Review Buku : I LET YOU GO

Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu Gais!

Dah berminggu-minggu aku asyik tayang resepi aje kan? Sesekali kenalah juga share benda yang menjadi hobi utama aku. Membaca!

Ya, untuk kali ni, aku nak review sikit novel English yang sempat aku baca untuk tahun ni. Kalau ikutkan ni novel yang ke-20 aku berjaya habiskan. Haduuu... agak sedikit lembab graf pembacaan aku tahun ni. Target 50 buku setahun tak pastilah dapat capai target ke tak.

Jarang-jarang sekali aku review buku omputih kan? Kenapa kali ni aku ter'rajin' nak review? Sebab buku ni serius best!

Sebelum tu, aku just nak share dengan korang mana aku beli buku ni. Aku beli secara online melalui BookXcess. Asalnya nak cari buku-buku ilmiah berkaitan mental illness. Tapi ter'usyar' pulak novel yang best kat katalog BookXcess ni. Apalagi, lajulah tangan aku klik masuk bakul. Then terpilih, and finally ter'bayar'lah.

Aku beli 6 buah novel english. Haaa... 6 buah novel ok... ada korang nampak buku ilmiah? Hahahaha. Ok. Abaikan tentang tu. Sambung balik tentang beli buku. 

Seperti biasa, kalau buku english ni, aku lebih tertarik dengan buku ala-ala penyiasatan, criminal, thriller & misteri berbanding buku cinta. Aku tak bolah hadam sangat baca buku english romance. Rasa cam bawah umur pulak. Korang yang biasa baca buku englsih mesti faham apa yang aku nak sampaikan, kan? Hahaha.

Ada beberapa tajuk yang menarik minat aku dan antaranya buku nilah. I Let You Go oleh penulis Clare Mackintosh.

Ini pertama kali aku baca penulisan penulis ni. Dan boleh aku simpulkan aku suka. Aku kagum dengan gaya penulis ini menggabungkan POV1 & POV3. Namun ianya sangat kemas dan teratur. Tak perlu nyatakan pada heading siapa yang berbicara atau apakah plot ketika itu sedang flashback atau situasi semasa.

Banyak aku belajar teknik penulisan melalui buku karya Clare Mackintosh ni. Dan paling aku kagum bila baca biodata penulis, beliau merupakan anggota polis yang telah berkhidmat hampir 12 tahun sebagai anggota di England dan telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku. Patutlah scene polis yang diceritakan nampak sangat real!

Aku baca juga komen-komen daripada penulis lain termasuklah penulis no 1 New York Times Best Selling untuk karya The Girl On The Train, iaitu Paula Hawkins. Di mana Paula puji cara twist dalam novel ni. Aku tak nafikan kerana plot twist tulah aku jatuh suka dengan buku ni.

Dari segi pengolahan watak, penulis berjaya hasilkan dialog dan penceritaan yang sangat natural. Hinggakan aku membayangkan tengah tengok movie objek yang bergerak. Tetiba aku rasa macam lancar pulak bahasa omputihku. Hahaha.

Mana-mana scene yang bergerak laju, korang akan lontarkan bacaan dialog dengan laju dan mana-mana scene yang bergerak perlahan akan jadi macam mana-mana movie omputih. Even perlahan tapi korang still nak tau apa yang jadi lepas tu dan seterusnya. Alaa... aku tak pandai nak explain tapi tu yang aku nampak setiap kali tengok movie english. Bak kata mak aku, "Banyak bercakap!". Bercakap yang terlalu santai, maksud aku. Tapi masih seronok untuk korang teruskan bacaan.

Satu lagi apa yang best, cerita ni hampir 60% adalah mengisahkan tentang isu langgar lari. Dan diolah oleh pengarang sampai korang tak akan lupa subjek utama yang nak diketengahkan iaitu langgar lari. Walaupun macam-macam plot tambahan lain yang ditokok tambah macam kehidupan pegawai polis yang menyiasat kes tu iaitu Ray dan Meg isterinya juga teman sekerjanya Kate. Juga kisah kehidupan berkaitan Jenna, watak utama novel ni, tapi tetap tak lari daripada subjek sebenar iaitu langgar lari.

Elemen tambahan yang pada aku tak kurang menariknya bila ada scene soal siasat ke atas tahanan suspek langgar lari, sebutan kes dan perbicaraan di mahkamah, korang akan rasa macam time tu korang yang jadi pegawai penyiasat & penguambela yang kendalikan kes. Korang turut sama beremosi bila tertuduh tak menjawab setiap persoalan. Hahahah.

Nak pecah rahsia juga ni. Jarang aku menangis bila baca novel omputih. Tapi penulis telah berjaya buatkan air mata aku gugur. Terutama part kisah hisup Jenna yang penuh derita. I can feel you, Jenna. 😭 Tentang apa tu? Korang dapatkanlah buku ni, dan feel sendiri bagaimana rasa yang aku rasa ni.

Pada mereka yang sukakan novel kehidupan bercorak criminal, bolehlah dapatkan novel I Let You Go. Kalau beli kat BookXcess tak mahal pun, tak silap aku RM18.90  boleh dapat novel ni. Buku baru, beb!


INFO BUKU


Book : I Let You Go


Tajuk :  I Let You Go



Penulis : Clare Mackintosh



Terbitan : Berkley



Halaman : 388 m/s



Harga : 16 USD 



SINOPSIS BUKU

I Let You Go mengisahkan tentang Jenna Grey yang berpindah di kawasan perumahan baru kerana cuba untuk mencari ketenangan bagi melupakan segala kenangan yang berkaitan dengan insiden kemalanngan kereta yang sentiasa menghantui hidupnya. Dia terlalu terdesak untuk memulihkan ingatannya terhadap kehilangan anaknya dan segala hal penderitaan dalam hidupnya. Dengan harapan perpindahan di tempat baru itu dapat memberinya nafas untuk memulakan kehidupan baru.

Dalam masa yang sama, buku ini menceritakan berkaitan 2 orang polis Bristol iaitu Ray & Kate yang berusaha bertungkus lumus menyelesaikan kes kemalangan langgar lari kanak-kanak lelaki. Kes memakan masa hampir setahun sukar untuk menemui titik noktah kerana tiada sebarang petunjuk atau saksi yang dapat memberikan keterangan dengan tepat.

Dapatkah Jenna melupakan detik-detik kemalangan dan kehilangan anaknya? Berjayakah Ray & Kate menemui pesalah bagi kes langgar lari kanak-kanak lelaki itu? Segalanya akan terjawab diakhir novel I Let You Go ini.



RATING BY ME :      4/5 STAR (😄😄😄😄)

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. nice, boleh cuba cari nanti....tapi genre kita selalu berubah ikut umur kan, haha..dulu2 saya suka baca romance2 ni..sekarang sorry la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli secara online di BookXcess... untuk english book saya memang lebih prefer buku2 thriller or criminal berbanding romance.. hehehhe.. trylah cari & baca.. best!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap