Ilmu : Fitnah Sosial oleh PU Rahmat

Assalamualaikum & Salam Rahmat Jumaat Yang Mulia, Hari ni sekali lagi opis aku mengadakan program santapan rohani. Ni yang seronok opis aku ni, setiap bulan atau dua bulan sekali ada ceramah-ceramah agama ni. Biarpun kerja ibadah kita di dunia, jangan dilupakan ibadah untuk memperkuatkan lagi keimanan di hati. Moga segala ilmu yang dapat daripada kuliah-kuliah yang dianjurkan ada manfaat padanya. Aamiin. Untuk kuliah bulanan bulan Mac ni, kali ni Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku telah menjemput penceramah muda yang tercetus daripada program realiti Pencetus Ummah Musim Pertama iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan. Mesti korang yang ikuti program ni kenal penceramah kali ni kan? Muda beli lagi. Dikenali dengan nama PU Rahmat. Ni kali kedua PU Rahmat datang beri kuliah kat opis aku. Sebelum ni tahun 2017. Cumanya untuk aku, ini kali pertama aku mendengar PU Rahmat berceramah secara live kat opis aku sebabnya masa kali pertama aku tak ada rezeki dengar ...