Resepi Manisan Mangga & Kuini Cincang

Assalamualaikum & Hai...hai...hai semua! Syawal ke-7. Telah seminggu umat Islam menyambut lebaran. Belum terlambat rasanya lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam seluruh dunia yang menyambut hari lebaran ini. Dah nama pun raya, mesti pelbagai menu raya yang dihidangkan, betul tak? Ketupat, rendang, kuah kacang, antara menu yang wajib ada dalam setiap rumah. Jarang beraya rumah orang takde menu-menu tu pada raya pertama. Aku tak nak cakap banyak tentang menu utama raya tu, yang aku nak cerita ni tentang manisan atau bahasa omputihnya depa sebut dessert . Selain kuih raya, kek, puding, agar-agar, mungkin ada pelbagai lagi manisan pencuci mulut yang disediakan tuan rumah buat dijamu oleh tetamu yang datang berziarah. Manisan Mangga & Kuini Cincang Pernah nampak tak manisan kat atas tu? Pernah makan tak? Actually aku kurang pasti daripada mana asal manisan ni, tapi mak aku memang rajin buat ...