Menu Diet Atkins - Day 5

Assalamualaikum & salam sejahtera .. Hari ke-5 ni aku memang rajin sikit dan kena rajin. Maklumlah hari Sabtu, so cuti. Takkan nak tapau kat kedai lagi kan. Hari Jumaat petang tu aku dah memang beli siap-siap barang basah untuk menu diet yang aku masak untuk 3 waktu yang wajib pagi, tengahari & malam untuk stok hujung minggu. Pilihan menu protein aku kali ini untuk pagi masih berasaskan telur, tengahari ayam & malam tauhu (tofu). Jom kita tengok-tengok resepi tu.... MAKAN PAGI / BREAKFAST Soft Scrambbled Eggs with Cheese + Zuchini Resepi Soft Scrambbled Eggs with Cheese : Bahan-bahan : 2 biji telur 1 sudu besar Cheese Pizza Plus (brand Perfect Italiano) Sedikit serbuk lada putih Sedikit salted butter Mixed Herbs (brand McCormick) Cara-cara : Cairkan butter dalam kuali (Pastikan api perlahan tidak terlalu panas) Pecahkan telur. Kacau sebentar dan terus masukkan cheese dan lada putih. Kacau sekejap. Pastikan telur masih 3/4 ma...