Review Buku - JIKA AKU

Assalamualaikum & salam sejahtera uols!

Selamat berpuasa untuk semua muslimin & muslimat seluruh dunia. Puasa-puasa ni, sempat jugak aku menghabiskan membaca satu buku dalam masa sehari. Fuuh.. pecah rekod untuk diri aku semenjak dua menjak ni.

Lama sebenarnya aku menunggu buku yang boleh buat aku tak nak berhenti membaca. Dan akhirnya aku jumpa buku ni oleh penulis yang baru aku try nak baca karyanya. And guess what? Aku dah mula jatuh cinta dengan karya penulis Anna Lee ni. Serius lepas ni memang aku nak borong buku-buku karya Anna Lee. Cik Anna Lee.. berbanggalah, awak dah ada peminat baru! 😄😄😄

Kalau ikutkan, buku Jika Aku ni genre cinta, tapi ada diselitkan unsur sains fiksyen (scifi) sikit-sikit. Jap.. kalau agensi yang mengkaji subjek yang mempunyai keistimewaan deria ke-6, yang dimaksudkan 'mind reader' ni dikira scifi jugak ke? Aku kurang pasti pasal genre ni, if ada yang nak komen pasal konsep buku ni, boleh letak je info pada kolum komen dekat bawah ni ye. Boleh aku belajar lebih mendalam tentang genre sesebuah buku ni. 

Bila aku baca buku ni, sedikit sebanyak aku tak dapat lari untuk membayangkan siapa yang layak bawa watak utama dalam buku ni. Teja Citra aku bayangkan Sara Ali yang pegang watak ni & Maliq @ Aidan dilakonkan oleh Redza Minhat. Aku rasa gandingan depa berdua ni memang sesuai dan layak pegang watak ni. 

Sebabnya, aku suka ekspresi wajah Sara Ali, cute, tapi bersahaja & aku tau Sara Ali boleh lakonkan watak Teja Citra ni dengan baik. Macamtu juga dengan watak Maliq @ Aidan. Kalau ikutkan watak ini membayangkan Maliq @Aidan ni seorang yang ada rupa, riak wajah yang bersahaja (kosong @ tiada perasaan) dan romantik bila kena keadaan. Weeiii.. watak romantik Maliq tu aku memang suka Ya Amat sangat, beb! Aku boleh sengih sorang-sorang bila bayangkan apa yang penulis bayangkan dalam setiap coretannya. Aku suka sangat! Dan aku yakin 100% yang Redza Minhat ni boleh lakonkan watak Maliq @ Aidan ni.

Waah.. tetiba aku rasa buku ni perlu diadaptasikan untuk merealisasikan impian aku untuk melihat watak-watak dalam buku ni dilakonkan oleh pelakon yang aku bayangkan ni. Anna Lee, kalau rasa-rasa nak cari orang buat skrip, pilih la aku ye, InShaa Allah aku akan usahakan skrip buku ni kababoom bila diadaptasikan nanti. Sempat lagi aku promote servis penulisan skrip ni, kan! Hahaha. 😎😎😎

Jarang penulis menggunakan POV1 yang boleh menarik minat pembaca dan aku bole membayangkan watak 'aku' itu adalah Teja Citra dan bukan aku sendiri. Means tak adalah seolah-olah macam aku baca diari yang aku tulis. Aku memang kena banyak belajar membaca buku macam Anna Lee ni, kalau nak menulis buku menggunakan POV1.

Cuma aku kurang jelas, apakah boleh dicampurkan POV1 & POV3 dalam sesebuah buku? Mungkin ada yang boleh mambantu aku merungkaikan persoalan aku ni. Tapi memang aku akui, walaupun dicampur POV1 & POV3, namun buku ini kemas susunannya kerana ianya dibahagikan kepada 3 bahagian. Dimana, Bahagian 1 & 2 menggunakan POV1 manakala Bahagian 3 menggunakan POV3. Mungkin boleh kot percampuran POV kalau ada pecahan bahagian sebegini. Aku rasa lah. Tapi mungkin ada yang boleh beri penerangan lanjut pada aku berkenaan kekeliruan aku ini. So boleh aku memperbaiki mana-mana teknik penulisan aku yang akan datang nanti. Almaklumlah, aku budak baru belajar.

Apa-apapun, aku suka dengan buku ni. Dan bagi pembaca yang inginkan kelainan dalam bahan bacaan, bolehlah dapatkan buku Jika Aku ni. Walaupun di luar sana ada juga karya lain berkaitan dengan Mind Reader ni, tapi percayalah. Naskah ini ada tarikannya yang tersendiri yang buatkan kita akan rasa nak baca dan terus baca muka surat seterusnya. Yang pastinya, part paling best yang buatkan diriku rasa terawang-awang Bahagian 1. Masa Teja curi-curi kenal seorang yang bernama Maliq! Dan Maliq cuba mengenal his peminat misterinya yang bernama Teja Citra. 


INFO BUKU




Tajuk :  JIKA AKU


Penulis : Anna Lee


Terbitan : Prolog Media


Halaman : 341 m/s


Harga : RM25 (SM) / RM28 (SS)


#hanyakebenaranjalankeluarnya



REVIEW BUKU

Mengisahkan tentang Teja Citra seorang yang mempunyai keistimewaan luar biasa di mana dia boleh membaca fikiran orang lain. Namun padanya keistimewaan ini amat menyeksanya kerana setiap saat dapat mendengar apa yang terlintas di fikiran orang lain yang mana ianya tidak perlu pun di dalam hidupnya. 

Hinggalah suatu hari dia bertemu dengan jejaka bernama Maliq yang menarik perhatiannya setiap kali dia naik tren. Dan untuk melihat jejaka itu, dia sanggup keluar waktu yang sama, duduk di gerabak yang sama hari-hari semata-mata nak lihat wajah pujaan hatinya. Namun, semakin dia cuba untuk mengenali jejaka itu, terasa dia semakin takut dan keliru dengan personaliti jejak itu. Sangat misteri! Kadang Maliq dirasa seolah penjenayah, ada ketika Maliq adalah penyelamatnya. Mengenali Maliq menjadikan hidup Teja semakin huru hara.

Satu perasaan mula timbul di antara Teja & Maliq namun seakan sesuatu menghalang untuk masing-masing hanyut dibuai perasaan ini. Siapa penghalangnya? Siapa sebenarnya Maliq? Untuk apa Maliq sentiasa wujud dalam hidup Teja?  Kadang dia muncul dalam keadaan luar jangka. Kadang ia sekadar satu ilusi. Apakah itu sekadar kebetulan? Atau ada kebenaran yang perlu dirungkaikan? 


PLOT MENARIK


Kepala toleh kiri dan kanan. Line clear. Aku keluarkan telefon bimbit. Jantung berdegup laju. Idea ini memang gila, tapi aku terpaksa. Telefon diangkat separas wajah aku. Biarlah orang ingat aku berswafoto, janji aku dapat ambil gambar dia. Aku senyum, cuba bergaya. Oho, serius. I hate this! 1.. 2.. 3.. klik. Yes, berjaya rakam! ............  Alamak, dia bangun. Dia tahu ke aku curi-curi ambil gambar dia tadi? Ya Allah, ampun. Malunya. ~Teja Citra~


"Apa yang berlaku antara kita semuanya benar........... My feeling.. my concern.. is real." ~Maliq~


RATING BY ME :      4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)



#terimakasihsudisinggah

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap