Ilmu : Isra' Mikraj, Perjalanan Teragung oleh PU Amin

Assalamualaikum & Salam Keberkatan Jumaat, Seperti biasa, demi mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, suka untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang dapat diceduk daripada kuliah bersama penceramah jemputan untuk hari ni. Syukur dapat lagi menambah ilmu pada diri ini yang sentiasa dahagakan santapan rohani demi memenuhi ruang hidup agar sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Kali ini, sekali lagi urusetia ceramah yang diwakili oleh AJK daripada Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS, telah menjemput salah seorang ustaz yang pernah menyertai Program Pencetus Ummah iaitu Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali dengan nama PU Amin. Sedap nama penuh PU Amin. Muda kecik molek orangnya. Mula-mula masuk nampak macam serius, tapi bila dah mula berbicara, terkesima mendengarnya. Seronok dengar setiap ilmu yang disampaikan. Ustaz sekarang aktif sebagai pengacara di dalam Program Haramain Backpackers di Astro Oasis. Weh, apsal...