Posts

Showing posts from April, 2019

Ilmu : Isra' Mikraj, Perjalanan Teragung oleh PU Amin

Image
Assalamualaikum & Salam Keberkatan Jumaat, Seperti biasa, demi mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, suka untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang dapat diceduk daripada kuliah bersama penceramah jemputan untuk hari ni. Syukur dapat lagi menambah ilmu pada diri ini yang sentiasa dahagakan santapan rohani demi memenuhi ruang hidup agar sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.  Kali ini, sekali lagi urusetia ceramah yang diwakili oleh AJK daripada Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS, telah menjemput salah seorang ustaz yang pernah menyertai Program Pencetus Ummah iaitu Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali dengan nama PU Amin.  Sedap nama penuh PU Amin. Muda kecik molek orangnya. Mula-mula masuk nampak macam serius, tapi bila dah mula berbicara, terkesima mendengarnya. Seronok dengar setiap ilmu yang disampaikan. Ustaz sekarang aktif sebagai pengacara di dalam Program Haramain Backpackers di Astro Oasis. Weh, apsal aku tak

Padang Besar > Hat Yai... Travel Dengan Classic Train!

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kengkawan, Setelah berbulan aku tak update tentang misi jalan-jalan cari makan aku ke Hat Yai, so ni aku nak sambung balik. Suka tak? Ramai yang PM, komen kat muka buku dan tak kurang jugak yang tanya depan-depan, "Bila nak sambung cerita Hat Yai?". Glup... telan-telan liur ceq bila dapat soalan cenggitu. Nampak nau suka cite lompat-lompat, kan? Haduuu... maafkan patik. Apa jadi lepas tu? Okaylah, pada mereka yang terlepas cerita aku daripada mula untuk misi jalan-jalan cari makan ni, bolehlah tengok balik thread sebelum ni Bermalam di KL Sentral   dan ETS : KL Sentral to Padang Besar . Senang sikit nak rujuk ikut sequence, kan. Hat Yai Classic Train  Lepas je proses imigresen selesai, inilah saat-saat yang dinantikan. Elok je lepas pintu ke Platform 2, dengan gahnya terbentang panjang keretapi di hadapan kami. Masa tu dok kelam kabut ingat dah lambat sangat, menonong kami terus masuk cop tempatlah kengkonon. Padahal takya

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols, Sebelum aku memulakan nukilan kali ini, aku nak minta berbanyak maaf sebab lambat update tentang thread kali ni. Sampai dah habislah program tu. Apa dia tu? Untuk thread kali ni, aku nak share riang riang raya aku dekat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Bahasa Arabnya Kuala Lumpur International Book Fair 2019. Arab sangat! Hehehe. PBAKL2019 kali ini bermula pada 28 Mac 2019 dan baru sahaja melabuhkan tirainya pada 7 April 2019. Welcome to KLIBF2019. Syurga dunia para pencinta buku. Eh, dah raya? Mestilah! Untuk peminat buku, para penulis & karyawan tidak ketinggalan pembaca tegar, PBAKL ini adalah hari raya buat mereka. Setahun sekali je, beb! Kalau raya kita dihidangkan dengan kuih muih dan aneka juadah raya, untuk PBAKL, akan dihidang dengan pelbagai buku, novel, majalah, komik atau apa-apa bahan bacaan yang pelbagai warna dan rasa. Booth Patriots Publication Booth Prolog Media - Sesiapa yang minat gila denga