Sembang Santai, EH!

Assalamualaikum & Salam Cinta...

Fuh... dah berbulan-bulan aku meninggalkan dunia blog ni. Banyak kali aku dapat teguran daripada kawan-kawan blog bertanyakan update terkini blog aku. Apa cer? Aku? Sengih aje la. Ate? Nak jawab apa? Memang salah aku sebab dok biar lelabah menjalankan kerja-kerjanya. Nasib labah-labah belum sempat habis nak buat sawang. Kihkihkih. 

Kali ni tiba-tiba aku rasa nak perkenalkan diri aku sebagai seorang penulis. Penulis? Dah ada buku ke? Guna nama pena apa? Itulah antara soalan-soalan cliche yang biasa aku dapat kalau sesiapa yang tak kenal aku. Lagi-lagi bila datang bengkel penulisan yang dihadiri oleh otai-otai yang dah bertahun-tahun malah ada yang dah berpuluh tahun menceburkan diri dalam bidang penulisan. Masa ni aku rasa tersangat kecil aku dalam kelompok mereka. Namun aku tetap nak serlahkan diri aku untuk perkenalkan diri aku sebagai penulis baru.

Diam tak diam, dah ada 4 'baby'... Alhamdulillah

Yes! Itu dinamakan 'marketing branding strategy'. Sebab aku tahu, daripada situ aku akan dapat banyak ilmu dan mereka (penulis itu) berpotensi untuk menjadi pembaca karya aku. Biasanya penulis hobinya membaca. Dan untuk merealisasikan hobi mereka, mereka perlu pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan lagi penulisan mereka. Jarang yang ada penulis yang tidak gemar membaca. Walaupun ada, namun peratus mereka sangat minima. Dan mereka berpotensi untuk jadi prospek aku dalam memperkenalkan karya sekaligus diri aku sebagai seorang penulis.

Sebagai seorang penulis yang baru, lagi-lagi yang bermula dengan hanya senaskah cerpen, ianya agak sukar dikenali. Teramat sangat! Penulis cerpen bukan seperti penulis novel lagi-lagi yang telah menghasilkan pelbagai novel yang meletop. Penulis cerpen perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mempromosikan karya-karya mereka. Ini kerana statistik menunjukkan ramai pembaca di luar lebih cenderung untuk membaca novel berbanding cerpen. Itu akui sendiri kerana aku juga pada awalnya kurang gemar meneroka sesebuah cerpen. Aku lebih gemar membaca novel. Lebih puas. 

Namun, aku akui, banyak cerpen-cerpen yang punyai nilai dan kualiti yang tinggi daripada pelbagai sudut dan perspektif. Biasanya, pembaca cerpen adalah di kalangan mereka yang benar-benar 'ulat buku'. Yang membaca segala bentuk bahan bacaan. Tidak kira kategori atau genre. Asal boleh baca, mereka pasti akan beli atau dapatkan. 

Dan itu aku akui. Kerana aku kini dah alami tahap sebegini. Asal mana-mana yang boleh dibaca dan menarik minat aku, pasti aku akan beli. Antara sebabnya adalah bagi memantapkan lagi karya aku agar dapat setanding dengan karya-karya agung lain. Wow! Besar betul angan-angan aku, kan? Pada aku tak salah. Untuk menjadi seorang yang maju daripada pelbagai segi, kita kenalah rajin menyemai angan-angan. Kerana orang yang berjaya adalah bermula daripada angan-angan. Namun bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Daripada angan-angan akan terbit impian dan daripada impian akan bertukar menjadi satu kejayaan. Yang penting daya usaha dan semangat yang jitu dalam merealisasikan sebuah impian. Fighting!

Dan dengan ini, salam perkenalan daripada si penulis yang menggunakan nama pena, Ezzan Haqis untuk karya-karya fiksyen dan dikenali sebagai Norkhaizan Haqis AR bagi karya non-fiksyen. Mengapa aku menggunakan nama yang berbeza? Kehendak kategori buku itu sendiri. Ini adalah bagi membezakan bentuk buku yang dikeluarkan di pasaran. Kerana, setiap kategori buku dan genre buku ada peminatnya yang tersendiri. Ini bagi mengelakkan kekeliruan untuk peminat sesuatu genre atau kategori buku. 

Tapi aku tidak risau sangat, sebabnya itu memang sebahagian daripada nama aku. Actually aku lebih dikenali dengan nama Ezzan Haqis. Semua akaun media sosial aku menggunakan nama itu. Mudah. Senang diingati dan ada pembaca dan penyokong karya aku minta untuk aku maintain nama pena Ezzan Haqis, katanya nama itu agak unik dan ada nilai komersil. Wow! Bukan aku yang cakap tau, penyokong tegar aku yang cakap. So demi menghargai mereka, aku menggunakan nama itu walau di mana sahaja. Termasuk dalam nama blog ni 'ehgadismisteri.blogspot'. Dua huruf 'E' dan 'H' itu membawa maksud untuk pangkal nama Ezzan Haqis.

DIY cenderahati  yang dibuat khas buat pembaca setia.

Oh, ya! sebelum aku sambung kisah si penulis EH ni dalam thread akan datang, dengan rendah dirinya aku hendak maklumkan, sudi-sudilah dapatkan keempat-empat buku di mana setiap satunya ada terselit karya aku di situ. Karya dan buku-buku yang aku maksudkan adalah :

  • Cahaya Cinta Ramadan dalam Antologi Cerpen KELIP_KELIP KUSANGKA API, terbitan JS Adiwarna (Jemari Seni), fiksyen (genre kekeluargaan)
  • Revolusi Aurora 1.0 dalam TRI Antologi Cerpen Sains Fiksyen Adiwarna3, terbitan JS Adiwarna (Jemari Seni), fiksyen (genre sci-fi)
  • Dandelion Terakhir dalam SETULUS JANJI Komplot Cerpen Umie Nadzimah, terbitan Paluan Seni, fiksyen (genre cinta)
  • Sunnah, Pengikat Cinta Kekasih Halal dalam Kumpulan Artikel Motivasi KITA BERKAHWIN UNTUK APA?, terbitan KTR Press, non-fiksyen (motivasi)
Halo-halo je aku untuk dapatkan buku-buku ni ye. Dekat kedai ada ke? Semua buku-buku ni ada di kedai-kedai buku kecuali buku SETULUS JANJI. Buku setulus janji Limited Edition. Dijual secara online dan sangat terhad. 

Ada beza ke beli di kedai berbanding beli sendiri dengan aku? Eh......Mestilah ada. Bagi mereka yang membeli terus dengan aku, akan dapat tandatangan aku (selalunya pembaca setia memang nak yang ni kan? Kan? Kan?😁) Dapat apa lagi? InShaa Allah akan dapat sedikit sourvenir kalau bernasib baik, dapat gift daripada oversea, tau! Biasa kalau aku baru lepas balik dari aktiviti travelling, pembeli akan dapat gift ni. Tapi tersangat limited. Siapa cepat dia dapat. Hehehe. Ini sebagai tanda penghargaan buat pembaca. Suka tak? Dan... ada promosi untuk certain-certain bulan tau. So, keep follow blog aku ni ye untuk dapatkan promosi hebat buku-buku aku tu.

Comel tak? Gift dari Ausie & NZ... kita tengok siapa yang kena....

Pst..pst.. ada promosi sehingga hujung bulan Oktober ni, tau! Nak tau apa dia? Aku akan sambung dekat thread lain nanti. Jangan lupa tekan butang FOLLOW , okay! Hingga bertemu lagi, daaa... 😻



Comments

  1. Finally...sekian lama menunggu ada juga akhirnya update daripada penulis yang sangat sibuk nih. Jangan lupa tau bagi ksarie souvenir bila hantar buku-buku ezzan nanti hehehehehehe. Keep on writing yar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semestinya kak sarie..harussss ada... InShaa Allah... ksarie... sy dah seronok dgn dunia penulisan ni.. memang akan teruskan selagi diberi kesempatan idea & kemampuan.. thanks ya 😊

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap