KL Sentral > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Hua Hin > Bangkok > KLIA2.... Bermulanya di Sini!

Assalamualaikum & Hi Uols!

Kali ni semangat aku menaip memang lain macam perginya. First time aku balik daripada berjalan-jalan dan aku lakarkan kenangan pengalaman tu terus dalam blog ni untuk tatapan umum! Aku pun kurang pasti sebab apa kali ni mood terlebih rajin mengusai diri. Maybe sebab balik je daripada cuti-cuti Thailand aku terus demam 4 hari. Dan memandangkan aku tak update di mana-mana laman sosial pengalaman bercuti kali ini sehingga baik daripada demam, mungkin sebab itu keinginan untuk aku menulis agak tinggi.

Lama gila kot aku demam kali ni. Risau jugak takut bukan demam biasa-biasa. Dah la masa dekat stesen keretapi Padang Besar hari tu aku nampak semua pelancong yang turun daripada Thailand perlu lalui satu kaunter saringan yang telah ditempatkan seorang pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyaring tahap kesihatan pada pelancong atau rakyat tempatan yang baru pulang dari Thailand ni sebelum masuk ke pintu sempadan Malaysia. Alhamdulillah bila check dekat klinik aku bebas daripada virus Influenza. Syukur. Fuuuh! 😅

Ok, back to the story. Pada 17 November 2018 sehingga 22 November 2018, aku telah berjaya melengkapkan misi aku mengembara menggunakan keretapi ke Hatyai & Bangkok selama 6 hari 5 malam. Kenapa naik keretapi? Sebabnya aku sukakan cabaran baru. Dah biasa bercuti dengan flight. So, aku nak rasa pengalaman naik keretapi pulak kali ni.

Sumber internet


Lagipun, last aku naik keretapi untuk perjalanan jauh masa umur aku 4 tahun. Dari Muar ke Singapura. 4 tahun? Hahaha. Aku time tu silap-silap hisap botol susu lagi. Manalah ingat apa. Itupun aku boleh recall thru gambar-gambar lama simpanan family aku. Kikiki. Selebihnya aku just naik tren antarabandar je. Sama ada komuter, Putra LRT, Star LRT, monorel, atau ERL je. So, masa nilah aku nak cipta balik moment indah saat naik keretapi. Ayat poyo betul!

Sengaja aku rancang cuti pada tarikh tu sebabnya time tu ada cuti Maulidur Rasul. Aku cuma perlu apply 3 hari cuti sahaja. Jimat, kan? Salah satu tips untuk traveler terutama traveler yang bekerja makan gaji yang punyai cuti terhad macam aku ni, cari hari untuk bercuti yang ada terselit cuti umum & cuti hujung minggu. Jadi di situ anda boleh menjimatkan cuti tahunan anda.

Cumanya, kos sedikit bertambah sebab percutian yang melibatkan hari Cuti Umum, Sabtu & Ahad ni kos tinggi sedikit berbanding melibatkan hari biasa. Namun, tidaklah ketara sangat pun sebenarnya. Ada ketika tak nampak pun peningkatan kos di situ. Yang penting, boleh jimat cuti tahunan dan boleh berjalan banyak tempat lagi, kan. Dah tau tips, kan? Ok, dah boleh start hunting cuti untuk tahun depan dah ni. Hehehe. 😄

Memandangkan cuti tahunan aku berbaki ciput je lagi. Mana taknya, dah perabis ke New Zealand bulan September lepas. Kat situ je dah libatkan 9 hari cuti. Hambek, kau! Dah macam nak pergi umrah. Hahaha. Bulan September ke New Zealand, bulan November pergi Thailand pulak. Ewah....terasa dah macam orang ada-ada dah ni. Kahkahkah. 

Tapi hangpa tak tau camne aku berusaha macam nak 'kiok' kumpul duit demi completekan misi pengembaraan aku ni. Haaa... tang mana nak dapat modal ni nanti aku bagi tips kemudian eh. Mesti korang semua terutama newbie dalam pengembaraan ni atau kome-kome yang belum pernah mengembara tapi ada keinginan mengembara nak tau, kan? Macamana cara nak kumpul duit tanpa perlu berikat perut yang penting dapat jalan-jalan, makan-makan, happy-happy, kan? Nanti aku story kemudian. InShaa Allah. Benda baik, mestilah kena share, kan.

Oh, lupa. Pengembaraan aku kali ini, aku tak pergi dengan geng travel yamg biasa. Kali ni aku pergi dengan adik perempuan tersayang aku yang tinggal dekat Johor. Tersayang sangat ni. Ye la, itu je adik perempuan yang aku ada. Teman bergosip, teman bergaduh-gaduh manja. Kami pergi bertiga. Aku, adik aku (W), & kawan serumah adik aku (D).  Asalnya plan pergi 4 orang, namun last minit adik D tarik diri atas sebab-sebab tertentu. So kami pasrah jelah.

Tiket ETS kami dah tempah awal. Biasa dua bulan sebelum dah boleh booking secara online. Kenapa perlu awal? Sebabnya tiket ETS ke Padang Besar ni dah macam goreng pisang panas. Sekejapan je dah penuh. Bayangkan aku yang tempah sebulan setengah awal pun tiket masa tu dah 35% peratus orang dah booking. Dan aku hampir-hampir tak dapat tiket dekat coach yang aku nak. Panduan memilih seat ETS ni boleh rujuk link tips memilih seat ETS

Untuk makluman korang, aku booking tiket ETS ni berdasarkan jadual waktu tren Padang Besar Hatyai. Memandangkan tren klasik ke Hatyai dari Padang Besar hanya beroperasi 2 kali sahaja dalam sehari iaitu tren no. 948 gerak pada jam 8.55 pagi (waktu Thailand) dan tren no. 950 gerak pada jam 3.40 petang (waktu Thailand), jadi aku perlu beli tiket ETS yang boleh match dengan jadual tren tu. Dan waktu yang menjadi pilihan aku adalah tiket ETS KL Sentral - Padang Besar jam 7.00 pagi. Beza waktu Thailand, lambat 1 jam daripada waktu Malaysia. So, rancanglah perjalanan anda dengan betul, ya guys. Pembelian tiket ETS boleh dibuat secara online di  ETS Online Ticket .

Memandangkan tiket kami seawal jam 7.00 pagi, atas kekangan-kekangan tertentu, kami sepakat untuk bermalam sahaja di KL Sentral. Ni idea bijak pandai adik kesayangan aku. Katanya nak mudah, tak nak tersesak-sesak pagi tu terkejar-kejar masa. Oklah W, aku ikut je idea ni. Daripada apa yang aku baca, KL Sentral ni buka 24 jam, walaupun tidak semua kedai yang beroperasi 24 jam di situ. Jadi berdasarkan info tersebut, dengan yakinnya kami ambil keputusan bermalam sahaja di KL Sentral walaupun jarak rumah kami tidaklah jauh mana daripada KL Sentral sebenarnya. Tapi aku rasa itu cadangan yang paling baik setakat ini.

Keadaan KL Sentral yang agak sibuk (Sumber internet)

Dengan berbekalkan nasi goreng simple tersedap air tangan mak. Hehehe. Sempat lagi emak kesayangan kami bekalkan nasi goreng untuk anak-anaknya yang nak merantau jauh ni. Ni yang buat terharu sangat ni. Cinta seorang ibu pada anaknya, memang tidak berbelah bahagi. Sobsobsob. Sayang mak ketat-ketat.

Bekalan dari mak nasi goreng tersedap di dunia


Dengan lafaz bismillah, perjalanan dimulakan pada malam hari Jumaat jam 10.00 malam. Memandangkan masih sempat untuk kami mengejar tren lagi, kami sekadar naik LRT Star dan LRT Putra laluan ke Kelana Jaya untuk ke KL Sentral. Tiba ke KL Sentral dalam jam 11.20 malam.

Di dalam LRT, dunia ini bagai ana yang punya. 


Actually masing-masing dalam keadaan kepenatan semuanya. Adik aku W dan kawannya D baru je tiba Kuala Lumpur dari Johor Bahru hari yang sama jam 8.30 malam. Begitu juga dengan aku. Baru je balik daripada kerja siang tu dan tiba di area rumah aku waktu lebih kurang sama juga. So, korang boleh bayangkan macamana keletihan kami sebenarnya. Namun semangat percutian itu melebihi segalanya hinggakan kami terlupa yang kami dah berpenat lelah siang tadinya. Hahaha.

Actually, bila aku baca info KL Sentral dibuka 24 jam, aku membayangkan suasana malam bagaikan airport KLIA atau KLIA2. Masih sibuk dengan orang lalu lalang. Namun....

Rupa-rupanya tidak seperti yang aku bayangkan, guys

Masa kami sampai masih nampak lagi kelibat orang lalu lalang. So lepas beli stok minuman & jajan buat kunyah-kunyah sementara menunggu pagi, kami cari tempat untuk lepak malam tu. Aku ambil keputusan untuk terus duduk je di tingkat 2 memandangkan ruang menunggu ETS berada di tingkat 2. Lagipun tengok ruang menunggu tu nampak macam selesa, siap dengan bangku dan ada kipas sekali. Takde lah kami kepanasan berkuap dalam ruang tertutup tu setelah aircond dimatikan. 

Pengalaman tidak dapat kami lupakan bermula saat jarum jam melepasi angka 12.00 tengah malam! Jeng jeng jeng....

KL Sentral mulai sunyi teramat detik waktu tu. Kadang aku kompius, betul ke buka 24 jam ni? Mata aku pulak dah mula lalok. Lagi-lagi malam sebelum tu aku kurang tidur. Berkemas last minit punya pasal! Ditambah pula duduk betul-betul berdepan dengan kipas, jam dah pukul 12.15 malam. Memang masa mata untuk berehat dah tu. Masa aku tersengguk-sengguk tu, tiba-tiba terdengar suara beberapa orang bercakap-cakap. Aku dengan terpisat-pisatnya cuba bukakan mata. Ada sekumpulan polis bantuan menghampiri kami. Time tu hati dah berdebar dah. Eh.... tak boleh duduk sini ke?

Tepat jangkaan aku. Salah seorang polis tu tanyakan sedikit info tentang kami. 

Polis       : Tunggu untuk apa ye?
W           : Tunggu tren esok pagi. 
Aku        : Tapi tren ETS esok pukul 7.00 pagi. (Dah gabra jugak time ni tapi aku cuba berlagak cool)
Polis     : Ooo... ETS.. tak boleh tunggu dekat sini sebab ni tempat skyexpress (tak silap polis tu bagitau, time ni aku blur sebab tengah mamai).
W          : Ooo... kami salah tunggu ye. Maaf tak perasan. Jadi, kami kena tunggu mana ye? (sesopan mungkin W bertanya. Aku time tu memang tengah mamai).
Polis       : Dekat ruangan KTM. Sebelah sana. (Sambil dia tunjuk ruangan hujung tertulis KTMB.
Kami      : Ok, terima kasih. (sambil terus ke arah yang ditunjukkan polis tu).

Notis pertukaran Pintu. Kami menunggu berhampiran Pintu B.


Actually masa tu bukan sekadar kami bertiga penumpang yang menunggu. Ada lagi seorang perempuan Melayu. Daripada cerita perempuan tu, dia tertinggal last train. Jadi, terpaksa tunggu tren esok paginya. Memandangkan dia nampak kami bertiga, jadi dia pun beranikan diri bermalam di situ.
Berbalik pada kisah polis tadi, bila dah sampai ruangan menunggu KTM tu, kami pusing belakang tengok kumpulan polis sekitar 4 ke 5 orang tu masih ikut belakang kami dan aku perasan salah seorang ambil gambar kami. Cuak jugak sebenarnya. Fikir-fikirkan balik, salah ke apa yang kami buat ni? Aku beranikan diri bersuara lepas mamai aku dah hilang.

Aku       : So, kami boleh tunggu sinilah kan?
Polis      : Ada tiket, kan?
Aku       : Ada (sambil tangan dah seluk beg nak tunjukkan tiket).
Polis     : Takpe, takpe. (Tak sempat aku nak tunjuk tiket, polis tu dah menyampuk dengan lembut sambil senyum).
Kami     : Terima kasih. (Senyum lega sebab rasa polis dah bagi green light untuk kami menunggu di situ)

Tapi dalam masa yang sama, kawasan ruangan menunggu tu polis tutup. Seolah-olah orang lain dah tak boleh masuk dah. Kami berkira-kira jugak sebenarnya nak bermalam di situ malam tu. Tapi memandangkan  kumpulan polis tu macam berlegar-legar lagi kat sekitar situ, kami buat selamba je anggap semua dah settle. Mungkin polis tu nak jaga kami kot. Ayat sedapkan hati. Hahaha. 

Tapi... rupanya dia tak berakhir di situ!

Lima belas minit lepas tu, polis bantuan lain pulak tegur kami. (Bukan polis daripada kumpulan tadi.)

Polis      : Cik, tak boleh duduk sini ye. Kawasan ni ditutup. Kena duduk luar.
Aku      : Eh... tadi ada polis suruh kami duduk dekat sini. (Sambil otak dok fikir. Suruh kitaorang duduk luar? Tengah malam ni? Biar betul polis ni.)
Polis      : Oooo.. ye ke.. dia suruh duduk sini?
Aku       : Aaa.. dorang tadi suruh kami tukar duduk sini.
Polis      : Tunggu apa ye kat sini?
Aku       : Tren esok pagi pukul 7.00 pagi.
Polis      : Ada tiket?
Aku       : Ada.
Polis      : Ooo.... ok... (Polis tu pergi tapi macam ragu-ragu nak pergi)

Then kami tengok polis tu pergi ke kumpulan polis yang tegur kami masa mula-mula tadi.

Aku       : Eh... tak boleh ke ye bermalam dekat KL Sentral ni?
W          : Takpelah long, biarlah dorang berbincang dengan dorang. (Maksud W, biar polis tu bincang sesama mereka).

Hahaha. Adik aku memang sempoi. Jenis yang taknak pening kepala. Berbeza dengan aku, jenis complicated sikit. Risau betul kalau langgar peraturan. Risaunya rasa macam lakukan kesalahan besar yang sampai tahap boleh kena masuk penjara. Kronik betul. Hahaha. 

Rupanya tak habis lagi kes ni. Dalam 10 minit lepas tu, lampu ruangan kami menunggu tu tiba-tiba dipadamkan semuanya. Apa lagi bergelap la sekejap kami. Berdebar-debar dok dalam gelap. Hahaha. Polis-polis ni nak psyco kami ke camne kekdahnya ni? Otak aku dah mula memikirkan yang bukan-bukan.

Tak lama lepas tu salah satu lampu dibuka. Betul-betul lampu area kami duduk tu. Fuuuhh. Lega. Means dorang dah tersalah tutup lampu tadi kot. Maaflah Encik Polis. Kami berburuk sangka sekejap tadi. Concern jugak rupanya polis-polis ni pada kami yang musafir ni. Kikiki. Terima kasih banyak-banyak ye Encik & Puan polis.

Ruangan menunggu inilah kawasan larangan selepas jam 12 tengah malam. 

Ok, lepas daripada tu, suasana agak sunyi seketika. Mata aku dah tak boleh tidur dah. Dah lepas time tidur aku. Memang susah la nak lelap balik even dah berair mata ni tahan kantuk.. Adik aku W & kawannya D dah mula bersandar. Lama-lama W terlelap. Ehh... senang betul dia ni tidur. Aku tengok perempuan yang tertinggal tren tadi sibuk belek phone tanpa hiraukan sekeliling.

Dan dalam masa sama aku nampak sorang lagi lelaki kat area ruangan menunggu kami tu, duduk dekat dengan perempuan tadi tapi jauh daripada kami. Aku dok terfikir gak, ehh.. bila masa lelaki tu ada kat situ? Tapi aku malas nak fikir panjang. Aku anggap lelaki tu pun musafir gak macam kami. Cumanya aku kurang pasti kehadiran lelaki tu disedari polis-polis tadi ke tidak.

Aku sekadar berbual sikit-sikit dengan D. Aku tau, D pun dah mengantuk dah tu. Mata dah merah tahan kantuk. Hehehe.  Aku cakap dengan D, nak tidur, tidur je la. Aku tak ngantuk lagi. Kita gilir-gilirlah tidur. Risau jugak kalau semua terlelap nanti takut jadi benda-benda tak dijangka. Even kami tahu polis bantuan sentiasa buat rondaan, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, kenalah juga jaga diri sendiri, kan? Tak boleh 100% harapkan orang lain jaga. Lagipun polis-polis tu ada banyak tugas lain lagi. Bukan tugas dia nak jaga kami yang musafir ni. Betul tak? Depa dah bagi kami bermalam kat ruangan menunggu tu pun dah cukup syukur.

Masa terus berlalu sehinggalah jam menunjukkan angka 1.30 pagi. Sebelum W tidur tadi, kami ada gak bincang-bincang pindah je tempat kat tingkat bawah sekitar jam 3.00 pagi nanti. Lepak kat McD ke sebab W bagitahu McD buka 24jam. Dan ada kedai-kedai serbaneka lain yang buka 24jam jugak. Mungkin bawah ramai orang. Atas ni sunyi sikit.

Aku yakin. Kalau kami tak ada, mesti tingkat atas ni dah bergelap gelita & jadi kawasan larangan. Mungkin public hanya dibenarkan duduk di tingkat bawah sahaja. Tapi memandangkan polis-polis kumpulan pertama tadi dah minta kami duduk di situ, jadi aku tak rasa apa yang kami buat ni salah. Kami sekadar mengikut arahan je. Huhuhu.

Sekitar 1.40pagi. Tiba-tiba lelaki yang duduk dekat hujung tadi berjalan menghampiri kami. Masa tu aku & D tengah berborak-borak perlahan.

Lelaki      : Saya mau keluar sekejap. Saya ada caj telefon dekat hujung situ. Jangan bagi sesiapa masuk ambil ya. Pagi saya mari ambil balik.

Aku & D : Haa? (Actually kami blur sekejap. Yelah. Kami seolah-olah tengah digest apa yang dimaksudkan ambil semula pagi. Kami salah dengar ke?)

Lelaki        : (Dia ulang balik cakap macam tadi sebelum terus berlalu pergi)

Aku & D   : (Terkedu sekejap. Tak sempat berkata-kata mahupun mengangguk bersetuju, lelaki tu dah blah camtu je).

Hati aku mula berdebar-debar. Alamak. Ni perangkap apa pulak ni? Aku nasihatkan D. Jangan sesiapa pergi arah lelaki tu cakap tinggalkan phone dia yang tangah cas tu. Takut ni sekadar satu perangkap. Yelah. Macam pelik. Orang caj phone, terus tinggalkan cakap nak ambil esok paginya. Then suruh kami jadi jaga tengok phone dia jangan bagi sesiapa ambil. Ewaahh.. ingat kami ni tak tahu mengantuk ke? Lagipun, kenapa dia perlu pesan pada kami? Kenapa tidak pada perempuan yang tertinggal train tu? Padahal kedudukan lelaki tu lagi hampir dengan perempuan tertinggal tren tu. Something fishy here!

W tiba-tiba terjaga sebab dengar kami berdua merungut-rungut bincangkan isu lelaki tadi. Aku pulak dah rasa terbeban bila orang cakap macam tu. Dah satu kerja kami nak kena jaga phone dia pulak. Gila! Tapi aku anggap aku tersalah dengar. Mungkin lelaki tadi cakap kejap lagi dia ambil phone tu balik. Mungkin bukan sebut 'pagi' tapi 'kejap lagi'.

W seperti biasa ambil pendekatan mudah.

W   : Alaa.. ko jangan risau, long. Tu ada CCTV. Yang penting kita jangan pergi kat tempat yang dia cakap tu.

Aku seperti biasa tetap ambil pendekatan berjaga-jaga. Sebabnya lelaki tadi cakap dengan aku & D. W tidur. So apa-apa jadi, aku & D jugak yang kena nanti. Sememangnya aku ni terlalu complicated, kan. Susah betul jadi EH ni. Hahaha.

Seriusly, sampai ke pagi lelaki tadi tak muncul-muncull. Gila! Menyusahkan betul. Tak pasal-pasal aku tak dapat tidur risaukan orang lain ambil phone orang tu.

Sampailah tiba waktu Subuh, kami gilir-gilir tunaikan solat. Ruangan menunggu tu tetap ditutup untuk orang ramai. Hinggakan orang luar lain yang nak masuk dihalang polis bantuan. Sebabnya belum lagi tiba waktu untuk kawasan tersebut dibuka untuk orang awam. Cuma kami sahaja dibenarkan keluar masuk dalam kawasan tu tanpa dihalang. Hehehe.

Tepat jam 6.00 pagi, ruangan menunggu tu akhirnya dibuka kepada public. Aku yakin, ramai public yang menunggu di luar tadi tertanya-tanya mengapa hanya kami sahaja dibenarkan menunggu di dalam, tidak mereka. Hanya kami, abang & kakak polis je yang tau kisahnya. 😄

Aku stop kisah permulaan malam pengembaraan kami ini sampai di sini dulu. Nanti aku akan sambung kisah kami ini dalam bahagian seterusnya. Bermula waktu kami menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini; KL Sentral dibuka 24jam. Tapi bukan di tingkat 2. Hanya tingkat bawah sahaja. Iaitu kawasan sekitar McD & kedai serbaneka. Kawasan atas memang akan ditutup sepenuhnya.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada abang-abang dan kakak-kakak polis bantuan yang membenarkan kami duduk di tingkat 2. Sungguh. Kami tak tahu yang kawasan itu akan ditutup bila malam. Maafkan kami ya! Terima kasih juga beri layanan yang baik pada kami sepanjang malam tu even kami agak blur sebabnya berlainan dengan info yang kami dapat sebelum ni yang mengatakan KL Sentral dibuka 24jam. Sungguh kami betul-betul tak tahu hanya kawasan tertentu sahaja yang dibuka 24jam. Terima kasih sebab bersusah payah menjaga kami yang bermusafir ini. Segalanya amat kami hargai. Terima kasih!

Selepas ini pasti kami tak nak bermalam di KL Sentral lagi. Better cari hotel berhampiran. Itu lebih baik, selesa & selamat.

Budget Hangus :

Tambang LRT Star : RM1.70
Tambang LRT Putra: RM1.50
Makan : RM6

Total : RM9.20

#terimakasihsudibaca


  




Comments

  1. Bestnya baca pengalaman EH berkelana dengan keretapi. Tak sabar nak tunggu next update

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tu la.. pengalaman yang tak dijangka.. nanti saya kongsi dalam next episod ye.. 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap