Sembang-sembang Penulisan (SAYEMBARA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sayang-sayang Semua!



Coretan yang pertama untuk bulan Februari 2019 ni. Macam lama,kan gap nak menulis dalam blog ni. Aku betul-betul respeklah pada mereka yang rajin meng-update blog. Banyak betul idea, aktiviti dan maklumat dan terkumpul untuk para blogger ni menulis. Tabik spring toing toing toing la kat depa!

Terus-terang aku cakap tahun ni adalah tahun yang terlalu pack untuk aku. Aku maksudkan dekat sini untuk kerja-kerja penulisan. Sekarang ni memang sedang tumpukan untuk beberapa projek penulisan yang punya 3 deadline untuk dikejar. Selain beberapa lain yang telah dihantar untuk penilaian dan yang lain menulis ikut suka (hahaha). Antara perancangan tahun ini iaitu :

  1. Novel genre psyco-thriller : Deadline - Jun 2019 (in progress)
  2. Novel genre sejarah : Deadline - Ogos 2019 (will start soon)
  3. Novel genre romance-thriller : Deadline - Oktober 2019 (in progress)
  4. Cerpen genre cinta : Deadline - 31 Januari 2019 (in evaluation)
  5. Cerpen genre horror-thriller : Deadline - TBC (in progress)
  6. Kumpulan cerpen mixgenre : Deadline - Disember 2019 (in progress)
  7. Travelog : Deadline - TBC (in progress)
  8. Ada 5 manuskrip novel tertangguh akan update dari masa ke masa.
Fuh! Semput bila tengok jadual kat atas tu. Yang paling penting perkara No. 3, penerbit dah mula tanya peratus progress. Sebab jika berjalan lancar nak target terbit masa PBAKL 2020. Ya, ya. Aku akan usahakan sebaiknya, bossku.

Jadual Sinopsis untuk manuskrip novel Psyco-Thriller

Bila aku dah didedahkan dengan dunia baru ni aku baru kenal diri aku. Yang sememangnya aku seorang yang sangat RAKUS! Uit... jangan fikir macam-macam tau. Aku hanyalah individu yang rakus untuk merebut setiap apa-apa peluang yang berkaitan dengan pembelian buku atau bahan bacaan juga penulisan termasuklah peluang dalam menyertai Sayembara Penulisan.

Alang-alang dah sebut tentang sayembara ni, aku nak bagitahulah 'rahsia' selama ni. EH! Sesuatu sangat, kan? Hahaha.

Actually rahsia yang aku maksudkan berkaitan bagaimana aku mula melompat masuk ke dalam dunia seorang penulis ni. Nak cerita tentang menulis dah lama dah aku minat, daripada sekolah rendah lagi. Tapi, semenjak bila aku ketengahkan karya aku di mata umum? Melalui sayembaralah. Ada dua karya aku yang terbit melalui sayembara iaitu cerpen Cahaya Cinta Ramadan dan juga cerpen Revolusi Aurora 1.0. Alhamdulillah.

Apa itu sayembara? Mungkin ada yang tertanya-tanya apa bendalah sayembara ni, kan. Sayembara ni dalam bahasa mudah pertandingan atau peraduan. Biasa perkataan ni banyak digunapakai dalam aktiviti penulisan. Kalau aktiviti selain penulisan ni banyak guna terms Peraduan, pertandingan atau perlumbaan.

Ada penulis yang kurang gemar memasuki sayembara. Sebabnya:

