buku-buku penulis ni? Aku harap ada dijual di luar sana dengan harga yang berpatutan untuk dimiliki oleh rakyat marhaein macam aku ni... 😅

3. TAHUKAH ANDA : BUKU PALING PANJANG?

Kalau tadi ada buku paling tebal, buku paling panjang pula jatuh pada novel romantis abad ke-17 yang dikarang oleh Madeleine de Scudery dengan tajuk Atarmene or Cyrus the Great. Buku ini dijilid sebanyak 10 buah dimana jumlah keseluruhan muka surat adalah sebanyak 10,000 muka surat dengan 2.1 juta bilangan patah perkataan yang tercetak dalam buku ni.

OMG! Memang panjang jilidnya. Respeklah dengan penulis ni boleh hasilkan berjuta-juta patah perkataan untuk menghasilkan naskahnya. Alahaiii.. aku ni nak menaip 4,000 patah perkataan pun terkial-kial wei...

4. TAHUKAH ANDA : BUKU PERTAMA DICETAK?

Psalm Book atau nama panjangnya The Whole Books Of Psalmes Faithfully Translate into English Metre merupakan buku yang pertama dicetak di US sekitar abad ke-17. Buku ini tidak sekadar buku yang pertama dicetak, malah dikatakan buku paling mahal dilelong pada harga lelongan sebanyak $14.165 Juta pada tahun 2013. Buku ini telah dicetak sebanyak 1700 naskah pada abad ke-17. Malangnya, hanya 11 salinan sahaja yang dikatakan masih lagi wujud buat masa sekarang.

Dah jadi buku rare ni uiii... siapalah yang berjaya miliki 11 naskah buku ni ye? Wow sangat!

5. TAHUKAH ANDA : BUKU PALING KECIL?

Teeny Ted from Turnip Town yang ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin merupakan buku terkecil di dunia dimana ia perlu dibaca menggunakan medium lain iaitu mikroskop elektron! Dicetak setebal 30 muka surat yang berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer dan dicetak oleh abang Malcolm sendiri iaitu Robert menggunakan hublur silikon asli memang sangat halus sehinggakan dikatakan saiznya umpama sehelai rambut manusia. Ohemgie!

Mak aiiii... halus dek non... Siap kena baca guna mikroskop elektron lagi. Jenuh wei. Apapun pasti ada sebab tersendiri buku tu dihasilkan sebegitu kecil. Ada nilai estetiknya tersendiri.

Credit to info asal : Majalah iSihat Bil. 115

Okaylah. Tu antara fakta-fakta yang dapat aku kongsi dengan korang semua berkaitan sejarah buku. Menarik, kan?

Dikesempatan ni, aku nak bagutahu korang kalau boleh, carilah majalah iSihat ni. Banyak info yang korang boleh dapat tau. Semuanya ada kaitan dengan kesihatan kita. Tak hanya kesihatan fizikal, malah mental, sprititual, rohani juga emosi turut dikongsi bersama dalam megazine ni. Best!

Korang ada apa-apa lagi fakta yang nak share dengan aku? Jom tinggalkam komen kat bawah ni bersama dengan link kalau ada. Senang aku nak rujuk. Hobi aku memang membaca dan memburu apa-apa ilmu yang berguna dan boleh memberi manfaat pada diri aku. So, jangan malu-malu share dengan aku, ya!

Nak lagi info-info menarik daripada aku? InShaa Allah ada masa aku akan kongsikan dengan korang kerana hobi aku selain membaca, memang suka menulis. Kalau rasa apa yang aku kongsikan ni menarik dan bermanfaat buat semua, jom follow ehgadismisteri.blogspot. 😊


#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. menarik.. walaupun tak adalah minat membaca sangat but these facts are all new to me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... and it's new for me too.. hehehe.. anyway thanks sudi baca thread ni... ;)

      Delete
  2. Tertarik sangat pada majalah iSihat "baca buku panjang umur" tu hehehhehehe. Thanks sharing info pasal 5 jenis buku yang sangat rare dan special tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... kan.. faktor tu jugaklah saya beli magazine ni plus memang menarik info2 dalam megazine ni.. tapi tulah sekarang ni susah pulak nak nampak majalah ni kat kedai2 tak tau lah wujud lagi ke tak... harap masih ada sebab bagus majalah ilmiah camni...

      Delete
  3. buku yeng hebat hebat semua..

    rasanya..saya sampai matipun tak habis terbaca buku dalam dunia ini..

    baca yang termampu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan... tak apa... yang penting kita tanamkan sifat suka membaca tu pun dah terbaik dah...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap