Resepi : Cucur Udang Geragau Sedap

Assalamualaikum & Selamat Petang Semua!

Hujung minggu ni, bila dah tak apa apa nak buat, mulalah mulut rasa nak mengunyah kudap-kudap. Haishhh... tu yang susah nak diet tu. Asyik nak mengunyah aje 24 jam. Sigh. 😧

Korang buat apa tu untuk minum petang? Aku macam biasalah. Buka peti sejuk, tengok apa ada dalam peti, tengok dapur, perhati apa ada kat dapur. Then, nampaklah udang geragau dalam peti ais. Ni kalau buat jemput-jemput or orang utara cakap cucur ataupun bahasa hipsternya welcome-welcome udang geragau memang terangkat ni. 😋

Tengok bahan yang ada kat dapur pun dah cukup lengkap, maka bermulalah projek buat jemput-jemput udang geragau.

Cucur Udang Geragau

Kalau orang Melaka, dorang lebih suka panggil cekodok udang geragau. Biasa memang terkenal dekat Melaka. Last sekali aku makan masa pergi Kelebang ritu. Kat area Cocunut Shake Kelebang ada jual cucur udang geragau ni. Boleh tahan sedap jugak.

Kali ni semua bahan ada, apa lagi, terhasillah cucur udang geragau versi EH! ( versi aku ler tuuuu) yang membuka selera petang-petang Ahad ni. Jom kita tengok resepinya.

CUCUR UDANG GERAGAU


Bahan-bahan :

3 genggam udang geragau kering (dibasuh dan dibersihkan)
1 genggam ikan bilis (dibersihkan & dikerat kecil)
1 biji bawang besar (aku tambah 2 biji lagi bawang kecil)
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil baking powder
2 cawan air biasa atau secukupnya
1/3 cawan air panas
Garam secukupnya

Cara-cara :

1.   Campur semua bahan kecuali air. Kacau rata.

2. Masukkan air biasa sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang sesuai.

3.  Masukkan air panas. Biar seketika supaya serbuk penaik kembang.

4.   Panaskan minyak, goreng hingga masak.

5.   Sedia dihidang dengan sos cili homemade atau sos cili biasa atau enak juga dimakan begitu sahaja.

Jemput-jemput udang geragau bersama sos sili homemade


Tips : Kuantiti garam ikut citarasa masing-masing. Sambil bancuh dengan air tu korang coleklah sikit rasa tepung tu cukup masin or tak.  Kuantiti air pula ikut kepekatan bancuhan korang. Jangan cair sangat or pekat sangat. Pastikan masa bancuh guna air biasa tu, pekat sedikit sebab akan tambah air panas selepas itu. Incase kalau tercair, tambah sediki tepung. Aku letak sedikit serbuk penaik sebab nak bagi rasa kelembutannya. Tak perlu letak banyak sebab aku tak suka sangat letak banyak. Tak letak pun ok, tapi untuk kali ni aku terasa nak makan cucur letak serbuk penaik. Air panas untuk mengekalkan kelembutannya walaupun di luar digoreng garing. Kalau tak nak letak air panas, gantikan bancuhan dengan masukkan susu tepung dalam 3 sudu. InShaa Allah cucur tadi akan kekal lembut & rasa berlemak sedap.

Isi penuh, texture lembut & garing di luar. Enak dimakan begitu saja.

Untuk resepi sos cili homemade, korang boleh klik kat sini Resepi Sos Cili Homemade . Cuma kali ni aku tambah sikit cili api untuk rasa lebih pedas & aku tukar air suam dengan air panas memandangkan ada cili api sebab nak masakkan cili api tu bagi kurang pedih perut.

Bahan asas sos cili homemade

Kat link resepi tu juga ada resepi jemput kentang guna teknik lain iaitu letak susu tepung. So korang boleh juga guna resepi yang tu. Aku memang suka tukar-tukar citarasa & sememangnya macam-macam resepi dan teknik memasak aku guna. 😅

Pada korang yang belum pernah rasa jemput-jemput udang geragau, aku suggest untuk korang cuba. Serius memang sedap! Ngap ngap tak sedar dah berketul-ketul masuk dalam mulut. Hahaha. 😂

Ok, nanti kita share benda lain pula eh... jumpa dalam thread yang lain pulak. Selamat mencuba. Kalau dah cuba guna resepi aku ni, tinggalkanlah komen ok... Daaaa 👋

#terimakasihsudisinggah


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap