Review Buku - RAKA

Assalamualaikum & Happy Monday Guys! Hari ni aku nak review satu buku yang dah habis aku baca untuk bulan ni. Kiranya ni buku yang ke-4 berjaya dikhatam dalam bulan Januari. Hopefully target aku 50 buku 2019 dapat accomplish. Nampak gaya sekarang ni masih lagi smooth misi membaca untuk tahun 2019 ni. Sila istiqomah ye EH! Buku kali ni buku keluaran FIXI bertajuk RAKA yang ditulis oleh Mahizan Husain. Aku tak berapa kenal penulis ni. Ni buku yang pertama aku baca nukilan penulis ni. Actually dalam Antologi TRI pun ada karya yang ditulis beliau. Cumanya aku belum sempat habis baca lagi buku TRI tu. Tapi apa yang aku tahu, penulis ni memang antara penulis lama yang berkecimpung dalam dunia penulis dan ada lebih daripada lima buah buku. Apa komen aku lepas baca buku ni? Superb! Memang aku dah jatuh suka dengan olahan daripada penulis ni. Apa yang penting, laras bahasa beliau. Ya Allah! Jatuh cinta aku bila baca bahasa beliau ni. Biasanya (pandangan aku) novel-novel fixi ...