Review Buku - IMAM TULANG RUSUK

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua! Hari ni aku nak share satu buku yang baru je lepas aku baca. Buku ni aku tak tahu la nak kategorikan sebagai novel ke apa. Sebabnya pada aku buku ni tak fully macam novel-novel biasa. Lebih kepada penceritaan dan dalam masa yang sama macam buku motivasi berbentuk dialog pun ye rasanya ni. Yang nyata buku ni membawa genre HUMOR dalam dunia penulisan dengan gayanya yang tersendiri. Buku yang aku maksudkan adalah : " IMAM TULANG RUSUK " by Khairy Tajudin . Haaaa.. dengar tajuk je pun dah macam best kan. Sebelum tu aku nak sentuh sikit macamana aku boleh terjebak dengan membeli buku ni. First of all , aku nak beritahu yang aku ni tidaklah terlalu addicted pada satu-satu penerbitan sahaja. Aku suka mencuba karya pelbagai terbitan kerana setiap penerbit buku ni pada aku mempunyai gaya yang tersendiri. Minat aku pada dunia pembacaan dan seni penulisan ni membuatkan aku ingin mendekati setiap editor & penerbit dari pelbaga...