Tahukah Anda? | 5 Fakta Tentang Buku

Assalamualaikum & hai uols... Buku. Sebut sahaja tentang buku, akan terbentang di fikiran masing-masing objek yang berbentuk segi empat (kebanyakkannnya), yang punya helaian-helaian tertentu sama ada tebal mahupun nipis yang berjilid dengan pelbagai cara dihujungnya. Dicetak dengan menggunakan kertas yang pelbagai jenis dan di dalamnya tercatat pelbagai bentuk tulisan yang kadang diselitkan dengan ilustrasi yang pelbagai warna juga ada ketika hitam putih sahaja. Itu pandangan mereka yang sekadar ambil tahu tentang apa itu buku. Tapi ini tidak berlaku pada mereka yang kaki buku atau juga sinonim dengan gelaran ulat buku. Mereka tidak sekadar memandang buku sebagai objek pegun malah mendengar sahaja perkatan buku, sudah cukup dapat menaikkan adrenalin hormon tubuh masing-masing. Tak kiralah pada mereka yang gila membeli atau pada anda yang menjadikan hobi memiliki buku sebagai bahan bacaan atau juga pada kedua-duanya sekali. Yang pasti, buku adalah harta yang ...