Review Buku - ROOFTOP

Assalamualaikum & Happy Sunday everybody! Saat coretan ini bertebaran di laman cyber, perasaan aku sedang berkecamuk sebenarnya. Saki baki air mata masih bersisa membasahi pelipis ni. Bengkak mata ini menjadi bukti akan segalanya. Ceh! Berdrama sangat aku ni, kan? Aku sebenarnya cuma nak bagitau, aku berjaya habiskan baca satu buku ni dalam masa kurang 24 jam, tolak masa tidur & makan semua. Fuh! Satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seorang aku yang bernama EH!. 😎 Selepas hampir beberapa bulan menyepikan diri sekejap dalam dunia bacaan (dan penulisan juga sebenarnya 😅), aku berjaya tarik balik diri aku ke alam realiti semula. Kalau nak jadi penulis berjaya, kena baca, baca, baca & menulis! Dan untuk itu, buku Rooftop by Farrah Izzlorna berjaya aku khatam dengan jayanya dan aku betul-betul admire dengan hasil idea penulis ni! Actually ini buku yang pertama aku baca daripada karya beliau. Walaupun sebenarnya aku ada beli buku lain lagi daripada kar...