Travel | Sabah | Pantai Rang Bulan, secantik nama sejernih airnya...

Assalamualaikum & selamat malam guys...

Semangat sungguh aku rasa nak bercerita tentang misi jalan-jalan aku di Sabah ni. Korang pun mesti tak sabar nak baca update aku seterusnya, kan?

Ke mana kita lagi, bah? Masih di Kota Belud. Kali ni aku nak bawa korang jalan-jalan di tepi pantai. Tepi pantai aje? Yup! Korang wajib teruskan membaca tau. Sebabnya, pantai di Kota Belud ni bukan beshe beshe, bak kata bahasa hipster sekarang ni.

Selamat Datang ke Pantai Rang Bulan

Susah nak jumpa pantai yang air sejernih macam kat Pulau. Tapi, di Kota Belud ni aku berani cakap korang boleh jumpa pantai yang sebegitu. Jernih airnya sampai korang boleh nampak batu-batu kat dasar air & anak ikan berenang-renang di tepian. Eh, dah macam nak berpantun pulak aku ni, kan? 😂

Serius wei, mana boleh dapat view pantai yang cantik cenggitu? Tak lain & tak bukan Pantai Rang Bulan. Wah wah wah... nama pantai ni pun dah indah, kan?

Nampak dipasang buoy menandakan had kedalaman untuk mandi manda.

Jarak Pantai Rang Bulan dengan Tempasuk tak jauh mana. Hanya dalam tempoh 30 minit, korang boleh jumpa pantai yang cantik menawan ni.

Misi kami sebenarnya nak cari perkampungan suku kaum Bajau Laut yang berkampung di sekitar Pantai Rang Bulan. Malangnya kami tak jumpa jalan nak ke perkampungan tu. Sedikit frust juga. 😧

Cantiknya, siap ada yacth lagi bersidai tepi Pantai Rang Bulan.

Tapi...

Kami tetap jumpa port cantik untuk mengabadikan gambar-gambar di lensa camera telefon pintar masing-masing. Siap sebut telefon pintar lagi. Motif? Sebab nak bagitahu uols, kesemua gambar-gambar yang aku share dalam blog aku ni semuanya hanya dirakam dengan menggunakan telefon pintar aje. Korang bayangkan, guna telefon pun dah secantik ni gambar, apatah lagi kalau guna gajet-gajet canggih lain termasuk camera DSLR, Go-Pro mahupun drone. Confirm meletop gambar korang.

Tak lupa pada para Igers atau pengguna IG atau Instagram, aku yakin, korang mesti syok nak melaram OOTD korang kat sini. Para utubers atau vlogger or blogger lain pun aku yakin korang suka tempat ni. Alahai... ohsem sangat view kat sini, beb!

Nak masuk ke Pantai Rang Bulan ni sedikit tersorok tempatnya. Silap-silap korang boleh terlepas. Kami sendiri agak confius fikir dah sampai ke belum ni.?Lorong nak masuk ke pantai ni bersekali dengan Restoran Pantai Rang Bulan.

Nampak tak signboard secoet tu? Boleh terlepas beb! 😅

Korang akan lalui chalet-chalet persendirian owner Pantai Rang Bulan ni. Menariknya di pantai ni, owner chalet dah buat lanskap menarik siap-siap. Ada banyak port yang korang boleh gayakan OOTD korang. Macam aku and the geng, setakat bergaya dengan baju basahan aje sebab baju tu memang khas untuk misi kami seterusnya nanti untuk mandi sungai. Terus terjun aje kekdahnya. Kihkihkih 😆😆😆


Cantik landskap kat Pantai Rang Bulan ni.

Walaupun kami tak jumpa perkampungan Bajau Laut tu, tapi aku tetap teruja di sini. Selain dapat merakam gambar-gambar yang best sambil mendengar nyanyian ombak memukul pantai disaksikan hrmbusan bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapu raut wajah, aku juga dapat info tentang chalet di Pantai Rang Bulan ni. Salah seorang pengusaha chalet ni, En Lalim siap cerita serba sedikit tentang pantai ni & aktiviti-aktiviti yang ditawarkan bila korang menginap di chalet Pantai Rang Bulan ni.

Mesti ramai penduduk tempatan yang berkunjung ke sini. So patuhi adab sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budaya kesopanan dan kesusilaan 😘

Banyak juga aktiviti yang korang boleh buat. Sesuai untuk travel dengan family, solo, mahupun dengan travel buddies. Ada banana boat, bola tampar pantai,  pusing pulau, memancing, snorkeling di Pulau Pandan Pandan & Pulau Usukan, dan banyak lagi. Selain tu, ramai juga yang jadikan Pantai Rangbulan ni untuk tapak acara perkahwinan. Ala-ala beach wedding, gitu...