  1. Ada deadline yang perlu dikejar. Biasanya masa yang diberikan amat singkat.
  2. Perlu ikut tema atau genre yang telah ditetapkan. Jadi tiada pilihan untuk memilih.
  3. Ada juri penilai dan kena tahu apa kehendak juri bagi memastikan sesuatu karya itu terpilih. Jadi, kena buat reserch sikit berkaitan perkara ini dan mungkin memakan masa dan bila dah dapat tahu mungkin akan frust sebab idea kita tak selari dengan kehendak juri.
  4. Kena sabar menunggu keputusan pemenang. Makan masa berbulan dan mungkin bertahun. Biasa dalam syarat dah dinyatakan. Jadi, susah untuk kita nak tarik karya walaupun karya tidak terpilih sebagai pemenang tapi ada diberikan tempoh bertenang. Mungkin karya berpotensi untuk diterbitkan. Itu kalau diterbit. Jadi terpaksalah menungu karya terperam di pihak sekretariat sambil berdoa banyak-banyak untuk diterbitkan.
  5. Paling penting, anda perlu bersaing dengan penulis-penulis lain termasuk otai penulisan. Dan ini banyak yang orang kurang gemar. Lagi-lagi ada juga kategori penulis dipanggil penulis sayembara. Di mana penulis ini menggungguli mana-mana sayembara dan nama mereka sangat terkenal. Selalu memenangi Sayembara yang dibuat. 

Tapi itu semua bergantung pada setiap individu. Pada aku penulis yang menulis dengan tidak konsistan, banyak main-main, on-off dalam menulis, bersikap sambalewa, atau apa-apa yang boleh dikategorikan seperti semua itu, Sayembara adalah platform yang terbaik untuk aku.

Sebabnya untuk melalui kesemua perkara yang telah disebutkan tadi berkaitan dengan sayembara, ia perlukan satu usaha yang sangat gigih dan ini dipanggil cabaran. Aku memang suka menyahut cabaran. Selain itu, dengan adanya deadline yang sangat singkat juga memainkan peranan untuk menyuntik psikologi aku yang tidak terkawal. Jadi aku akan lebih berdisiplin dalam memastikan karya itu dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Selain kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bila karya terpilih daripada berpuluh malah beratus daripada karya yang lain. Gembira teramat!

Untuk tahun ini, sepanjang pengetahuan aku, ada 3 sayembara yang besar sedang berjalan. Deadline masing-masing boleh dikatakan amat rapat. Hadiah yang dipertaruhkan juga hebat dan punyai nilaian yang besar. Sayembara yang aku maksudkan adalah :

1. Sayembara Penulisan Novel Futurisistik Gapena-DBP 2018.  Maklumat lanjut klik di sini. Sayembara Futuristuk

2. Sayembara Fixi Musim Kedua. Maklumat lanjut klik di sini Sayembara Fixi

3. Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019. Maklumat lanjut klik di sini Sayembara Sejarah Remaja


Mungkin ada lagi sayembara lain yang aku terlepas pandang yang tak dapat aku kongsikan di sini, anda boleh komen di bawah, ya!

Antara ketiga-tiga, apa pilihan aku? Susah juga nak jawab tu. Antara ketiga-tiga, setakat ini aku hanya letakkan dua target dahulu. Sebabnya aku tidak pasti apakah dua itu akan berubah menjadi satu atau mungkin juga berubah menjadi angka kosong. Dan tidak mustahil juga jadi tiga! Hahaha. 

Biarlah hanya aku yang tahu pergerakkannya sahaja. Apa yang aku harap, segala perancangan aku berjalan mengikut segala apa yang telah dijadualkan. 

Korang juga kena cuba, tau! Masih ada masa lagi untuk kejar tu. Huhuhu. 

Wish me good luck, ya! For those yang berminat, will wish u all the best! 



#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Wahhhhhh tahniah ezzan. Semakin cemerlang di dalam bidang penulisan. KSarie tumpang gembira untuk Ezzan. KSarie ni ha berangan macam-macam tapi nak tulis blog pun ke laut hehehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih kak sarie.. seronok pulak bila dah masuk dlm dunia penulisan ni... jiwa saya banyak kat sini.. baru perasan sekarang ni.. hehehe.. xpe kak sarie. Pelan2.. kak sarie pun pandai tulis.. suka baca blog kak sarie.. banyak update berbanding saya.. 😅

      Delete
  2. Tahniah! At least awak ada gant chart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kadang-kadang tersasar gak chart tu.. heheheh...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap