Travel | Sabah | One Day Trip | Mantanani Island

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu guys!

Agak lama tiada sebarang cacatan dalam blog aku ni kan? Mesti korang semua rindu & tertunggu-tunggu sebarang khabar dari aku. Hahaha. Perasan nau, kan? Untuk mengubat kerinduan korang semua, kali ni aku akan share satu trip yang best punya! Confirm korang pun teruja nak ke situ lepas baca thread aku ni.

Aku nak bawa korang semua jelajah satu pulau yang di salah satu kepulauan Borneo. Ramai orang Malaysia yang kurang tahu sangat tentang pulau ni. Tapi, untuk pengetahuan korang, pulau ni memang jadi tumpuan pelancong asing, tau!

Ke mana kita kali ni? Jeng jeng jeng....

Permatang pasir di Pulau Mantanani

Cantik tak? Nilah dia Pulau Mantanani. Terletak di Kota Belud, Sabah. Walaupun Sabah memang terkenal dengan pelbagai pulau yang menawan kalbu, namun Pulau Mantanani punya tarikannya yang tersendiri.

Pulau ini juga dikenali dengan nama Mermaid Island. Aku tak pasti kenapa ada nama mermaid di situ. Tapi, apa yang pasti memang ada dugong di pulau ini. So salah satu tarikan pulau ni dah semestinya melihat dugong yang berenang-renang di perairan kepulauan ni. Tapi biasanya yang ni nasib-nasib je. Kalau jumpa tu kira satu pengalaman yang ajaiblah! Selalu yang boleh jumpa hanya mereka yang berminat dengan sukan scuba. Kalau setakat snorkeling ni memang tak jumpalah. Dugong kan mamalia pemalu macam iols... Hehehe.

Cantik ke idok Pulau Mantanani ni? 

Kalau korang nak tau, Pulau Mantanani ni memang menjadi tumpuan para peminat scuba diving. Mana taknya, selain dapat melihat Cik Dugong yang sememangnya terkenal dengan sifat malu, para penyelam ni juga berpeluang melihat hidupan marin lain yang cantik-cantik termasuk penyu.

Paling menjadi igauan para divers ni, adalah pengalaman menyelam di tapak kapal karam yang berada dalam perut perairan pulau ini. Difahamkan, ada 3 kapal Jepun yang karam di dalam perairan ini semasa Perang Dunia ke-2 sekitar tahun 1940-an. Dan port kapal-kapal yang karam tu memang menjanjikan satu keindahan dasar laut dan sebagai tukun-tukun yang menjadi tumpuan hidupan marin termasuk batu karang yang cantik-cantik. 

Coral & Nemo @ Pulau Mantanani

Nemo berenang-renang @ Mantanani Island

Tapi, untuk pergi ke kapal karam tu bukan semudah yang disangka. Hanya mereka yang punyai lesen menyelam scuba sahaja yang boleh sampai ke situ. Benda yang cantik ni memang susah nak gapai, kan?

Bagi korang yang tak ada lesen scuba ni, jangan risau. Korang masih lagi berpeluang untuk cuba aktiviti snorkeling kat sini. Macam kami ni, mana ada lesen. So, memang snorkelinglah pilihan yang ada. Itupun dah cukup happy. Confirm menjanjikan pengalaman yang sukar nak digambar dengan kata-kata. Eceehhhh....😆

Cute nemo @ Pulau Mantanani

Satu lagi tarikan Pulau Mantanani ni adalah menjadi lokasi Blue Ice. Apa tu? Plankton yang kebiru-biruan pada waktu malam. Memandangkan trip kami cuma day trip aje, memang tak dapatlah aku nak tunjukkan gambar Blue Ice Plankton yang aku snap sendiri. Maybe akan ditimbang-timbangkan untuk trip akan datang... hurm...

Eh.. nak cerita tentang Pulau Mantanani ni memang panjang. So, kalau korang nak tau lebih detail lagi tentang Pulau Mantanani ni korang boleh je search kat En Google. Banyak info menarik korang boleh tau tentang pulau ni. Ataupun aku bagi link kat sini. Korang boleh baca info dalam ni Info Pulau Mantanani .

Geramnya temgok nemo ni & coral ni @ Pulau Mantanani

Kita sambung cite pengalaman aku ke Pulau Mantanani ni. Aku dan travel buddies aku bertolak daripada Api-Api Service Apartment, Kota Kinabalu seawal jam 7.15 pagi. Ada banyak jeti korang boleh tuju kalau nak ke Pulau Mantanani ni. Korang boleh naik dari jeti di Kota Kinabalu atau dari jeti Kota Belud. Kami memilih naik dari jeti di Kota Belud memandangkan lebih dekat dan kos juga lebih murah. Al-maklumlah percutian budgetlah katakan. Hehehe...

Di Kota Belud juga ada beberapa jeti yang boleh menghubungkan ke Pulau Mantanani. Untuk pakej yang kami dapat ni, kami akan bergerak dari Jeti Rampayan Laut.

Laluan ke Jeti Rampayan Laut

Perjalanan daripada penginapan kami di Kota Kinabalu ke Jeti Rampayan Laut ni memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami perlu sampai ke Jeti  Rampayan Laut sebelum jam 9.30 pagi. Sempat kami singgah ke homestay di Tempasuk Homestay untuk check-in beg-beg yang kami bawa. Yelah, selamat sikit daripada biarkan beg seharian dalam kereta. Mujur boleh check-in awal.

Selesai sahaja urusan check-in, terus bergerak ke Jeti Rampayan Laut. Lebih kurang jam 9.15 pagi kami tiba di jeti. Sampai-sampai aje kena daftar di kaunter yang disediakan. Ini untuk tujuan keselamatan. Untuk tahu daftar keluar masuk mereka yang akan ke Pulau Mantanani. 

Sempatlah bergambar di sekitar kawasan jeti sementara menunggu pelancong lain tiba. Awal rupanya kami sampai. Semangat punya pasallah katakan. Hehehe.

View Jeti Rampayan Laut

Dalam jam 9.45 pagi baru nampak ketibaan ramai pelancong lain. And guess what? Dalam 40 lebih orang yang satu bot dengan kami, nampaknya memang boleh dikira pelancong dalam Malaysia. Yang lain semua pelancong luar. Kebanyakan dari Korea dan China. Ber'oppa' 'unnie' lah kami gamaknya ni. Layan ajelah...

Pengembaraan bermula!

Memandangkan kami satu-satunya group pelancong  gegadis daripada Semenanjung, guider kami, En Lilitz bagi kami masuk dulu dan bagi tips kat kami suruh kami duduk seat yang paling belakang. Sebabnya nak elak lantunan yang teruk akibat membelah ombak masa dalam perjalanan meredah Laut China Selatan nanti. 

Fuh! Kami harus berterima kasih dengan En Lilitz. Memang betul. Tempat yang kami ambil ni memang sangat strategik. Rileks je kami menghayati perjalanan meredah laut lepas dengan angin laut China Selatan menyapu wajah. Siapa yang duduk depan or tengah tu memang melantun-lantun teruk. Boleh jatuh peranakan weiii... Kikiki...

Kampung Rampayan Laut

Cantik, kan? 

Apa yang bestnya naik melalui Jeti Rampayan Laut ni, korang didedahkan dengan pemandangan hutan bakau di kiri kanan tebing Sungai Kawang-kawang. Selain itu, korang akan lalui perkampungan Rampayan Laut di tebing Sungai Kawang-kawang sebelum meredah laut lepas. Kira 2 in 1. Dapat tengok laut, dapat cruise dekat sungai. Sepanjang merentasi kawasan sungai ni bot memang bergerak slow & steady. Tujuannya nak korang hayati keindahan alam hutan bakau & perkampungan di sekitar tebing sungai. Memang best!


Hutan bakau disepanjang Sungai Kawang-kawang

Bot akan mula menambahkan kelajuan bila dah mula redah laut lepas. Aku terpukau dengan keindahan prmandangan sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Mantanani. Lensa kamera aku tak pernah kenal erti penat untuk merakam spot yang menarik. Kebiruan air Laut China Selatan begitu mempesonakan dan memberi kedamaian. Geram aje tengok air yang membiru mengiringi sepanjang-panjang perjalanan. Subhanallah! Cantiknya... 

Cantik.... tapi tak mudah nak ambil gambar dengan bot melantun-lantun dekat sini.

Perjalanan dari jeti Rampayan Laut ke Pulau Mantanani ambil masa hampir 1 jam. Nampak macam lama tapi aku tak rasa masa perjalanan terlalu perlahan. Pukauan keindahan Laut China Selatan menenggelamkan aku bersama putaran masa. Lagi-lagi bila dah sampai ke Pulau Mantanani tu, korang akan menyaksikan bagaimana air biru indigo berubah ke warna biru torquise. Cantiknya! Tahu-tahu aje dah sampai. 
Air dia tu... biru torquise 😍

Port pertama adalah pasir memutih yang bagaikan permatang panjang di Pulau Mantanani. Di situ, kami diberi masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk bergambar. Mula-mula ingat bot tak boleh cecah tebing pantai. Rupanya bot diparkir hingga santak ke gigi air. Wah! Dahsyat. Tak sangkut enjin. 

Memandangkan bot yang dinaiki besar dan tinggi, khidmat turun menggunakan tangga memang diperlukan. Ingat mudah? Ceq gayat wei... dengan tangga yang dipacak menegak 75°, sesekali perlahan-lahan ditarik ombak yang memukul sang pantai memang sangat mencabar terutama bagi aku yang takut pada ketinggian ni.  Tapi tak perlu takut, abang-abang yang escort korang akan memastikan keselamatan korang terjamin. Paling tidak pun jatuh dalam air jernih membiru tu ataupun bedebuk atas pasir memutih aje... Hahaha. 

Tangga dia tu pegang cenggitu aje... 😅

Time ni memang rasa 15 minit tu berlalu cukup laju. Sempatlah ambil gambar beberapa keping & buat aksi lompat dekat tepi pantai. Masa ni matahari tengah terpacak tegak atas kepala. Memanglah sampai jam 11 pagi. Tapi kalau kat Sabah 11pagi tu macam 12 or 1 tengahari beb. Memang kalau tak pakai sunblok habis terbakar kulit. Aku yang pakai ni pun hitam gak. Kikiki. 
Kemain syok bergambar tengah panas. Tengok bayang pun tau.


Cukup je masa, depa panggil naik balik atas bot. Nak naik pun seksa gak ni. Gayat. Nak naik tu depa suruh celup kaki dalam sebaldi air. Kira nak elak bot depa dipenuhi pasir-pasir yang korang heret sekali bawa naik bot. 

Perjalanan diteruskan ke satu kawasan tepi pantai. Kat sini nanti akan ada satu port untuk korang tukar baju or simpan beg or barang-barang berharga korang dalam satu locker. Memandangkan locker berbayar, jadi kami hanya tinggalkan satu beg yang dah kumpul barang berharga untuk disimpan di dalam locker. Beg yang lain kami letak aje dekat pondok @ gazebo yang dah disediakan di situ. Dalam erti kata lain kira cop tempatlah. Hihihi.

Di sini jugalah nanti tempat korang lepak untuk lunch nanti. Ada disediakan juga kemudahan lain seperti toilet & bilik mandi. Ada juga canoe mungkin kalau sesiapa yang tak nak snorkeling boleh buat aktiviti lain. 
Tulah rupa gazebo yang aku cakap tu.

Memandangkan kami dah memang daripada awal dah sedia berpakaian untuk snorkeling, kami cuma lepak-lepak bergambar di sekitar sementara tunggu yang lain tukar baju untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu. Snorkeling time!

Apabila semua dah sedia, kami dibawa untuk ke port snorkeling. Bro Lilitz tawarkan kami untuk ambil gambar guna GoPro. Tawar punya tawar, dapatlah kami harga yang berpatutan. Kira oklah harga yang ditawarkan tu. Kami diberi gelang getah kuning yang perlu dipakai menandakan mereka yang pegang GoPro kena ambil gambar kami dalam air semasa snorkeling nanti. 

Kali ni nak naik bot dah tak perlu tangga tinggi-tinggi lagi. Memang kaki celup air ajelah. Yelah. Masing-masing dah tukar ke pakaian basah, kan?
Snorkleling time! Tengah panas, beb! 😂

Semasa di dalam bot, set snorkeling mula diagihkan. Penerangan ringkas dibuat cara-cara memakai jaket keselamatan dengan betul, cara-cara mengenakan peralatan snorkeling, dan diberitahu info keselamatan semasa di dalam air. Kami mendapat makluman awal akan ada 2 point snorkeling. 

Sampailah kami di port yang pertama. Berlatar belakangkan kepulauan kecil yang berdaun rimbun menghijau. Kami diberi masa 25 minit snorkeling. 
Point 1 Snorkeling @ Mantanani Island

Memandangkan kami dah hire cameraman, so memang tak ada masalahlah bergambar dalam air. Kami cuma perlu buat aksi sahaja. Hehhee. Kalau ikutkan, port yang pertama ni air sedikit keruh.  Tapi tetap nampak ikan warna warni . Rupa-rupanya kami dah melepasi had snorkeling yang dibenarkan. Jauh kami dibawa semata-mata nak ambil port cantik bila bergambar. Jenuh kami terkial-kial berenang semula dekat dengan bot. Kikiki. 
Kawasan ni dah macam area kapal karam pulak. 😅

Then cukup 25 minit, kami naik semula ke bot dan dibawa ke spot yang terakhir untuk snorkeling. Kali ni pemandangan memang ohsem. Berlatar belakangkan batuan pulau. Air kat port yang kedua ni memnag jernih. Baru nampak dengan jelas ikan-ikan yang comel berenang-renang bermain-main depan mata. Even time tu tengah panas terik. Tak silap aku jam 1 tengahari. Hambek kau. Memang terbakarlah kulit. 

Nampak tak air jernih sampai nampak coral kat bawah tu.



Ada beza kan Point 1 & 2. Point 2 lebih jernih.

Tapi disebabkan syok sangat tengok ikan berenang dengan umpan roti, dengan batu karang even ada batu karang yang dah mati tapi menarik juga nak tengok situ. Dengan teruja bergambar dalam air sambil tengok aksi cameraman berenang terlangkup terlentang dalam air semata-mata nak ambil gambar kami, kadang nampak dah macam mermaidman dah aku tengok depa ni. Aku rasa bukan jumpa mermaid. Depa ni yang berenang menyelam bagaikan mermaid. Syok betul tengok. Jeles ai dengan orang yang pandai berenang ni. Huhu. 

Nampak tak skill & efford cameraman kami ambil gambar terbaik untuk kami. Macam gambar dalam cermin. Terbaiklah uols!

Cukup time, kami kena naik bot semula & kembali balik ke gazebo kami. Sampai-sampai aje di pantai, Bro Lilitz bagitahu terus pergi makan. Lepas makan baru tukar baju. Nanti takut makanan habis. 

Lepas penat mandi memang perut dah mula lapar. Lunch di sini dijamu dengan limpahan seafood. Pada mereka yang berdiet, kau lupakanlah aje diet tu. Rugi wei... pakej termasuk lunch. Tak makan memang rugi. Mana taknya, pinggan kau penuh dengan aneka lauk. Seafood pulak tu. Sedap beb!

Makan time!

Dengan ketam sekor, udang 3 ketul saiz sederhana, sotong 2 ketul, abalone, kepak ayam, ikan goreng, aneka sayur. Ehh... memang tenggelam nasi. Hahaha. Dah tak nampak nasi dalam pinggan tu. Dan 1st time makan abalone rebus. Rasa kenyal-kenyal. Tapi sedap! 

Puas hati, beb! Kenyang perut, hati banyak happy...
Luncheon @ Mantanani Island

Lepas makan memang kena bersiap-siap cepat mandi & tukar baju. So pandai-pandailah korang susun time nak mandi tu sebab memang kena beratur panjang. 

Jam 3.15 petang mula bergerak balik ke Jeti Rampayan Laut. Kali ni depa yang lain dah pandai. Depa cop seat paling belakang tempat kami tadi. Mujur kami still dapat tempat yang ok lagi. 



Jam lebih kurang 4 petang, kami tiba di jeti Rampayan Laut. Dan Alhamdulillah... misi snorkeling kami berjalan dengan jayanya. 

Berapa kos untuk day trip ke Pulau Mantanani ni? Syukur kami dapat harga yang sangat berpatutan. Hanya RM180 all in seorang. Bot pergi balik, set alat snorkeling, lunch with seafood melimpah. Pada aku dah murah sangat tu sebab untuk tahun ni aku ada survey itu yang paling murah. Rata-rata dorang tawarkan pakej day trip ke Pulau Mantanani kebanyakkannya RM200++. Pada mereka yang nak dapat pakej day trip ke Pulau Mantanani murah macam aku, boleh contact PIC kat page ni Pakej Pulau Mantanani Murah .

Bye Mantanani Island 👋

Jangan lupa guys masukkan Pulau Mantanani ni dalam iti kalau korang ke Kota Belud. Berbaloi-baloi...

Meh belanja sikit video :



Lepas ni ke mana kita? Nak tau tempat makan Ais Krim Gula Apong yang best? Nantikan thread akan datang. Jangan lupa follow blog ehgadismisteri.blogspot ni rapat-rapat ok.... banyak lagi yang aku nak kongsi. Stay tune! 

#terimakasihsudisinggah



Comments

  1. Thanks Ezzan sudi share cerita sesi berjimbaan ke Pulau Mantanani ni. Details sangat info. Senang nak buat rujukan. Dah la bahasa novelis, puitis sangat ni. Ezzan ni kalau rajin update blog selalu memang boleh jadi travel blogger yang berjaya. In sya Allah boleh je kolaborasi dengan tourism Malaysia, etc. Keep on updating your blog all the time yar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tetiba aje keluar bahasa puitis cenggitu... layanzzzz... Aamiin... mudah2an boleh jadi travel blogger suatu hari nanti.. mana tau ada rezeki ke kan? Lagi2 kalau dapat kolab dengan tourism Malaysia... syukur sangat... tq kak sarie bagi support...😍

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Review Drama : Kampung People, Drama Melayu Best!