Ilmu : Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat oleh Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum & Salam Jumaat yang berkah sahabat medsos... Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Siapa yang tak kenal? Kalau tanya soalan tu, confirm anak-anak kecil pun ada sebahagian yang kenal. Kerap muncul di kaca tv atau mana-mana saluran media sosial yang lain. Pada julung kalinya, office aku menjemput ilmuan yang dikenali dengan nama ringkasnya Ustaz Don. Masa urusetia Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku buat hebahan menjemput penceramah Ustaz Don, aku macam ye ke? Biar betul! Teruja, beb! Sebabnya, selama ini hanya mampu tengok di kaca televisyen sahaja. Tapi pada hari ini, Ustaz sudi hadir ke pejabat kami, menyampaikan ilmu yang pada aku biarpun terbelenggu dengan rantaian masa, namun pengisiannya cukup padat dan dapat memberi manfaat pada aku dan juga buat para pendengar. InShaa Allah. Aku yakin itu. Sebelum mulakan isi ceramah, sebagai mukadimah, Ustaz turut meluahkan rasa seronok beliau apabila mendapat jemputan daripada pejabat aku, katanya mendapat jempu...