Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Assalamualaikum & Happy New Year 2020...


Tahun 2020.

Sebut aje 4 angka berkembar tu, pasti ada macam-macam kisah dan pandangan tentang angka tu. Ada yang frust, ada yang sedih, ada yang gembira & tidak kurang tiada rasa apa-apa apabila bercakap tentang angka-angka ajaib tu.

Pandangan aku?

Mudah.

Manusia sekadar boleh merancang, tapi perancangan Allah itu lebih hebat.

Aku lebih suka memetik falsafah yang satu ni. Itu hakikat kita sebagai hamba-Nya. Rancanglah sebesar mana, sebanyak mana, se-gah mana. Andai Allah tidak izinkan, maka tiadalah ia. Kun Fa Ya Kun.

Aku tak nafikan, seperti mereka semua diluar sana, aku juga punya bayangan yang besar untuk tahun 2020 ketika aku kecil. Dahulu diomongkan 2020 nanti, merupakan era yang penuh dengan kemodenan. Tidak sekadar teknologi, malah juga tamadun & peradaban.

Aku menggambarkan sesuatu yang mampu membuatkan rasa takjub muncul dalam jiwa melihat kemodenan teknologi daripada pelbagai segi. Tapi pandangan aku terlalu jauh. Aku melihat 2020 sebagai tahun kemodenan bukan sekadar untuk Malaysia, malah juga buat dunia. Aku pandang ia terlalu dalam, pada sudut yang besar dan meluas.

Dunia yang terlalu maju serta moden. Sepertimana saat aku melihat siri kartun Jepun, Doraemon. Dunia masa depan. Roda kereta tidak sekadar berputar di jalan, malah juga di celah awan.  Rangkaian jalan berselirat di langit. Bangunan-bangunan moden, gah tegak mencakar langit. Setiap satu punya teknologi serba canggih. Skrin maklumat transparent di papar di sana sini seperti di dalam filem-filem Hollywood.

Dalam masa yang sama, daya fikir kanak-kanak aku ketika itu selalu terdetik. Wujudkah lagi aku ketika tahun 2020 itu? Pada ketika itu aku rasakan tempoh masa untuk ke tahun 2020 itu terlalu panjang. Sedangkan seorang demi seorang rakan, saudara mara, keluarga serta masyarakat sekeliling telah pergi meninggalkan aku ke dunia kekal abadi walau dalam usia yang lebih muda daripada aku.

Itu gambaran aku sewaktu kecil.

Credit photo : Google


Dan hari ini, saat jejak sahaja ke angka keramat itu, satu sahaja gambaran ayat dalam diri ini. SYUKUR.

Aku bersyukur kerana berpeluang menjejakkan diri ke angka 2020. Tiada kereta terbang? Tidak apa. Tiada sistem-sistem skrin paparan canggih? Tidak mengapa. Perjalanan hidup aku selama ini dah dapat menjangkakan untuk ke dunia imaginasi yang aku bayangkan sedari kecil itu amat mustahil tercapai dalam tahun 2020. Aku tidak pernah kecewa tentang itu semua.

Tapi, apa yang lebih mengecewakan aku saat jejak ke angka 2020 itu adalah peradaban manusia . Manusia  semakin berganti tahun semakin kurang atau hilang rasa simpati dan empatinya sesama sendiri. Dunia masih berperang di sana sini. Tidak cukup dengan perang senjata, malah mulut turut ikut berperang sama. Menuding jari menyalahkan satu sama lain tanpa meneropong mahupun mengimbas kelemahan diri sendiri.

Semakin moden teknologi, semakin mundur nilai kemanusiaannya. Semakin tahun semakin hilang adab dan susilanya. Itu yang paling membimbangkan aku. Ya, itu aku kecewa.

Credit photo : Google


Azam tahun 2020?

Untuk tahun ini aku cuma berazam untuk memperbaiki setiap titik kelemahan yang tercipta di tahun-tahun sebelum ini.

Semoga Allah pelihara diri ini serta punyai kesihatan yang baik untuk aku penuhi setiap azam 2020 aku.

Makin meningkat tahun, makin tinggi cabarannya. Mental, emosi, fizikal, rohani dan spiritual harus kukuh. Untuk korang semua, moga dapat lalui tahun 2020 ini dengan jayanya.

#terimakasihsudibaca

Comments

  1. Lets spread hope, kindness and happiness in 2020

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian covid-19 utk permulaan tahun 2020 ni kan.. moga segalanya kembali seperti sediakala.. 😢

      Delete
  2. cepat sangat masa berlalu. masa kecik rasa jauh nyee nak sampai 2020 tudiaa
    skrng da 2020.. semoga kita sihat sentiasa n bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. aamiin.. jaga diri ya... musim virus ni.. pemulaan 2020 yang sangat tragik.. 😢

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap