Posts

Showing posts from April, 2018

Review Buku - SUSPEK

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera uols! Aku baru lepas habis baca buku psyco-thriller terbitan Buku Fixi. Actually ni kali kedua aku khatam buku ni. Bukan senang untuk aku membaca sesuatu buku dua kali kecuali buku tu betul-betul menarik minat aku. Big applause for the writer Inawza Yusof sebab telah berjaya menarik perhatian aku untuk membaca buku ni untuk kali kedua. Walaupun telah khatam sebelum ini, namun buku ini tetap dapat menarik minat aku untuk membaca dan terus membaca. Percayalah. Setiap muka surat yang dibaca membuatkan aku teruja untuk membaca muka surat seterusnya. Bagi tips please... Nak belajar cara menarik minat reader untuk terus membaca. Setiap muka surat ada klimaks yang tersendiri... fuuuhhh... INFO BUKU Tajuk :  SUSPEK Penulis : Inawza Yusof Terbitan : Buku Fixi Halaman : 308 m/s Harga : (Aku beli dengan harga 3 buku RM50) #thephantomkiller REVIEW BUKU Mengisahkan tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh seorang pembu

Moh Kita Ke Pesta Buku Selangor 2018!

Image
Assalamualaikum & hai semua! Pon.. pon.. pon... Berita baik untuk semua peminat buku. Pesta Buku Selangor 2018 kembali menemui anda. Di mana? Tempat yang sama seperti sebelum ini iaitu di Pusat Konvensyen Shah Alam (Shah Alam Convention Centre). Nak pergi ke sana boleh je tanya En Google or En GPS ke sana. Boleh pergi guna kenderaan sendiri mahupun public transport. Mudah sahaja ke sana. Memandangkan office aku berdekatan dengan situ, aku jalan kaki je. Senang. Sambil membeli sambil excersice kekdahnya. Katanya bangsa membaca bangsa sihat, kan... hehehe... Actually event ni diadakan bermula 29 Mac hingga 8 April 2018. Aku sememangnya saja pergi hujung-hujung dengan harapan buku yang aku nak dah habis. So bolehlah aku mengurangkan kuasa berbelanja yang banyak dalam event kali ni. EH! Boleh percaya ke? 😄 Macam-macam ada... Sampai sahaja di pintu masuk, aku dah mula tercium bau yang sangat aku rindukan. Mestilah bau buku! Heaven sangat, wei! Aku tak pasti sama ada ak