Ni bukan sekadar landskap, malah kat sini ada dinyatakan aktiviti yang boleh dibuat di Pantai Rang Bulan. Menarik, kan?

Boleh minum-minum sambil dibuai dengan irama ombak Pantai Rang Bulan. Feel, seh!

Semua aktiviti ada cajnya yang tersendiri dan pada aku, ia sangat berpatutan dan kena dengan keindahan pantai ni. Tapi kalau setakat nak bergambar, mandi manda, celup-celup kaki kat air laut yang jernih ni, free of charge aje sebabnya ni memang pantai awam. Public bebas keluar masuk asalkan pandai jaga diri & kebersihan pantai. Even ni kawasan public, memang tak jumpa sebutir sampah pun. Pandai pengusaha chalet ni jaga & kekalkan keindahan pantai ni. Respect!

Boleh terus contact no telefen yang ada dalam brochure ni.

Ownernya pun ramah tamah & aku ada baca beberapa review orang ramai yang puji staff di sini baik-baik dan peramah. Keep it up!

Terima kasih Encik Lalim layan borak dengan kami. Memang betullah apa yang depa cakap memang pengusaha & staff di sini baik-baik. So, aku dengan besar hatinya nak recommend pada uols kalau ada perancangan nak menginap di Kota Belud, boleh jadikan chalet di kawasan Pantai Rang Bulan ni sebagai salah satu pilihan penginapan.

Sesi beramah mesra dengan Encik Lalim.

Sempat kami wefie dengan Encik Lalim. Sporting habis.

Aku sendiri dah rasa macam teruja kat sini. Sempat aku google tentang Pulau Pandan Pandan dan Usukan. Mak aiii... cantik wei snorkeling kat situ. Bolehlah lepas ni kalau repeat ke Kota Belud kita ke pulau tu pula dan pastinya nak cuba bermalam di Pantai Rang Bulan ni. Mesti best!
Melayan bebuih ombak yang memutih.

Lepas puas posing sana sini dekat Pantai Rang Bulan ni, kami sempat singgah dekat jeti berhampiran. Sebab masa on the way cari Pantai Rang Bulan ni, sempatlah ternampak jeti ni. So kami ambil peluanglah singgah sat cuci-cuci mata kat jeti ni.

Halamak wei, satu lagi tempat sesuai untuk melaram OOTD... 😇

Berhampiran dengan jeti ni kerja-kerja pembinaan highway Pan Borneo sedang rancak dibuat. So lepas ni memang syoklah boleh guna highway ni aje merentasi Sabah, Sarawak, Brunei & Kalimantan. Banyak lori keluar masuk jalan ni. So korang kena bertabah sikitlah buat sementara waktu ni lalu belakang lori besar-besar.

Walaupun ada kerja pembinaan highway Pan Boneo, tetap tak mencacatkan keindahan pemandangan di sebelahnya.

Dari kejauhan lagi korang dah nampak air laut yang membiru, menghijau, eh.... tetiba rasa macam rabun warna pulak. Actually macam-macam warna ada aku rasa sekitar jeti ni. Yang penting air jernih!

Mana tak confius, nampak warna biru, kadang nampak setompok warna hijau kat tengah-tengah tu. Betoi, dak? 😅

Haaa... dekat sinilah tempat yang aku cakap boleh nampak anak-anak ikan berenang di tepian jeti. Kat sini pun ada banyak port gambar yang menarik. Sama ada korang nak bergambar atas jeti kayu atau atas ban yang diperbuat daripada tanah & batu, pilih aje. Semua bergantung pada korang.

Oh, ya! Melalui info yang aku dapat daripada pengusaha gerai makan berhampiran, jeti ni antara jeti yang boleh digunakan untuk ke Pulau Mantanani. Selain Pulau Mantanani, depa boleh juga bawa korang tengok dolphin. Dolphin? Wow! Menarik gak tu. Macam best aje kan bunyinya. Boleh add lagi dalam tentatif akan datang. Nampaknya macam kena repeat lagilah Kota Belud ni. Banyak lagi yang kena teroka daerah ini. Lepas ni, bolehlah kita sambung Kota Belud-Kudat pula, kan? Manalah tau... Kikiki.😆

Sempat pose tepi atas jeti tepi bot ke Pulau Mantanani.

Tengok daripada susunan dan view jeti ni, aku yakin, kat sini juga port menarik kalau nak tengok sunset. Belum time sunset lagi sekarang pun aku dah rasa cantik nau nau view kat sini. Apatah lagi kalau sunset. Confirm aku jatuh cinta lagi!

Air laut kat jeti ni bukan setakat jernih dan membiru, malah view yang bersetentang dengan jeti juga ohsem sangat! Ada macam kepulauan, teluk, tanjung, bukit-bukit, hijau-hijau. Eh! Baru perasan, aku nampak penempatan bersetentang dengan jeti kat kawasan tanjung. Aku rasa kat situlah perkampungan Bajau Laut tu. Kalau nak ke sana, tak sempat sebab kami mengejar aktiviti yang seterusnya. InShaa Allah. Ada rezeki, macam nak repeat kat sini lagi. Banyak tempat lain kena explore. Memang secret germs betullah Kota Belud ni. Aku suka! 😍
Nampak macam penempatan kat tanjung seberang sana. Apapun air kat sini cantik. Nampak macam ada tompokan coral kat situ.
Tak nampak muka tak apa, janji view kebaboom! 😆

Feel seh!

Nak jugak bergambar tepi ban. Cer zoom-in sikit tang air tu. Jernihnya lahaiii... sampai dasar berbatu pun boleh nampak.

Puas jugalah kami bergambar di sini walaupun mengejar masa. Biarpun dimamah terik mentari, sesi bergambar tetap on... Nak buat camne, dah 'Malaysia was too hot' omputih cakap. Tapi cuaca sebeginilah yang dicari tourist luar, tau! The beautiful Malaysia... proud to be Malaysian😍

Dalam bekejar-kejar tu, sempat lagi kami duduk lepak kat gerai berhampiran pekena segelas dua air kelapa muda sejuk yang segar! Korang boleh bayangkan tak, lepas berpeluh, berpanas berposing bagai, pekena air kelapa muda. Dengan isinya yang lembut, rangup-rangup berjelly, lemak-lemak manis, siap ada ais, perghhh... refreshing rasa badan ni.

Wefie sementara menanti air kelapa muda segar! 😋

Sempat jugalah Acik Saliah, mak kawan aku berbual dengan penduduk tempatan. Rupanya deme orang Perak. Dah berpindah & menetap kat Sabah terus. Dah ada tanah & rumah kat Sabah ni. Wow! Syoknya.... kalau kat Semenanjung nak dapat rumah kemain susah. Apatah lagi tanah. Majoriti tanah pajakan aje yang tinggal kat Semenanjung la ni. Nak jumpa tanah pegangan bebas (freehold) memang payah. Unless kalau kau ada duit lebih, bolehlah dapat sebab mahal yakmat!

Syok juga kalau dah pencen nanti menetap kat Sabah. Lagi-lagi kat Kota Belud ni. Tenang aje rasa. Nampaknya macam nak kena mulakan misi mencari jodoh dengan pemuda Kota Belud ni. Ada yang single  & available lagi, bah? Hahahaha.😄

Salah satu single way bridge kat Sabah. Means korang kena stop dulu kalau nampak kereta lalu dari arah bertentangan.
Pemandangan atas jambatan tadi. Rasa yang ni pun boleh jadi perkampungan Bajau Laut tu. Tengok dari dalam kereta ajelah. Mana tahu ada rezeki kita datang lagi sini, bah... 😄

Bergambar sudah, berbual pun beres, minum santai-santai pun done. Apalagi, kena pantas teruskan perjalanan. Sebab ada lagi misi yang masih belum selesai lagi. Ke mana pula tu ye? Macam yang aku cakap awal-awal tadi, nak mandi sungai. So, apa lagi, moh la kite berangkat dulu. Korang jangan lepaskan peluang tau ikut blog aku rapat-rapat. Confirm aku akan janjikan lagi tempat-tempat menarik beserta dengan info & tips yang best-best. Stay tune...😉


Credit : Beberapa photo dari my buddies .

Baca juga :

Tempasuk & Ais Krim Gula Apong Kota Belud


#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Ezzan.....cantiknya semua gambar kat sini. Kalau dalam gambar dah cantik macam ni dah tentu la real view lagi superb kan. Ezzan kalau nak pergi lagi nanti ajak la KSarie ni ha hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... dah tentu lagi superb ksarie kalau tengok yang real... nak repeat tempat yang sama mungkin fikir banyak kali sebab libatkan kos... hehehe.. tapi tak ada yang tak mungkin dalam dunia ni, kan...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap